click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Thursday 29 March 2012

Sepetang di kompleks sukan paroi



Assalammualaikum....













p/s : kesibukan masih tak dapat dielakkan....

Friday 9 March 2012

Kanak kanak hilang

Assalammualaikum...



jom ramai ramai kita sebarkan berita ni....
sesiapa yang menjumpai kanak kanak ni boleh telefon pada nombor yang tertera...
kerjasama semua orang amat dihargai...




p/s : bahaya la sekarang ni...suka suka je nak culik anak orang....

Air Mata Kerinduan


sumber SINI


Assalammualaikum…

Sunyi je rasa blog aku sekarang ni. Yela, bila sibuk menguasai diri sampai tak ada banyak masa dengan blog sekarang ni.

Sekarang ni, walau sibuk macam mana sekalipun hati aku tetap sayu bila mengenangkan budak budak kelas yang masing masing duduk jauh.

Jujur aku katakan yang aku rindu sangat sangat dengan kawan kawan kelas. Aku tak sangka penangan yang dorang bagi selama 3 tahun aku belajar, sangat sangat menusuk hati.

Ni menunjukkan persahabatan kelas kitorang terlalu kuat sehingga aku sendiri boleh menitiskan air mata bila mengenangkan kenangan di dalam kelas.

Macam macam ragam yang ada dalam kelas tu tapi tu tak menjadi masalah untuk kami semua bersatu. Balut hamper sama sama, gembira sama sama, kena marah sama sama, dan peratus kolej naik pun disebabkan usaha keras kitorang bersama.

Ni belum kira yang kena hysteria tu, sampai semua budak kelas nak datang tolong. Nampak tak bertapa kuatnya persahabatan kitorang. Walau kadang ada hati yang tak puas hati tapi kami tidak menyimpan dendam.

Kalau ada je yang tak puas hati terus pergi depan kelas dan buat pengumuman depan orang ramai. Bukti kebaikkan yang diperolehi adalah air mata yang mengalir ketika majlis perpisahan yang dibuat sebelum kami menghadapi peperiksaan besar.

Sekarang ni semua dah ada tanggungjawab sendiri. Maka sudah tidak ada masa untuk kami bermain dan bergembira macam dulu. Hanya kenangan yang tinggal untuk aku mengalirkan air mata yang sungguh berharga ni.

Aku rindu korang semua...rindu yang teramat sangat dekat 4Bians…rindu akak akak 4Bians aku…rindu kawan bergaduh aku…rindu budak rumah villa…

Aku rindu semuanya!!!


p/s : terkilan rasanya tak dapat pergi majlis bertunang budak kelas…. T_T 

* Alhamdulillah...akhirnya mama sedar juga...terima kasih kawan kawan kerana mendoakan mama...diharap mama akan sembuh seperti sediakala...AMIN~


dugaan...





Ya Allah...kenapa begitu banyak dugaan yang berat berat yang Kau timpakan ke atas diri dia??
Apakah yang cuba Kau rancang untuk dirinya?
Aku percaya bahawa Kau lah segalanya...
Mohonku Kau berikanlah ganjaran disebalik dugaan yang sedang dia alami...
Aku percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi...


untuk awak


-kuatkan semangat...
-saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan kembali seperti sediakala...
-banyak banyak berdoa dan berserah pada yang Esa..


untuk kawan kawan awak


-korang tolonglah tengok tengok kan dia...
-dia tidaklah sekuat mana...dia perlukan sokongan yang kuat dari korang semua...
-tolong sentiasa berada di sisi dia untuk bagi sokongan...
-sama sama lah kita berdoa untuk mama...


untuk mama


-kuatkan semangat mama...
-saya doakan mama akan cepat sembuh dan kembali seperti biasa...
-saya mintak maaf sebab tak dapat nak datang untuk bagi sokongan dekat mama...
-saya berharap sangat sangat mama dapat tersenyum seperti sebelumnya.... T_T






p/s : terkilan sangat sangat tak dapat pergi tengok sebab tak dapat cuti...takde sapa yang dapat ganti tempat keje aku...lagipun aku da amik cuti emergency haritu.... T_T

Monday 5 March 2012

Dunia blogger yang best




Assalammualaikum…

Terima kasih kepada pengunjung yang tak jemu jemu dok ngadap blog aku walaupun tak ada entri terbaru. Sedikit kesibukan telah aku lalui sehingga terpaksa mengenepikan blog kesayangan aku ni.

InsyaAllah…sekiranya tiada halangan lagi akan aku teruskan berblogging seperti biasa kerana aku sukakan dunia blog dari dunia sosial yang lain.

Bagi aku dunia sosial blog ini memberi aku banyak ilmu pengetahuan yang sebelum ni aku sendiri pun tak tahu.

Sedikit sebanyak ia membantu aku untuk aku menghadapi hari hari ku yang mendatang. Selain tu, aku dapat juga kenal rakan rakan blogger yang sporting dan supporting.

Terima kasih korang sebab menyerikan dunia blog aku ni. Teruskan penulisan yang menarik untuk menambah ilmu pengetahuan rakan rakan blogger yang lain termasuk diri aku sendiri.

Maaf aku nak ucap sebab terpaksa buat korang tatap entri yang sama selama aku tak update entri terbaru.



p/s : dah banyak kali aku mintak maaf…mesti dah ada yang naik menyampahkan…huhuhu

Thursday 1 March 2012

Keletihan



sumber pokcik google



Assalammualaikum…

Lama dah rasanya tak bemesra dengan rakan rakan blogger kan?? Malam ni pun aku rasa tak dapat nak bemesra dengan rakan rakan blogger.

Harini aku kena buat banyak kerja dekat tempat kerja aku. Semua benda nak kena siapkan harini juga. Tu yang agak keletihan sekarang ni.

Ingat balik rumah boleh la rehat rehat tapi tak. Kejap lagi aku nak kena keluar beli barang dapur. Kalau tak alamatnya tak berasap la dapur aku malam ni.

Dah balik beli barang nak kena masak pulak. Lepastu nak kena keluar balik sebab nak pergi amik barang yang orang order. Kalau tak lingkup la bisness aku yang baru nak hidup ni.

Sementara ada masa sikit ni aku ingat nak singgah singgah la dekat blog yang bernasib baik. Kalau sempat tengah malam nanti aku blogwalking dekat semua blog yang rajin singgah blog aku ni.



*bagi yang mencari jam casio murah boleh tengok dekat entri INI dan INI


*mata dah nampak macam lebam dah…gara gara teringatkan kawan kawan 4B…T_T



p/s : sedang belajar menghadapi cabaran hidup dengan tenang…..

Wednesday 29 February 2012

KESELAMATAN | Kebakaran

sekadar hiasan (sumber pokcik google)


Assalammualaikum…

Rumah kita adalah harta yang paling berharga yang kita miliki. Kita akan melakukan segalanya untuk menjadikan tempat yang selesa. Tetapi, ingatkah kita untuk menjadikannya tempat yang paling selamat juga?

Setiap tahun, api akan memusnahkan banyak rumah, dan juga meragut nyawa. Ini amat menyedihkan kerana kebanyakkan dari kejadian kebakaran ini dapat dielakkan jika kita mematuhi langkah-langkah pencegahan yang mudah.

Panduan ini mengandungi beberapa nasihat tentang amalan mencegah kebakaran yang mudah diikuti. Harapan kami supaya anda mendapat manfaat sepenuhnya dari maklumat-maklumat yang terkandung di blog ini. Pastikan rumah anda tidak dijilat api.


UNSUR UNSUR API

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga unsure api iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi yang panas. Di rumah, bahan-bahan yang mudah terbakar seperti suratkhabar, hambal, langsir, pakaian dan perabot boleh menjadi bahan bakar.


 
sumber pokcik google



Bersambung….



Nantikan Kebakaran #2 yang akan mencerita cara mencegah kebakaran di rumah.



p/s : sekadar perkongsian…

Kesibukan Melampau


sumber pokcik google


Assalammualaikum…

Semenjak dua tiga hari ni, hari hari aku menjadi begitu sibuk. Dengan kerja yang agak berserabut.

Ditambah pulak dengan kesusahan dalam hati di mana memikirkan kesihatan seseorang yang aku sayang semakin merosot. NGT yang dipakai pun dah menunjukkan tidak berfungsi.

Terima kasih aku nak ucapkan dengan mereka mereka yang tetap mengunjungi blog aku walaupun tiada respon dari aku sendiri. Setelah selesai semuanya, akan aku cuba melapangkan diri dengan mengunjung blog blog korang ye.

Teruskan dengan penulisan yang menarik supaya nanti bila aku singgah boleh la aku komen banyak banyak…hehe..

Maaf aku nak ucapkan pada mereka mereka yang ada tag aku untuk join segmen dan contest. Bukan aku taknak join, tapi aku masih belum ada kesempatan untuk turut serta dalam segmen atau contest yang dianjurkan.




p/s : cuba melapangkan diri untuk blogwalking…….

Tuesday 28 February 2012

Sakit Itu Penghapus Dosa





Assalammualaikum…


Aku nak minta maaf kerana terpaksa menyepikan diri dari berblog atas faktor faktor yang tak dapat aku nak elakkan.

Benarkah sakit tu penghapus dosa? Kerana aku dah tak sanggup nak melihat penderitaan yang diterimanya.

Pergilah…kalau itu jalan terbaik.

Bukan aku nak mendoakan sesuatu yang buruk berlaku cuma aku memang dah tak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung.

Siapa sangka lelaki ego macam aku ni boleh mengalirkan air mata. Walaupun aku tak serapat seperti orang lain tapi sayang aku terhadap dia tetap tinggi seperti orang yang rapat dengannya.



p/s : aku dah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku…

Monday 27 February 2012

CASIO | Poptone LCF-10D-4AV

STICKY POST!!! NAK BACA ENTRI BERIKUTNYA SILA SCROLL KE BAWAH….!!!


Stainless Steel Band50-meter water resistance


  • Case / bezel material: Resin / Stainless steel
  • Stainless Steel Band
  • One-touch 3-fold Buckle
  • 50-meter water resistance
  • Resin Glass / Spherical Glass
  • Electro-luminescent backlight
    Afterglow
  • World time
    29 time zones (27 cities), city code display, daylight saving on/off
  • 1-second stopwatch
    Measuring capacity: 59'59
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Countdown range: 60 minutes
    Countdown start time setting range: 1 to 60 minutes (1-minute increments)
    Others: Auto-repeat, time up alarm, progress beeper on/off
  • Daily alarms
    5 independent daily alarms (4 one-time alarms and 1 snooze alarm)
  • Hourly time signal
  • Auto-calendar (to year 2039)
  • 12/24-hour format
  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minutes (hand moves every 20 seconds))
    Digital: Hour, minutes, seconds, pm, month, date, day
  • Accuracy: ±30 seconds per month
  • Approx. battery life: 3 years on CR1616
  • Size of case/total weight: 42.3 X 36.5 X 14.6 mm/60 g
    Package Poptone



RM 440  à  RM 220 (Discount 50%)
Postage à FREE!!!



Interested?? Leave your email at comment box…



FIRST COME, FIRST SERVE…..

Friday 24 February 2012

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita) #7

sekadar hiasan (sumber pokcik google)



61. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

62. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

63. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

64. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

65. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

66. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

67. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan padanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

68. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

69. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

70. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.



p/s : bila ketandusan idea untuk menulis maka tips menjadi taruhan…huhuhu


Bagi yang belum baca bahagian sebelumnya boleh klik dekat





Thursday 23 February 2012

Patah Seribu

Assalammualaikum...



sumber pokcik google


Orang kata kalau kita dah putus hubungan percintaan dengan seseorang tu, maka kena lah kita buang semua benda dan jangan lihat gambar mahupun lakukan semua perkara yang membolehkan kita ingat semula dengan si dia kan?

Tapi bagi aku semua tu tak menjadi masalah dengan diri aku. Kenapa aku katakan begitu?? Sebab sebentar lagi aku akan melihat kemesraan si dia dengan kekasih barunya.

Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu tapi aku nak lihat kebahagiaan si dia. Adakah benar si dia sedang bahagia sekarang ni?

Apa? Korang pun nak tengok ke yang si dia sedang bahagia ke tak sekarang ni? Boleh je...semua orang boleh menonton aksi dorang. Lepastu korang komen la sikit bagitau pendapat korang ye.

V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hehehe...jangan marah da....



p/s : bila biol datang menyerang....hahaha

Bola | Manusia Boleh Berubah.

sumber pokcik google


Assalammualaikum…

Kepada kebaikkan ataupun keburukkan bergantung pada diri seseorang tu. Namun apa yang aku nak cerita ni mengenai kebaikkan.

Tajuk di atas merujuk kepada pemain bola sepak dari kelab Manchester City iaitu Carlos Tevez yang akhirnya akur dengan meminta maaf kepada kelab dan pengurus kelab tersebut iaitu Roberto Mancini.

Tahniah aku ucapkan kepada Tevez kerana berjaya membuang ego dengan meminta maaf. Ini menunjukkan dengan membuang ego yang ada pada diri kita, maka banyak kebaikkan yang akan kita perolehi.


*peringatan untuk diri sendiri jugak…



p/s : malam semalam aku bermimpi keluar dating dengan seorang blogger…hahaha…kelakar betul la…

Wednesday 22 February 2012

Aku MC harini...

Assalammualaikum...


sekadar hiasan (sumber pokcik google)



Mula sekali aku ingin ucapkan terima kasih buat semua rakan rakan blogger yang tak jemu jemu lawat blog aku yang tah pape ni.

Aku nak mintak maaf sangat sangat pada semua kerana harini tak ada entri menarik yang dapat aku terbitkan. Mood aku agak bercelaru + kurang sihat. Dah lama sebenarnya penyakit kepala aku ni tak menyerang. Nak taip ni pun aku tak larat tapi disebabkan aku taknak korang semua salah faham jadi terpaksa aku gagahkan diri ni.

Blogwalking pun terpaksa aku tunda. InsyaAllah esok aku akan terjah semua rakan rakan blogger ye...

Kepada yang baru follow blog ni pun aku nak ucap terima kasih dekat korang. Rajin rajin la godek entri yang ada dekat blog aku ni sebab aku ada selitkan beberapa info menarik yang boleh korang pelajari.




p/s : mutu permainan bola sepak negara masih ditahap rendah...kan betul aku cakap dekat entri INI dekat ayat yang ada ( * ) tu....

Tuesday 21 February 2012

Bertunang juga akhirnya...

Assalammualaikum...

tunang suami misha omar
sumber gambar SINI


"KOTA BHARU: Penyanyi dan pelakon, Misha Omar, 30, menempuh hari bahagianya hari ini, apabila melangsungkan pertunangan dengan seorang juruterbang yang dikenalinya sejak enam tahun lalu. 

Menurut sumber, Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar akan melangsungkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, di rumah keluarganya di Kota Bharu, namun majlis dibuat secara tertutup."

cerita selanjutnya di SINI


Alhamdulillah...akhirnya bertemu jodoh juga Misha Omar ni. Apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa agar dia kekal bahgia dengan bakal suami dia ni..insyaAllah...


Disamping itu aku juga ingin mendoakan kepada kawan baik aku ketika kolej dulu dan alhamdulillah sampai sekarang kitorang masih menghubungi antara satu sama lain. Mendoakan apa? Mendoakan supaya semuanya berjalan lancar kerana dia juga akan bertunang pada awal bulan Mac nanti dengan pilihan hati yang juga kawan kelas aku.

Tahniah aku nak ucap dengan korang sebab dapat mengharungi liku kehidupan dengan tenang walaupun kadang aku tengok korang ada gak bergaduh tapi alhamdulillah nak bertunang dah sekarang ni.

Sedikit terharu + sebak sebab pengenalan dorang pun berpunca dari aku. Tak sangka aku dapat menyatukan mereka.

*mungkin aku tak dapat datang masa korang bertunang sebab aku kena pergi majlis perkahwinan sepupu aku...


*aku doakan korang bahagia selalu...papehal contact aku tau...


Mohd. Nur Imran & Siti Rafidah
(abaikan gambar dibelakang mereka...hahaha)




p/s : serius sedih tak dapat pergi majlis bertunang dorang...

Monday 20 February 2012

Hatiku gelisah tanpa si dia

sekadar hiasan (sumber pokcik google)

Assalammualaikum…

Abaikan tajuk sebab aku sendiri tak tau nak tulis tajuk apa..hehe… Entri ini sebenarnya adalah sambungan dari entri INI. Seperti yang dijanjikan dekat entri tu, aku akan tunjukkan pada korang semua gambar wanita yang telah pergi dari hidup aku dan juga wanita yang mengubati luka di dada…cewahh….hehehe

Sebelum tu aku nak cakap yang aku agak terkejut dengan komen yang aku terima. Rata-rata mereka semua nak sangat tengok gambar tu. Gaya dah macam aku ni retiss pulak…hehehe…

Apa-apapun aku nak ucap terima kasih bagi yang mendoakan kebahagiaan aku. Hehehe

Dengan ini aku ingin ucapkan……


SELAMAT TINGGAL……….!!!!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Shila Amzah



DAN


SELAMAT DATANG KE HATI SAYA DAN MENGUBATI LUKA YANG DITINGGALKAN….hehehe

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Wawa Zainal
















Hehehe…jangan marah ye…hanya hiburan semata mata…buat masa ni belum terpikir lagi la nak teman hidup apa tu semua…cukup la sekarang ni aku ada ramai teman blogger yang SANGAT AMIK BERAT sampai nak tau sapa orang tu…hehehe

Akhir entri ni aku nak ucap terima kasih sangat sangat dengan korang semua sebab mendoakan kebaikkan pada diri aku. Aku nak mintak maaf kalau ada yang sakit hati dengan entri mengarut aku ni…hehehe




p/s : jangan kemek hati pulak  tau…dan jangan pulak korang boikot taknak datang blog ni lagi…hehehe

Sunday 19 February 2012

Luka yang lama kini menjumpai penawarnya..

Romantical Love Painting Photo
sumber pokcik google   - jatuh cinta

Assalammualaikum…

Setelah sekian lama aku mengenali kau. Dari nama kau yang kau kata tak komersial, sehinggalah kau telah menukar nama banyak kali tapi aku tetap memilih kau sebagai cinta hatiku.

Namun semalam, aku agak terkejut selepas tersiarnya gambar kau berpegangan tangan dengan lelaki lain. Hatiku luluh tidak terkata. Cinta yang dulu aku pendamkan, akhirnya hancur begitu saja.

Namun, hatiku sedikit terubat kerana kehadiran orang baru dalam dunia ini yang membuat aku kembali tersenyum.

Terima kasih dekat awak sebab dapat membuat hati ini kembali ceria. Senyuman awak buat hati saya cair bak ais di antartik yang cair pabila dipancar sinaran mentari.

Gerak gaya awak membuat saya tak senang duduk. Setiap kemunculan awak pasti saya tidak akan terlepas untuk melihat. Nasihat saya jangan la awak lupa diri. Jaga tingkahlaku dan jangan buat saya kecewa lagi.

bersambung...


*entri sambungan akan memaparkan gambar wanita yang dimaksudkan...nak tau sapa??so tunggu....



p/s : dah sampai masa aku perlu kenalkan korang dengan wanita yang pernah singgah dalam hati ni dan wanita yang sedang bertahkta dihati ini...cewahhh...heheh

Sabar ye...

Assalammualaikum...


sekadar hiasan (sumber pokcik google)


Alhamdulillah...semua kerja mengemas dan basuh baju dah dilaksanakan. Perut pun dah kenyang. Sekarang ni mood nak santai layan cerita lama dekat tv3. Bagi bakal guru dan juga guru guru, boleh la layan sekali  cerita BAGINDA ni.

Dalam cerita ni boleh mengajar erti kesabaran seorang guru selain menyuntik semangat untuk menjadi guru yang berjaya.

Sebenarnya entri yang patut saya terbitkan adalah lain. Dalam entri tersebut ada sedikit cerita yang pasti akan mengetarkan jantung wanita wanita blogger yang cuba mengorat saya...hahaha...(maaf ter perasan di sini)

Untuk kawan baik saya, sabar ye...entri tu akan aku buat lepas aku layan cerita BAGINDA tu...



p/s : sekian...melalut di waktu petang...hehehe

Saturday 18 February 2012

Orang Malaysia ke Brazil?



Assalammualaikum…


sekadar hiasan (sumber pokcik google)


Pagi tadi aku ada dengar yang seorang budak Malaysia yang baru berumur 16tahun telah ‘dirisik’ oleh sebuah kelab bola sepak di Brazil.

Dia akan menghadapi proses pemerhatian selama 2 bulan. Sekiranya lulus dia pasti akan diambil kelab tersebut.

Alhamdulillah…usaha keras budak tersebut telah dipandang kelab luar. Dengan ini sedikit sebanyak akan menjadi perangsang bagi budak budak muda lain untuk bekerja keras seperti dia.

Tidak dinafikan sekiranya Negara kita dapat menghantar lebih banyak lagi pemain muda untuk bermain di kelab kelab luar seperti ikon bola sepak Negara(Safee Sali), pasti kedudukan ranking negara kita akan berubah kepada lebih baik.

Seterusnya akan membuat Negara Asia yang lain takut dengan Negara kita.

InsyaAllah…




*kalau zaman arwah Mokhtar Dahari – Jepun / Korea takut nak jumpa Negara kita sebab paling kurang Negara kita pasti akan tibai dorang 3-0.

*Zaman sekarang – Malaysia cukup takut nak jumpa Jepun / Korea sebab paling tidak Negara kita pasti akan kena tibia dengan dorang 3-0.




p/s : kalau aku dah ada anak nanti aku nak latih dia main bola macam latihan komander…tak kejam kan???hehehe

Undangan yang tak dapat dipenuhi


 Assalammualaikum…


sekadar hiasan (sumber pokcik google)





Harini hari sabtu bersamaan 18hb Februari 2012. Harini juga merupakan hari perkahwinan bagi kawan kakak aku yang juga kakak kepada kawan aku.

Tapi sayang aku tak dapat nak join sebab aku terpaksa bekerja harini. Aku habis kerja petang. Kalau ikutkan memang sempat lagi kalau nak pergi tapi kawan kawan aku pasti dah balik.

Nanti aku duduk sorang sorang pulak. Keluarga aku jangan cakap la. Mesti lepas makan dan amik gambar pengantin dorang akan balik untuk bagi peluang pada tetamu yang baru datang untuk duduk pulak.

Agak terkilan sebab tak dapat nak datang jemputan perkahwinan untuk harini sebab sebelum ni setiap kali jemputan pasti akan aku penuhi.

Tapi keluarga aku dah pergi kira ok gak la kan sebab secara tak langsung dorang umpama wakil. Bukan apa, risau nanti majlis kahwin aku takda sapa plak yang nak datang…huhu..

Akhir sekali aku nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Ejan dan Fakri…


p/s : cerita macam aku dah nak kahwin je..padahal calon pun takda lagi…hehehe

Friday 17 February 2012

Amalan Mesra Alam Di Rumah #2


Assalammualaikum…


selamatkan bumi kita...sumber pokcik google



Harini aku nak sambung mengenai perkara yang boleh dibuat untuk kita menjaga alam persekitaran kita ni.

11. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga.

12. Pasangkan system dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan system satu curahan, system dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.

13. Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

14. Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

15. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘standby mode’ selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan ‘standby mode’.

16. Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.

17. Tempatkan peti sejuk jauh dari sumber haba kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga. Sekiranya peti sejuk di dalam bilik bersuhu 30oC hingga 35oC, tenaga yang digunakan hamper 2kali ganda dan meningkatkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 160kg setahun.

18. Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat (CFL). Mentol berpendaflour padat dapat menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.

19. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.

20. Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.

21. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

22. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

23. Sokonglah dan bantulah program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

24. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mongering pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida (CO2) dalam tempuh 6 bulan.



p/s : banyak benda nak kena ubah ni…tak sangka benda yang biasa dibuat ada keburukkan…


Bagi yang belum baca entri sebelumnya boleh klik dekat SINI



Thursday 16 February 2012

Amalan Mesra Alam Di Rumah

sumber pokcik googel

Assalammualaikum….

Harini aku nak kongsi sikit amalan mesra alam yang boleh kita praktikan di rumah. Banyak benda yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan bumi kita daripada tercemar selain kita juga dapat berjimat.


  1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Kain boleh digunakan semula berbanding kertas tisu.


  1. Guna semula bekas kaca dan plastic sebagai tempat menyimpan barang.


  1. Guna semula beg plastic membeli belah untuk mengisi barang buangan.


  1. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebik baik dan dapat menjimatkan tenaga sebanyak 70%.


  1. Jadikan bahan buangan organic sebagai baja yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindari serangga perosak.


  1. Kumpul kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.


  1. Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi di dalam baldi untuk mencuci kereta.


  1. Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan boleh dikumpulkan dan diguna semula untuk mencuci lantai atau tandas.


  1. Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.


  1. Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25% - 50% penggunaan air.


p/s : sekadar perkongsian…

Salah Faham

Assalammualaikum...


sumber pokcik google


Entri ni aku terbitkan sebab nak menjawab komen yang ada dekat entri INI.

Kebanyakkan komen yang ada semua mengatakan umpama aku ni masih ada perasaan dengan empunya hari jadi.

Korang jangan salah faham. Antara kitorang tak ada pape. Ucapan yang aku ucapkan tu hanya ucapan semata mata. Tak ada pape maksud dalamannya.

Mungkin sebab ayat aku tu korang kata camtu ek??tak apa la...ayat aku tu cuma taknak ada salah faham dengan pakwe dia je...pakwe dia tu kuat cemburu.

Dan untuk pengetahuan semua, hati saya takda nya nak berbunga bunga. Belum jumpa baja yang sesuai la nak bagi berbunga-bunga.

Hahaha...tak pasal pasal kena buat entri ni sebab nak jelaskan semuanya...takut ada yang kemek hati plak sebab tak dapat nak ngorat aku....hahaha



p/s : masih terkejut dengan komen komen tu....hehehe

Selamat Hari Jadi


sumber pokcik google


Assalammualaikum…

Harini genaplah umur awak yang ke-22. Saya tak mahu jadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun hari kelahiran awak sebab saya taknak jadi penyebab pergaduhan antara awak dengan pakwe awak.

Cukup lah sekadar saya dapat mengucapkan selamat ulang tahun walaupun lambat. Saya bagi ruang pada pakwe awak untuk ucapkan dulu agar tak ada perselisihan faham berlaku.

Doa saya semoga awak dimurahkan rezeki. Cepat cepat melangsungkan perkahwinan dan seterusnya bahgia disamping orang tersayang…

Amin….



*kahwin nanti jangan lupa jemput ye…


p/s : Maaf entri ni tak sebut pun nama empunya hari kelahiran atas dasar privacy….

Jawapan bagi persoalan untuk si ‘dia’ yang masih tak puas hati.#3

sekadar hiasan (sumber pokcik google)

Tak perlu baca…tak penting…ni hanya jawapan untuk si ‘dia’ je..


Soalan ni mungkin dia jawab dari pertanyaan member dia kot. Tah la…aku tak tau pulak kalau niat dia memang lain. Jadi aku tergerak hati nak jawab sebab pasal ni jugak kitorang pernah bergaduh satu ketika dulu.


ap perasaan awak kalau org y awak sayang a.k.a bf :
~~~> pandang gurl laen depan awk?
~~~> puji gurl laen depan awk?
~~~> btpuk tampa dengan kwn2 gurl dia?
~~~> utama kn kwn dr awk
~~~> wat pape kptsn tnpa bbncg dgn awk,sblikny kwn2 gurl dy
~~~> plan msa dpn bkn ngn awk.sdgkn setia mklum awk adlh future life dy.

simple answer 4 u frenz. tpu lau kte kta, kte x ksh kn. xbnyk, ckit mesti ad skit atikn. kte kn gurl.
tpi law kte, kte try 2 +ve. n ignore. jz wt2 x nmpk n be hpy.bkn dy sorg rite y bleh wt.. huhh!!
law dy utamakn kwn2 dy.awk also ad frenz.jz go with ur frenz.
jgn amk pusing sgt. ye btol, kte nie spe n frenz 2 spe.
try slow talk with him.
law xde prubahan, tinggalkn je lh laki cm 2.
dont make u n ur self suffer!!!.
jgn buang msa tok setia ngn org cm 2.
kte smua bkn bdk2 lg, smua dh dlm golongan junior adult.

kalau awk org y dy syg a.k.a gf dy, dy msti twu :
~~~> batas2 seorg kwn
~~~> jga ati awk
~~~> utamakn awk
~~~> plan msa dpn dgn awl
~~~> lbh twu menghargai awk bkn gurl laen.
kte nk bg pndpt lbih2 pon ssh.
ap pon, bialah dy syg kte lebih dr kte syg dy. itu lbh dhargai.

Jujur kita kata memang kita terasa pasal ni sebab pasal ni juga kita pernah gaduh dulu.

Tapi untuk peringatan awak kita pernah tanya awak pasal ni semua. Jawapan awak adalah “tak kesah pun. Dia kawan je kan.”

Lepastu kita pun kawan je la macam biasa. Sampai satu masa kawan kawan kelas yang awak agung agungkan sangat tu pun batu api suruh awak cakap dengan kita pasal mende ni.

Padahal sebelum tu kita dah pernah bincangkan hal ni. Tapi demi awak kita turutkan juga permintaan awak supaya kita jarakkan diri dengan BFF kita sendiri. Lama jugak la kita tak bertegur dengan BFF sendiri.
Sedangkan awak sendiri tau yang kita kenal dengan BFF kita tu lebih awal lagi sebelum kita kenal awak. 

Terus terang kita cakap awak ni lurus bendul la…senang sangat percaya cakap dengan orang walaupun apa yang orang cakap tu tak betul dari awak mempercayai kata kata kita.

Kita tak sebodoh tu la…kalau betul kita nak menduakan awak, dari awal lagi kita dah buat. Awak kan jenis lurus bendul. Tapi kita tak sampai hati sebab dalam hidup kita belum pernah tercatit sejarah yang kita berlaku curang. Lagi lagi dekat dalam kelas yang sama. Dah tentu la dekat dalam kelas tu semuanya tau pasal hubungan kita.

Tu pun awak tak boleh nak fikir ek?? Lagi nak percaya cakap orang dari orang yang awak kata sayang.(pdahal tak pun…kalau sayang takkan percaya mende yang mengarut macamtu)

Cara macam nak tuduh yang kita nak playboy tapi awak kena tengok keadaan sekarang…sapa yang dah berpasangan?? Baru je harini putus esoknya awak dah boleh tersenyum sebab apa…sebab awak kan dah dapat penganti dari sebelum kita putus lagi….

Jujur awak…walaupun kita dengan kawan kawan pun, tapi topic yang selalu kita borakkan mesti pasal awak…awak tak percaya terpulang tapi saya percaya yang Allah lebih tau pasal ni.

p/s : makan boleh sebarang makan, tapi cakap jangan nak sebarangan cakap…kang sendiri sakit hati…

Bloglist | Puteri Kasih

Assalammualaikum....


Photobucket


SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH


saja nak join segmen ni...selain boleh tambah kenalan blogger, banyak gak kelebihan yang disediakan penganjur..

nak join??

klik kat banner yang berkelip kelip tu ok??



p/s : dari haritu nak join mana mana bloglist tapi rasa macam malas je...tapi malam ni tetap join gak...hehehe

Wednesday 15 February 2012

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita) #6

sumber pokcik google (sekadar hiasan)

51 .Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek...amat-amat cinta!
52. Lelaki suka perempuan yang seperti ibunya. No kidding... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia.
53. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
54. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
55. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
56. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut :)
57. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
58. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get lost" dengan baik.
59. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
60. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.



p/s : aku pun tak suka pompuan tau kalau aku ada masalah…




Bagi yang belum baca bahagian sebelumnya boleh klik dekat SINI 1 , SINI 2 , SINI 3, SINI 4 dan SINI 5