click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Tuesday, 14 February 2012

Cuti semalam

sumber pokcik google



Assalammualaikum…

Bagi yang mengikuti blog aku yang tak seberapa ni mesti perasan yang semalam langsung takda entri yang aku terbitkan.

Bukan aku sengaja taknak tulis dan bukan sikap ‘M’ dah menguasai diri. Sebenarnya semalam aku tolong kawan aku. Lepas balik kerja terus aku pergi jumpa dia dekat KTM.

Niat dia datang sini sebenarnya nak amik barang akak dia yang tertinggal dekat sebuah kedai dekat tempat aku ni. Jadi aku pun temankan la dia gi kedai tu. Tapi sedihnya sampai sampai je kedai dah tertutup rapat. Maka tak jadi dia nak amik semalam.

Disebabkan memegang amanah yang dah akak dia bagi dekat dia maka dia pun terpaksa kena amik juga sebab harini dia dah mula kerja pukul 2petang.

Nak taknak dia pun terpaksa la tido hotel dekat sini. Takkan nak ajak dia tido dekat rumah aku. Dia tu perempuan. Jadi aku pun tolong la dia carikan hotel murah yang ada dekat sini. Ronda punya ronda akhirnya jumpa gak hotel murah.

Lepas dah check in dah tengok bilik semua kitorang gi la makan. Gi makan KFC betul betul dekat depan hotel yang dia duduk. Sampai ke malam jugak la aku temankan dia. Yela, kesian pulak aku nak tinggalkan dia dok sorang sorang dalam bilik tu.

Bila dah lewat je dan dia pun dah ngantuk aku pun hantar la dia balik bilik lepastu aku pun balik la. Bila sampai rumah je otomatik mata ni pun letih nak tido. Tu pasal la aku terpaksa amik cuti dari berblogging.

Dan pagi tadi lepas kedai tu dah bukak dia pun dah amik barang tu dan dah selamat sampai kat rumah pastu masuk kerja. Alhamdulillah…


*kawan aku ni aku dah anggap macam adik aku sendiri…tu yang aku tak senang duduk tu kalau dia susah…



p/s : bahgianya rasa bila dapat tolong orang masa dorang memerlukan kita…

9 comments:

Gen2Merah said...

seronok bila dapat tolong kawan yang sedang memerlukan khidmat kita. pasti kawan tu akan mengenang jasa kita punya... insya Allah..

Bro, sapa tau kawan pempuan tu bermulanya detik perkenalan yang lebih lanjut.. ehemm.. ehe

kaishin said...

buat baik dibalas baik bro..mana tau status adik tu leh bertukarkan..ehem2 ;)

Cik Retiss said...

haiyok !untung lah dapat kawan macam die..hahaha..jeles maks ! :D

Si BuDaK KaChAk said...

gen2merah~ owh...itu tak mungkin berlaku...dia umapama adik dah...

Si BuDaK KaChAk said...

gen2merah~ owh...itu tak mungkin berlaku...dia umapama adik dah...

Si BuDaK KaChAk said...

k@!sh!n~ insyaAllah dia tetap macam adik...xkan tuka status tu...

Si BuDaK KaChAk said...

cik retiss~ jom la kwn dgn sy...heheh

biela bell said...

wow...baiknye diaaa....hahaha..
betul2..setiap kali kita tlong orang dlm ksusahan..msti rasa cam senang je..camne ntah nak gambarkan perasaan nie..cewahh! haha..

Si BuDaK KaChAk said...

biela bell~ btol tu...jd kne la tlg org slalu...heheh