Assalammualaikum…
Seperti yang kita semua tahu bahawa kerjasama sepasukan adalah sangat penting dalam menyelesaikan ataupun menyiapkan sesuatu tugasan. Dengan bakat yang kita ada tapi tanpa kerjasama dan pemikiran yang logik belum tentu lagi kita dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.
Masih teringat lagi aku pada kata kata seorang bekas pemain bola keranjang terkemuka dunia yang pernah bermain di kejohanan NBA iaitu Micheal Jordan.
Micheal Jordan
“ Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships”
Kat sini kita dah nampak bagaimana dia boleh berjaya satu ketika dulu. Walaupun dia mempunyai bakat yang luar biasa tetapi dia tetap merendah diri kerana dia tahu tanpa rakan rakan sepasukan yang lain, belum tentu lagi dia akan mencapai apa yang telah dicapai sekarang ni.
Jadi kalau korang semua fikir yang korang sudah mempunyai bakat dan boleh berjaya tanpa memikirkan rakan sepasukan, bermakna korang sudah silap kerana kejayaan hadir apabila semuanya bersatu.
Kat sini aku nak sentuh juga sedikit mengenai politik di Negara kita yang semakin bercelaru. Baik pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Ini semua kerana tiada kerjasama dari kumpulan masing masing. Yang mereka mahu tunjukkan adalah kekuasaan dan popular semata mata.
Mari kita bandingkan pulak dengan remaja remaja yang sering mengikuti konsert konsert ataupun gigs. Pernah tak korang terfikir bagaimana mereka boleh melonjak dan menari bersama sama walaupun perlu berhimpit himpit? Sedangkan mereka semua tidak mengenali antara satu sama lain. Kadang tu siap boleh buat “slam” lagi.
ini yang aku panggil slam..
Kesimpulan aku kat sini, kerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu. Walaupun sesuatu yang kita buat tu secara sendiri tapi korang kena ingat bahawa ibu bapa yang sering menyokong segala tindak tanduk kita juga merupakan kerjasama. Tanpa persetujuan mereka belum tentu kita akan berjaya. Kalau berjaya pun berkat ke?? Fikir fikirkan la…
p/s : apa yang penting?? KERJASAMA..!!!!
10 comments:
btol tu..all for one, one for all..
kerjasama amat penting...satu organisasi itu hidup krn padunya kerjasama antara members..
ap yg penting??
kerjasama..
teringat plak dkt lagu wonderpet..
cik ayuni~ yup....btol tu...
cik mun~ tu la...wonderpet pun tau kerjasama....hehehe
kerja akan mudah bila kita berkerjasama....malah ia akan menjadi ikatan kuat tidak mudah runtuh apabila diganggu gugat
ape yg pnting .. kerjasama *wonderpets.
Apa yang penting??? KERJASAMA!! yeayyy..Wonderpet!^^
kerjasama 2 orang pun boleh.. selagi ada usaha, dapatlah hasil yang baik...
aq mesti teringat lagu wonderpets kalau sebut pasal kerjasama ni..hee~
Apa yang penting?.. kerjasama..hahhahha
Post a Comment