click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Thursday 29 March 2012

Sepetang di kompleks sukan paroi



Assalammualaikum....













p/s : kesibukan masih tak dapat dielakkan....

Friday 9 March 2012

Kanak kanak hilang

Assalammualaikum...



jom ramai ramai kita sebarkan berita ni....
sesiapa yang menjumpai kanak kanak ni boleh telefon pada nombor yang tertera...
kerjasama semua orang amat dihargai...




p/s : bahaya la sekarang ni...suka suka je nak culik anak orang....

Air Mata Kerinduan


sumber SINI


Assalammualaikum…

Sunyi je rasa blog aku sekarang ni. Yela, bila sibuk menguasai diri sampai tak ada banyak masa dengan blog sekarang ni.

Sekarang ni, walau sibuk macam mana sekalipun hati aku tetap sayu bila mengenangkan budak budak kelas yang masing masing duduk jauh.

Jujur aku katakan yang aku rindu sangat sangat dengan kawan kawan kelas. Aku tak sangka penangan yang dorang bagi selama 3 tahun aku belajar, sangat sangat menusuk hati.

Ni menunjukkan persahabatan kelas kitorang terlalu kuat sehingga aku sendiri boleh menitiskan air mata bila mengenangkan kenangan di dalam kelas.

Macam macam ragam yang ada dalam kelas tu tapi tu tak menjadi masalah untuk kami semua bersatu. Balut hamper sama sama, gembira sama sama, kena marah sama sama, dan peratus kolej naik pun disebabkan usaha keras kitorang bersama.

Ni belum kira yang kena hysteria tu, sampai semua budak kelas nak datang tolong. Nampak tak bertapa kuatnya persahabatan kitorang. Walau kadang ada hati yang tak puas hati tapi kami tidak menyimpan dendam.

Kalau ada je yang tak puas hati terus pergi depan kelas dan buat pengumuman depan orang ramai. Bukti kebaikkan yang diperolehi adalah air mata yang mengalir ketika majlis perpisahan yang dibuat sebelum kami menghadapi peperiksaan besar.

Sekarang ni semua dah ada tanggungjawab sendiri. Maka sudah tidak ada masa untuk kami bermain dan bergembira macam dulu. Hanya kenangan yang tinggal untuk aku mengalirkan air mata yang sungguh berharga ni.

Aku rindu korang semua...rindu yang teramat sangat dekat 4Bians…rindu akak akak 4Bians aku…rindu kawan bergaduh aku…rindu budak rumah villa…

Aku rindu semuanya!!!


p/s : terkilan rasanya tak dapat pergi majlis bertunang budak kelas…. T_T 

* Alhamdulillah...akhirnya mama sedar juga...terima kasih kawan kawan kerana mendoakan mama...diharap mama akan sembuh seperti sediakala...AMIN~


dugaan...





Ya Allah...kenapa begitu banyak dugaan yang berat berat yang Kau timpakan ke atas diri dia??
Apakah yang cuba Kau rancang untuk dirinya?
Aku percaya bahawa Kau lah segalanya...
Mohonku Kau berikanlah ganjaran disebalik dugaan yang sedang dia alami...
Aku percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi...


untuk awak


-kuatkan semangat...
-saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan kembali seperti sediakala...
-banyak banyak berdoa dan berserah pada yang Esa..


untuk kawan kawan awak


-korang tolonglah tengok tengok kan dia...
-dia tidaklah sekuat mana...dia perlukan sokongan yang kuat dari korang semua...
-tolong sentiasa berada di sisi dia untuk bagi sokongan...
-sama sama lah kita berdoa untuk mama...


untuk mama


-kuatkan semangat mama...
-saya doakan mama akan cepat sembuh dan kembali seperti biasa...
-saya mintak maaf sebab tak dapat nak datang untuk bagi sokongan dekat mama...
-saya berharap sangat sangat mama dapat tersenyum seperti sebelumnya.... T_T






p/s : terkilan sangat sangat tak dapat pergi tengok sebab tak dapat cuti...takde sapa yang dapat ganti tempat keje aku...lagipun aku da amik cuti emergency haritu.... T_T

Monday 5 March 2012

Dunia blogger yang best




Assalammualaikum…

Terima kasih kepada pengunjung yang tak jemu jemu dok ngadap blog aku walaupun tak ada entri terbaru. Sedikit kesibukan telah aku lalui sehingga terpaksa mengenepikan blog kesayangan aku ni.

InsyaAllah…sekiranya tiada halangan lagi akan aku teruskan berblogging seperti biasa kerana aku sukakan dunia blog dari dunia sosial yang lain.

Bagi aku dunia sosial blog ini memberi aku banyak ilmu pengetahuan yang sebelum ni aku sendiri pun tak tahu.

Sedikit sebanyak ia membantu aku untuk aku menghadapi hari hari ku yang mendatang. Selain tu, aku dapat juga kenal rakan rakan blogger yang sporting dan supporting.

Terima kasih korang sebab menyerikan dunia blog aku ni. Teruskan penulisan yang menarik untuk menambah ilmu pengetahuan rakan rakan blogger yang lain termasuk diri aku sendiri.

Maaf aku nak ucap sebab terpaksa buat korang tatap entri yang sama selama aku tak update entri terbaru.



p/s : dah banyak kali aku mintak maaf…mesti dah ada yang naik menyampahkan…huhuhu

Thursday 1 March 2012

Keletihan



sumber pokcik google



Assalammualaikum…

Lama dah rasanya tak bemesra dengan rakan rakan blogger kan?? Malam ni pun aku rasa tak dapat nak bemesra dengan rakan rakan blogger.

Harini aku kena buat banyak kerja dekat tempat kerja aku. Semua benda nak kena siapkan harini juga. Tu yang agak keletihan sekarang ni.

Ingat balik rumah boleh la rehat rehat tapi tak. Kejap lagi aku nak kena keluar beli barang dapur. Kalau tak alamatnya tak berasap la dapur aku malam ni.

Dah balik beli barang nak kena masak pulak. Lepastu nak kena keluar balik sebab nak pergi amik barang yang orang order. Kalau tak lingkup la bisness aku yang baru nak hidup ni.

Sementara ada masa sikit ni aku ingat nak singgah singgah la dekat blog yang bernasib baik. Kalau sempat tengah malam nanti aku blogwalking dekat semua blog yang rajin singgah blog aku ni.



*bagi yang mencari jam casio murah boleh tengok dekat entri INI dan INI


*mata dah nampak macam lebam dah…gara gara teringatkan kawan kawan 4B…T_T



p/s : sedang belajar menghadapi cabaran hidup dengan tenang…..