click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 17 February 2012

Amalan Mesra Alam Di Rumah #2


Assalammualaikum…


selamatkan bumi kita...sumber pokcik google



Harini aku nak sambung mengenai perkara yang boleh dibuat untuk kita menjaga alam persekitaran kita ni.

11. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga.

12. Pasangkan system dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan system satu curahan, system dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.

13. Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

14. Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

15. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘standby mode’ selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan ‘standby mode’.

16. Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.

17. Tempatkan peti sejuk jauh dari sumber haba kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga. Sekiranya peti sejuk di dalam bilik bersuhu 30oC hingga 35oC, tenaga yang digunakan hamper 2kali ganda dan meningkatkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 160kg setahun.

18. Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat (CFL). Mentol berpendaflour padat dapat menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.

19. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.

20. Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.

21. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

22. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

23. Sokonglah dan bantulah program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

24. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mongering pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida (CO2) dalam tempuh 6 bulan.



p/s : banyak benda nak kena ubah ni…tak sangka benda yang biasa dibuat ada keburukkan…


Bagi yang belum baca entri sebelumnya boleh klik dekat SINI



28 comments:

Zahirah said...

Memang dekat kolej pakai air pancut je. Tapi saya lebih suka masukkan dalam baldi. Lagi syok mandi. Hahahaha

biela bell said...

erkk..amek masa jugak nak ubah habit kan..nampaknya kena print infi dari blog nie bawak ke hulur ke hilir ;p

Si BuDaK KaChAk said...

zahirah~ tau xpe...nikmatkn???heheeh...tp jimatnya psl nk kene ubah...heheh

Si BuDaK KaChAk said...

biela bell~ xpe...aslkn ada prubahan pun da dikire ok...

=)

Nadia said...

tips bernas..:D

rajinnyer..:)

p/s :: rajin blogwalking..:D

Unknown said...

mmg byk kene ejas ni

tapi separuhnye da wat

D said...

sejujurnyaaaaa.

saya memang tidakkk mesra alammm di rumah sendirii apatah lagi di rumah org lain. damnn

D said...

sejujurnyaaaaa.

saya memang tidakkk mesra alammm di rumah sendirii apatah lagi di rumah org lain. damnn

Falling . said...

ary2 kita buat perkara di atas tu -.-

Si BuDaK KaChAk said...

nadya~ sekadar perkongsian...

rajin ker??mane ade...hehehe

Si BuDaK KaChAk said...

iffah afeefah~ bgus la klu ada yg da buat...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

zakaria's daughter~ wahh....mmg jujur...hehehe...neway try la ubah...dpt ubah skit pun jd la...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

gugu~ bgusnya...camtu la bru rmai dtg ngorat...hehehe

Ce'gu JAERA said...

saya tertarik dengan tips yang ke-20 tu.. "Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan"..

kalau saya suruh adik je pegi kedai.. lagi sihat tubuh badan saya dapat bersantai2 d umah,... ehehe

Si BuDaK KaChAk said...

gen2merah~ mmg cara terbaik la no 20 tu kn??

hahaha...mmg sihat betul la klu santai je...hahaha

Ezad Skytech said...

byk giler nak kena perbetulkan ni...lagi2 yg no 11 tu...sbb aq tak suka guna shower..tak puas mandi...haha~

Unknown said...

tips da ada..bleh le ubah habit slow2 ye ;)

Unknown said...

setakat ni cuma amalkan tips y ke 21..jln kaki je senang..tips 23.. memang abis semua buku2 dikitar semula..and tips 24..chy matahari kn sumber plg efektif..^^
y lain2 tu akn dipraktikkn..:)

*nice tip..

iEdA said...

bwu tau klo bia jer semua peralatan dlm standby mode kn guna tnga gk...sllu wt kt tv cm 2...hooo

yg last skali 2 stju sbb lg besh jemur baju bwh chya mthari ^_^

Si BuDaK KaChAk said...

ezad~ hehehe...dlu aku pun tak suke shower tp skang da biase da...

Si BuDaK KaChAk said...

kaishin~ btol tu...kne tuka slow slow...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

aisyah~ nice...amalkan slalu ye...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

aisyah~ nice...amalkan slalu ye...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

ieda~ matahari pun leh bunuh bakteria tau...

=)

iEdA said...

yupz...pntg 2 n bj pon krg elok jer dr gna alat pgring 2...hehe

Si BuDaK KaChAk said...

ieda~ btol tu...tp zaman skang org sume nak cepat...mane ade mase nk perah guna tgn mcm awk...hehehe

iEdA said...

haha...mksdnyer sy neh tlebih rjn la yea... ^_^

Si BuDaK KaChAk said...

ieda~ bleh la...huhuh