click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 30 December 2011

sapa lagi berpengaruh??

sebelum kita ke tahun baru mari kita imbau kembali orang orang yang berpengaruh di dunia pada tahun 2011...



10. David Cameron (Perdana Menteri Britain)



9. Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)



8. Ben Bernanke (Pengerusi Rizab Persekutuan AS)



7. Pope Benedict XVI (Pemimpin gereja Vatican)



6. Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud (Raja Arab Saudi)



5. Bill Gates (Pengasas bersama Microsoft)



4. Angela Merkel (Canselor Jerman) - Wanita paling berkuasa





3. Hu Jintao (Presiden China) - Tempat pertama tahun lepas





2. Vladimir Putin (Perdana Menteri Rusia)





1. Barack Obama (Presiden Amerika Syarikat)





p/s: namun adakah ranking ini akan kekal pada tahun 2012??bila orang kita pulak nak naik ek??

perancangan hari esok


walaupun hari ini aku baru sampai kl tapi esok aku dah kena ke seremban semula....
tapi esok aku akan gunakan alternatif lain...
aku mungkin akan menggunakan kemudahan awam iaitu ktm....
setibanya aku di sana sudah pasti kawan sedang menunggu dengan kerata...
korang nak tau aku nak buat apa dekat seremban esok??





ni la tujuan aku untuk ke seremban esok....
yela...masa belah perempuan dia buat dekat Mentakab Pahang...
memang tak dapat nak pergi la....
jauh kot....

so kali ni belah lelaki dekat sikit boleh la pergi....
bukan apa...orang dah jemput so takkan kita nak buat tak tau jer.....
kang time kita pulak kahwin takde orang nak datang baru padan muka....
heheheh





selamat pengantin baru Kak Aisyah & Abang Azmi....
semoga korang berbahgia sehingga akhir hayat....

AMIN.....





p/s : time aku kahwin nanti agak agak ramai tak member member aku nak datang??? =(

Thursday 29 December 2011

Aku , Kapak Emas dan Parang Buruk



Kenalnya aku dengan parang buruk hanya sebagai kawan,
Mungkin ketika itu parang buruk itu masih mempunyai tuan,

Namun kemunculannya dalam hidupku hanya sebagai angin,
Yang tetap bertiup tidak kira masa dan tempat yang diingin,

Akhirnya aku terjumpa sebilah kapak emas,
Kehadirannya merubah hidupku dan menjadi lebih kemas,

Segala pahit manis tawa ataupun menangis telah kami tempuh bersama,
Namun sedikit kecuaian telah aku lakukan tanpa diduga,
Lalu aku telah kehilangan kapak emas yang selalu kupuja,
Kapak emas yang aku jaga dulu telah dicuri orang sehingga tiada khabar berita,

Mungkin juga kerana kekurangan yang ada pada diriku,
Kerana ku sedar ku tidak seberapa untuk kapak emas itu,

Akhirnya kesedihan yang aku lalui,
Kapak emas?? mungkin dia sedang bahagia meniti hari,

Berbulan bulan juga aku telah hilang segala tumpuan,
Segala yang dilakukan pasti ada saja yang tidak keruan,
Kenangan bersama kapak emas pasti teringat di setiap laluan,

Sampai suatu hari aku telah berjumpa semula dengan parang buruk,
Parang buruk sedang melalui detik kesedihan dengan hati yang remuk,
Parang buruk telah bergantung tanpa bertali seperti beruk,
Mencarinya apabila mahu menggunakannya sahaja, tuan dia memang teruk,

Akhirnya parang buruk memutuskan untuk bersendirian,
Namun tuannya masih tidak mahu melepaskan,
Parang buruk membuat keputusan untuk melupakan,
Parang buruk lebih rela hidup kesepian,

Kesepian parang buruk tidak lama,
Hadirnya aku untuk menceriakan hari-hari nya,
Selain parang buruk aku juga gembira,
Dan kami masih bersama “teman tapi mesra”,

Parang yang buruk lagi tumpul akan aku jaga dengan baik,
Mata yang tumpul akan aku asah dengan cantik,
Parang buruk ku belai dengan romantik,
Agar parang buruk tampak lebih menarik,

Sejauh mana perhubungan kami hanya berserah pada yang Esa,
Kami hanya mampu merancang tetapi kami tidak mempunyai kuasa,

Hanya doa yang mampu aku panjatkan,
Namun adakah doaku akan dimakbulkan??,
Kerana aku sudah tidak sanggup untuk hidup dalam kesedihan,
Harapan agar hubungan kami berkekalan,
Jangan pisahkan kami sehingga aku dikapankan.







Nurkilan dari hati seorang insan

aku warga ADVERTLETS??

setelah sekian lama....
bertepek juga la iklan iklan dekat dalam blog aku yang tak seberapa ni...
sebenarnya aku amik masa yang lama untuk wat survey nak berdaftar dengan yang mana satu...
akhir sekali si 'dia' ni juga yang aku pilih...
ini semua atas dorangan blogger otai gak...
dorang yang banyak wat review pasal iklan iklan ni semua....
nak tau sapa si 'dia' yang bertuah tu??



ni la 'dia' tu....
moga moga dengan adanya bantuan advertlets ni akan membuatkan aku cepat kaya....hahaha
tapi yang penting sekali aku happy berblogging....



p/s : korang pilih yang mana??

kembali dari menyepi...



assalammualaikum dan selamat malam semua....

akhirnya aku kembali menghapdetkan blog setiap hari...

berkemungkinan aku akan selitkan sedikit kelainan dalam isian blog ni...

semuanya dalam perancangan lagi cuma memerlukan sedikit masa untuk melaksanakannya....

pasal gambar owner blog ni dah ramai yang mintak untuk di upload kan....

oleh kerana permintaan terlampau ramai maka owner blog ni pun akan upload juga cuma sekarang ni

owner blog ni sedang memilih gambar yang menarik untuk tatapan pengunjung blog ni....




p/s : esok nak start blogwalking balik kat sume blog yang rajin singgah kat blog ni....

Tuesday 20 December 2011

"orang lain walaupun dah ada bf/gf still pasang skandal pun bahgia je....."

 



tu la ayat yang aku dapat dari seorang gadis yang menceritakan bahawa kesetiaan belum menjamin kebahagiaan...tapi betul ke??

mungkin sebab bila pasang skandal ni boleh la tampung kos hidup dorang selama berjauhan dengan pasangan sendiri kot...tapi bagi laki takkan la mintak gf dorang yang tampung semuanya??

walau apa pun yang dicakapkan tu memang benar benar berlaku namun aku tetap berpendirian bahawa kesetiaan adalah kunci bagi kebahagiaan sesebuah perhubungan...

kalau setakat untuk berbahgia sementara boleh la kot nak pasang pasang skandal ni semua....
tapi bagi aku hubungan sehingga ke jinjang pelamin adalaha lebih baik dari segalanya...
oleh itu kesetian dan kejujuran amatlah penting....



p/s : ramai gadis2 kat luar sana yang pasang skandal....ni yang jadi bertambah takut untuk aku cari pasangan hidup...