click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Saturday 12 November 2011

aku dan senaman aerobik??

ni la tempatnya tapi ni gambar jumpa dekat google...


sekarang ni hujan dah berkurangan, maka dengan itu dapatlah aku meneruskan aktiviti aku dengan berjogging...
tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal jongging....tapi pasal senaman aerobik...
macam biasa malam lepas isyak aku akan pergi berjogging dekat kompleks belia paroi....

pergh...ramai gila beb...aku rasa semua dok lepas gian nak jogging....
yela...sebelum ni kan asik hujan jer so tak dapat la nak berjogging...
lemak masing masing pun dak banyak terkumpul asik dok rumah jer...hahaha

tapi yang best nya lepas aku dah berhempas pulas nak habiskan sepuluh pusingan tetiba aku dengar bunyi muzik meriah semacam....

aku pun tengok la...rupa rupanya ada senam aerobik baru nak mula...
dengan bersemangatnya aku pun menjoinkan diri...hahaha

mula tu macam segan jugak...yela...ramai kaum hawa lagi dari kaum adam...
tapi lama lama rasa seronok pulak...
bertambah tambah la aku punya penat...tapi aku puas...

apa yang aku tau senam aerobik ni hanya ada seminggu sekali jer...
jadi lepas ni kena nak aku setting jadual supaya aku boleh join senam aerobik ni selalu....huhuhu

ok la...dah banyak aku hapdet entry...aku nak gi jogging ni....sapa sapa yang nak join boleh la datang sini...hehehe



p/s : esok sabtu so malam ni komfom ramai orang...tapi takpe lagi ramai orang lagi seronok nak bersenam....

10 Perusahaan Kapal Pesiaran Terbaik di Dunia


Tapi diantaranya pasti ada yang terbaik. Berikut adalah 10 Perusahaan jalur pelayaran kapal pesiar terbaik di dunia, dan mereka semuanya menjanjikan kamu sebuah bercu yang tidak akan terlupakan:


1.Holland America Lines

Salah satu jalur pelayaran tertua, mereka menawarkan pesiar pertama mereka pada tahun 1895. Hari ini mereka terkenal dengan masakan mereka dan telah memenangkan penghargaan untuk keseluruhan masakan terbaik selama lebih dari 17 tahun berturut-turut.

Mereka telah dibeli oleh Karnaval Corp, perusahaan pesiar terbesar di dunia , tetapi kapal mereka tetap dipertahankan dalam individualiti dan sentuhan berkelas.



2.Cunard Lines

Queen Mary 2 dan Ratu Victoria adalah bahagian dari armada Cunard Lines. Hanya dengan 2 nama itu sendiri sudah cukup untuk memberikan visi yan tinggi dalam kapal pesiar.

kapal Iconic, penumpang dari kalangan selebriti, dan warisan pelayanan prima dan fasilitas yang telah membuat kapal-kapal mereka yang paling terkenal di dunia. Mereka lebih mahal dari yang lain, tetapi mereka juga menyediakan kemewahan dan keindahan tak terbanding oleh liner lainnya.



3. Crystal Cruises

Mereka juga dikenal sebagai liners paling bergaya. kamar luas dan elegan dan mereka juga memiliki pembelajaran kreatif onboard dengan kelas oleh Pendidik dari komunitas Anggur, Smithsonian dan Berlitz. malam mencicipi Anggur, teh sorehari dan restoran fine dining di antara spesialisasi mereka.

Mereka adalah pilihan pertama bagi penumpang yang mencari gaya dan kemewahan; tema mereka pada pelayaran berasaskan sangat popular bagi kalangan ahli anggur.



4.Disney Cruise Lines

Kata itu sendiri adalah mantra ajaib, dan tidak menghairankan bahawa ini adalah salah satu keluarga Perusahaan kapal Pesiar paling popular.

Suasana kapal bak istana, fasiliti yang luar biasa dan tentu saja standart dari Disney punya keunggulan yang dipertahankan di seluruh pelayanan.Percutian keluarga utama disediakan oleh mereka, dan untuk anak-anak mereka menggabungkan keajaiban Disney dengan kenyamanan dan infrastruktur sebuah hotel bintang lima.



5.Regent Seven Seas

Dikenal sebagai jalur pelayaran sang pencinta alam, kapal mereka pergi ke tujuan langka dan eksotis. Mereka menunjukkan pemandangan alam yang merupakan pesta untuk mata, dan mereka menyediakan layanan hebat dan fasiliti di atas kapal kapal mereka.

Dengan bayaran yang cukup tinggi anda akan mendapatkan pengalaman eksklusif. Kerana semua bayaran pakej percutian sudah termasuk semua tips, minuman beralkohol dan sebahagian besar pantai wisata dan juga tinggal di hotel satu malam di berbagai pelabuhan.



6.Oceania Cruises

Mereka memastikan bahwa mereka berhenti di pelabuhan lebih dari semalam sehingga penumpang mereka dapat menghabiskan waktu ekstra untuk tamasya.Mereka juga menyediakan kegiatan menarik paling banyak  saat anda di atas kapal yang terjadual di papan tulis.


7.Royal Caribbean Cruises

Tidak diragukan lagi liners terbaik di dunia pelayaran banyak dikenal, kapal mereka semakin besar dengan setiap tambahan baru, dan mereka ada di sebagian besar tempat pecutian kegemaran di dunia. Mereka menyediakan berbagai masakan dan kegiatan on board - dengan pengalaman bertahun-tahun di belakang mereka mereka memiliki seluruh infrastruktur di tempat dan bekerja dengan sempurna.



8.Princess Cruises 

kapal mereka membawa tema kerajaan dalam segala hal yang mereka lakukan. Beberapa dari mereka bahkan terlihat seperti istana dari dalam dan mereka meyakinkan Anda bahwa mereka tidak memiliki kesamaan dalam pelayanan umum dan pelayanan individual

Mereka membawa penumpang lebih sedikit daripada kebanyakan liners besar lainnya, sehingga memastikan bahwa setiap penumpang akan mendapat perhatian khusus yang mereka dijanjikan.



9.Celebrity Cruises

Nama Perusahaan sudah mengatakan semua - mereka berjanji akan memperlakukan Anda seperti seorang selebriti dan satu staf mereka untuk dua penumpang nisbah adalah alasan mengapa mereka telah memenangkan banyak penghargaan untuk layanan dan kesabaran mereka.

fasiliti spa mereka adalah yang terbaik di antara liner cruise ..Celebrity cruises telah membuat mewah dengan perawatan peribadi untuk penumpang istimewanya.



10.Silversea Cruises

Dengan bentuk kapal yang jauh lebih kecil daripada Linear di atas, mereka telah membentuk imej tersendiri untuk diri mereka sendiri dengan memberikan keanggunan santai dan pengalaman bersantap yang halus dengan masakan Relais dan Chateaux.anggur percuma yang luar biasa mengalir dan champagne menambah suasana hati dan suasana penuh gaya juga damai.



p/s : pergh.....dapat tengok je la...memang takkan dapat la nak merasa naik menatang yang gila gila mahal ni...

Fakta atau Auta #10

sumber pokcik google


Berikut adalah fakta fakta yang unik di dalam dunia ini...

51. Umur dari pepatung adalah 24 jam.

52. Daya ingat ikan hanya 3 saat.

53. Obor obor terdiri dari 95% air.

54. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis.

55. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming.

56. Buaya tidak boleh menjulurkan lidah.

57. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga.

58. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit.

59. Eropa adalah benua tanpa padang pasir.

60. Tanduk badak terbuat dari rambutnya yang mengeras.




klik la bagi yang belum baca fakta #1 , fakta #2 ,fakta #3 , fakta #4 , fakta #5 , fakta #6 , fakta #7 ,  fakta #8 dan fakta #9










p/s : dinamit tu amende ek??hehehe

Fenomena 2011 - 823 tahun Sekali


Neway sepatutnya entry ni di post semalam tapi sayang internet macam siput....

 

sumber pokcik google


Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 2011. Tapi sedar tak korang sebenarnya ada fakta menarik pada tahun ni. Ni ada sedikit fakta yang ditemui. Katanya fenomena ajaib ini hanya berlaku 823 tahun sekali sahaja. Nak tau apa benda tu? Jom baca.... 

Fakta Pertama:
Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
Tarikh yang super cantik, bagi peminat nombor 1. Bagi yang berminat untuk mengabadikan tarikh tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan, nak bertunang ke, berkhatan ke...hehehe
Jangan dok sibuk wat tarikh nak bercerai ,bunuh diri dengan buat anak(bagi yangbukan mahram) dah ler.....


Fakta Kedua:
Cuba korang tambahkan tahun korang lahir dengan umur korang sekarang.
Mesti keputusan korang 111 kan??takyah la nak tipu...aku dah kaji sendiri dah pasal semua ni sebelum aku bagitau korang...hehehe

Contoh :
si polan ni umur dia 22tahun + tahun lahir dia 89
22+89
=111
betol kan??mungkin kebetulan tapi ni la dia kekuasaan Allah SWT.

Fakta Ketiga:

Ni dia kalender bulan julai untuk tahun ni. Kalau rasa tak puas hati gi amik kalender korang sendiri....hehehe


Korang tak nampak pelik ke dengan kalender bulan julai ni??

Bulan julai yang agak unik ni hanya berlaku 823 tahun sekali sahaja. Tengok la hari jumaat sabtu dan ahad...masing masing ade 5 hari.

Kalau di ikut kepercayaan cina perkara yang berlaku 823 tahun sekali ini dipanggil. ‘Money Bags’. Wah, mesti ada yang dah melompat. Yela, da nampak je money tu dah tentu la ada 'ong' punya....hehehe

Bagi matematik pulak walaupun aku tak minat matematik, Fenomena yg berulang-ulang dalam satu jangka masa tertentu ini dinamakan ‘pattern’ dalam Matematik yang akan membentu sequences yang menarik. Tak faham? Cuba tengok sini.

Ya Allah...banyaknya keajaiban yang masih kita tak tau lagi...mungkin ada lagi yang akan terungkai lagi lepas ni??


.credit to : ??? (sory la tak ingat la baca kat blog sapa...)


p/s : apa lagi yang akan terungkai lepas ni ek??

Friday 11 November 2011

"400 lebih gambar si dia???"

 gambar sekadar hiasan


baru baru ni aku saja la nak godek godek aku punya external hard disk ni...
tak sangka pulak aku yang dalam external aku ni penuh dengan gambar si dia...
walaupun si dia pernah meminta untuk aku buang semua gambar gambar dia...
tapi aku berkeras yang aku tetap mahu menyimpan gambar gambar dia sehingga aku bertemu jodah...



taknak tunjuk kat orang ke??

maaf...gambar tersebut diberi kepada aku...maka dengan ini gambar itu akan tersimpan baik oleh aku tanpa dilihat oleh sapa sapa...



kepada yang nak ngorat aku??

ada ke yang nak ngorat aku???hahaha....
neway kalau ada aku harap dia paham diri aku dan takkan paksa aku untuk buang semua gambar tersebut sehingga lepasnya diijabkabulkan....



kepada si dia

kepada si dia kalau terbaca entry ni saya nak mintak maaf sekali lagi yang gambar tersebut tidak akan saya buang...dan jangan la awak risau sebab saya tidak akan membuat sesuatu yang buruk terhadap awak dengan gambar tersebut...



p/s : dalam dompet ni still ada gambar dia...taktau la bila nak keluarkan....
p/s : nak beli external baru la....external nak penuh pulak....