click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 30 September 2011

Ape mende ni??



hiasan semata mata - ihsan pokcik google



wahh...pagi tadi saje tengok aku punye traffik untuk semalam...
agak membanggakan bagi aku yang newbie ni..
namun aku dapat rasakan bahawa arini mesti merudum jatuh akibat kekurangan update cerita arini...
bukan apa...arini kepala aku agak kusut la....
yela...keje aku da semakin tambah (gaji tak tmbah pun)...
pastu petang nanti ada exam pulak...
da la aku tak baca pape pun....
eh...ada ada ada....aku baca blog je...hehehe....
lantak la...nanti aku main tibai je kalau tak tau...hehehe...
petang nanti nak BW pun tak dapat kot...
cukup la pagi tadi aku da BW...
neway sediakan cerita yang bez bez kalau nak aku terjah tempat korang k??
1 lagi aku nak bagitau blog aku mungkin akan berubah wajah nanti...
tu pun atas keiklasan ati seorang blogger yang sanggup nak ubah blog aku ni...
sape dia??tunggu da berubah dulu k??
nanti aku akan wat entry khas pasal dia...

selamat berblogging semua...
jangan lupa pulak pegi semanyang jumaat k??(jangan tido plak time khutbah tu)



p/s : laparnya...nak pegi mencekik dulu....

Coli Sape Pulak ni??

jangan salah paham...ni sebenarnya adalah salah satu kempen yang telah dijalankan...

macam macam la orang sekarang ni...

nak tau cerita selanjutnya?? meh tekan kat sini...





p/s : ade 3 kaler same...mesti 3coli RM10 punye kn??hehehe

Thursday 29 September 2011

BoLa | Siapa Yang Puji Safee Sali tu??



sumber : pokcik google


Pengurus Cardiff City, Malky Mackay merakamkan pandangannya pada Safee Sali ketika striker Malaysia menamatkan lawatan ke South Wales, setelah berlatih dengan The Bluebirds.
"Safee sertai kami untuk percubaan sepuluh hari, tempoh yang mana dia menunjukkan sikap yang baik dan etika kerja semasa berada dalam persekitaran dan cara latihan di Cardiff City," kata Mackay.
"Jelas sekali itu perubahan besar dan gaya berbeza dalam tahap bola sepak, namun dia berjaya menyesuaikan diri dengan skuad. Kami juga menghargai bahawa sukar untuk mendapatkan gambaran penuh semasa tempoh singkat sepuluh hari, terutamanya dengan bilangan permainan dan persediaan perlawanan kami ketika itu."
"Dengan minda tentang keperluan bagi Safee bermain permainan kompetitif bersama skuad kebangsaan Malaysia dan dengan Pelita Jaya di Indonesia, kami telah meminta Safee supaya kembali ke Cardiff City untuk tempoh dua minggu pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada semua pihak terlibat. Buat masa ini walaupun kami katakan selamat tinggal, kami merakamkan bahawa kami mempertimbangkan Safee sebagai kredit kepada kelab dan negaranya."
Safee juga memberi kenyataan tentang pengalaman selepas tempoh bermakna di Cardiff, berkata, "Setelah bermain dengan pasukan simpanan dan juga skuad utama dalam latihan, saya dapati aksi di sini lebih cepat. Anda tak ada begitu banyak masa dengan bola. Itu satu tahap yang baru dan berbeza."
"Latihan berjalan dengan baik dan semua rakan-rakan sepasukan mengalu-alukan kedatangan saya. Walaupun hanya dua minggu, saya telah banyak belajar sepanjang tempoh di sini. InsyaAllah, saya mungkin kembali untuk bermain di sini dalam masa terdekat. "
Safee juga menonton aksi antara Cardiff City dan Leicester City pada hari Ahad. Perlawanan itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isterinya, yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Malaysia yang turut disaksikan kelab. Safee kini akan kembali ke Malaysia pada hari Selasa sebagai persediaan untuk perlawanan antarabangsa dengan Australia pada bulan depan.
p/s : diharap safee dapat main dekat liga sana seterusnya membanggakan negara...amin~

EXAM???



ihsan pokcik google...



aduh...aku ingat da keje ni selamat la sikit dari nak kena selak buku yang bapak tebal tu...

rupanya tak gak...

tadi baru supervisior tepon...dia kata esok datang tempat dia buat exam...

katanya nak tengok prestasi semasa...

aiyoo...letih la nak kena selak buku...

da la topik apa yang masuk pun aku tak tau...

diharap aku dapat la jawab sume soalan tu...

yela...mana la tau kot-kot dia nak naikkan gaji...hahaha(ko baru je start keje...takde maknenye orang nak naikkan gaji)

doa-doakan la aku dapat naik gaji...eh...dapat jawab semua soalan tu...hehehe





p/s : tah tah buku yang tebal kat umah tu da berhabuk...hahaha

Perempuan memberi masalah??



sumber : pokcik google


tak semua perempuan memberi masalah...
so jangan la kecik ati plak lepas tengok entry ni ok??




p/s : hebat gila orang yang kire2 ni...aku math pun tak terre ni nak kire macam ni...hahaha

Penghijrahan



ni jer yang sempat nak sumbat...ada banyak lagi kot...

satu fenomena yang mungkin ada yang sedar dan mungkin juga tidak sedar...
perubahan ataupun penghijrahan yang telah berlaku ke atas artis artis tanah air kita...
syukur alhamdulillah...
diharap dengan perubahan yang berlaku terhadap mereka ini bukan lah hanya untuk sementara...
selain itu, diharapkan juga agar peminat peminat bagi artis artis berkenaan dapat mengikut jejak langkah artis yang selama ini mereka puja/mengilai...
namun apa yang menyedihkan ramai yang mengutuk perbuatan artis artis tersebut...
contoh yang biasa kita dengar...

"eleh..sekejap je tu..tak lama lagi bukak la tudung si polan tu"

"ala...mamat ni...dulu kau jugak yang macam orang gila...skang sebok nak dakwah"

"minah ni kalau tak kena tinggal dengan pakwe dia dulu mesti tak pakai camni"

"ala...dia saja je tu nak tarik perhatian orang ramai...tak iklas pun"


hah...biasa dengar tak??
mesti ada punya la...
sedihkan...macamni rupanya orang kita...
sepatutnya benda yang baik ni kita kena sokong la...
bukannya kutukan ataupun kritikan yang dorang dapat...
biarlah dia iklas ke tak...
itu antara dia dengan Allah...
kita tak sepatutnya mengadili mereka...
siapa kita nak hukum dorang??
diri kita sendiri pun tah tah lagi teruk dari dorang...

jadi tak salahkan kalau kita yang masih di takuk yang lama untuk berubah...
amik la iktibar dari cerita cerita yang telah mereka sampaikan...
marilah kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lebih bagus dari sebelumnya...
ingatlah...
ajal maut tidak mengira umur...
bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita...

renung-renungkan...selamat beramal...(bak kata prof izzi...)
anda buat anda dapat...(bak kata ustazah Siti Norbayah)


p/s : tetiba terpanggil nak buat entry pasal ni...jom berhijrah....

Wednesday 28 September 2011

Jom Gelak....





p/s : aku nak belajar lagi la...taknak jadi macam ni...

RaBu | KuraNg BeRcAkaP #4 - sexy gila



lihat muka ku...cantek kan???hehehe

RaBu | KuRang BeRcakAp #3 - kelibat ditemui...

layankan je...



apakah ini.............hehehe

RaBu | KuRanG BeRcAkaP # 2

lama da tak wat WW# ni...
and ni baru yang kedua??
taknak cakap banyak...tengok je...



baik punya lentik...

Kuatkan semangatku...




sumber : pokcik google

Janji tlah kuikrarkan

Bahwa hidup adalah pengabdian

Semata kepada Allah dan Rasul-Nya yang dimuliakan

Namun perjalanan kadang kupenuhi dengan laku nan cela

Kala perjuangan menghendaki kemurnian fikir dan rasa

Allahu Rabbi …

Engkaulah sandaran jiwa

Ampunkanlah segala dosa

Jadikanlah diriku mudah luluh bersimpuh

Tunjukilah selalu diriku

Tuk dapat berjalan lurus di bawah ridho-Mu

Hanyalah demi redha-Mu

Azam tlah kupatrikan

Bahwa hidup adalah perjuangan

bagi kemenangan syariah dan khilafah yang telah dijanjikan

Namun terkadang saat-saatnya kurasai sebagai beban yang mendera

Kala perjuangan membutuhkan daya dan doa

Allahu Rabbi …

Engkaulah sandaran jiwa

Tegarkan selalu diriku

Jadikanlah dunia nyata fana di hadapanku

Cahayailah selalu pandanganku

Tuk mampu menembus batas tabir Surga-Mu

Semata nikmat Surga-Mu

Kusangat rindukan syari’ah kembali berdaulat di bumi

Renjanaku atas khilafah Islamiyah memimpin dunia

Inginku terdalam kubisa menyaksikan kehadirannya

Ya Allah izinkanlah

Ya Rabbi kabulkanlah.[]

BoLa | hahaha...ingatkan kuat sangat - shawcross





Ryan Shawcross menganggap kejayaan mencuri satu mata dari United begitu bagus seperti mereka berjaya mara ke final Piala FA musim lepas.

Ia adalah kali pertama Stoke berjaya mengelak dari dikalahkan oleh pasukan Alex Ferguson sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2008.

Dan Shawcross, yang menyertai the Potters dari United empat tahun lalu, berkata: "Ia memerlukan sesuatu yang bermakna untuk mengatasi perasaan memenangi pertemuan separuh akhir Piala FA di Wembley."

"Tapi perasaan ini cukup bagus seperti keputusan lain sejak saya berada di sini. Ia adalah antara perlawanan terbaik yang pernah saya terlibat sama."

"Untuk memperolehi mata dari pasukan juara, tidak pernah menjadi keputusan yang mengecewakan – dan cara mereka bermain musim ini menjadikannya ia lebih istimewa."

Stoke telah pun berjaya mengikat Chelsea dan menewaskan Liverpool di gelanggang sendiri musim ini.

AllahuAkbar...

sebelum ni selalu gak baca entry dekat blog otai ni...
selalu gak la dia cakap pasal berkata dalam hati...
tapi bukan tu yang nak di citer kan kat sini...
apa yang nak di citer tu apa yang otai tu cakap ada betolnya...
yela...sebelum ni aku selalu berkata dalam hati...
sebab hati tni je la tempat aku bercerita...
sebelum ni aku selalu cakap...

"nape susah sangat aku nak dapat kawan kat sini??"

"bila la agaknya aku dapat berkumpul dengan kawan kawan aku yang lain??"

"nape la banyak sangat masalah yang aku dapat ni??"


akhirnya mungkin apa yang diperkatakan aku tu didengari Nya...
lalu satu per satu yang aku persoalkan tu terjawab..."


"aku telah dipertemukan seseorang yang boleh aku berborak dekat rumah..."

"hujung minggu ni aku dapat jumpa dengan kawan kawan sebab kitorang nak main futsal..."

"masalah aku telah pun selesai tanpa aku sedari..."


SYUKUR ALHAMDULILLAH....



sunber : pokcik google


bak kata orang...segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya...
dan aku telah pun laluinya...
dengan ini aku akan terus melakukan kebaikkan dan menjauhkan keburukkan...INSYAALLAH...





p/s : jangan sangkakan apa yang diperkatakan didalam hati tiada yang mendengarnya...Dia Maha Mengetahui..

Kenangan...

"Kenangan Yang Lepas Membuatkan Aku Merasa Sedih"

semalam aku tengok tv...
ada 1 part tu dia sebutkan ayat yang kat atas ni...
bila difikirkan ada btol gak dengan ayat ni...
tapi patutkah aku perlu melupakan semua kenangan tu agar aku kembali ceria??
sebab bagi aku kenangan yang lepas tidak patut dilupakan begitu saja..
kerana pengalaman yang lepas la yang mengajar kita untuk kita tempuh dihari yang mendatang...
lagipun tidak semua kenangan tu menyedihkan...
ada juga kenangan yang membahagiakan..
jadi aku telah membuat keputusan agar kenangan akan ku biarkan saja tanpa melupakannya...


sumber : pokcik google

SEGMEN : Lagu Ini...




kali ni nak join segmen tia ni la...
yang unik nya segmen kali ni berkaitan lagu...
korang leh letak pape lirik lagu yang membuatkan korang teringatkan seseorang...
kebetulan la blog aku ni selalu gk aku sertakan lirik...
dengan ni saya sertakan liriknya skali ek...
v
v
v
v
v
v
v
v
mana liriknya??
v
v
v
v
v
klik kat sini..


kalau nak join klik la kat banner atas tu k??

Tuesday 27 September 2011

SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER

alang alang da join segmen NUR KASIH td ni skang nak join segmen LULU plak...
neway sape yang nak tambah follower meh join cepat...
dia punye tarikh tutup da tak lame da...
camne nak join???
klik kat banner kat bawah ni...
V
v
v
v




SEGMEN pertama NUR KASiH | 'JOM SENYUM SAMBIL HADIAHKAN AL-FATIHAH'




arini tak terpikir pun nak join mana mana segmen...
tapi memandangkan empunya blog NUR KASIH dah menjemput...
so rasa tak sedap kalau tak join...
kang kalau aku pun teringin nak buat segmen takde plak yang nak join..
neway thanx tau...
unik pulak segmen kali ni...
nak tau ape yang unik??
nak join gak ke??
meh bukak kat sini..


dengan ini aku tag kan segmen ni dekat

+

nape tag kat dorang??sebab dorang tak sombong dengan aku...

Aku, Dia dan... Cinta



Dulu, aku kehilangan Cinta. Cinta pergi setelah aku sendiri menghalaunya. Cinta merajuk. Cinta pergi tanpa berkata apa-apa. Sunyi datang  selepas Cinta pergi. Sunyi menemani aku ke mana-mana. Ke sekolah, ke kedai, ke taman, ke mall. Tapi ada satu syarat Sunyi, Hati tidak dekat dengan Tenang. Walaupun Tenang terkadang menjenguk, tapi Sunyi pasti ada juga. Sunyi-lah teman aku ketika menangis. Tenang entah hilang ke mana.


Suatu hari Tenang memanggil. Disuruh Hati bertanya pada aku. ”Kau tidak mahu Tenang?“. Aku menangis lagi…Sunyi di sisi.


Hari itu aku keluar…dengan Sunyi. Hati bertanya lagi. ”Bagaimana Tenang?“. Aku terus berjalan diam. Aku lihat sekeliling. Aku lihat pokok, bunga, langit, tasik, awan. Aku senyum. Tenang muncul di sisi. Sunyi juga di sisi. aku tersenyum. Aku tahu, aku perlukan Cinta juga. Hati sudah berkata, “Panggillah Cinta semula, barulah Tenang kekal di sisi, dan Sunyi akan pergi“. Aku anggukkan saja.


Setahun kemudian, aku masih ada Sunyi di sisi. Tapi Tenang ada juga, bersama Hati. Walaupun Sunyi merengus, tapi Tenang tetap ada di sisi Hati. Aku juga, berkenalan dengan Sahabat. Dia baik dan aku  senang dengan dia. Sahabat tahu cerita aku kehilangan Cinta. Sahabat hanya tersenyum dan berkata, “Suatu hari Cinta akan muncul, kau tunggu sajalah“.


Benar kata Sahabat.


Suatu hari, aku ke mall. Bersama Dia. Yang bersama aku, hanya Tenang, Hati dan Sahabat. Sunyi hilanag ke mana. Aku senyum sahaja, nanti adalah si Sunyi ini. Tetiba Dia berkata sesuatu, tapi Hati sedang memandang sesuatu kemudian tercari-cari. Kutanyakan Hati, apa yang sedang dicari? Hati hanya diam. Tenang dan Sahabat ketika itu hilang juga entah ke mana. Sedang Dia sedang berkata-kata, Hati sekali lagi tercari-cari, kemudian….”….listen to me, I will always love you”.


Ketika itu aku tahu apa yang dicari-cari Hati dari tadi. Aku tersenyum. Di belakang Dia, aku nampak…Cinta. Dia datang kembali bersama Tenang dan Sahabat denagan senyum yang lebar. Dari aku  berdiri, aku lihat Sunyi pergi dan hilang dari pandangan.


nurkilan dari hati seorang insan,



p/s : aku mengharapkan tenang sentiase bersama aku....

hari yang memenatkan



gambar ihsan dari pokcik google


sebenarnya aku nak wat entry pasal majlis pernikahan sepupu aku aritu...
tapi akibat kemalasan nak upload pic membantutkan hasrat aku...
neway semuanya berjalan dengan lancar...
dengan sekali lafaz mereka sah menjadi pasangan suami isteri...
yang tak tahan tu imam siap wat lawak lagi sebelum acara bermula....
padahal aku tengok muka sepupu aku tu da merah semacam...
nampak goyang je...hahaha...
tapi serius...aku sendiri tengok pun aku goyang...
yela...time nak snap pic tu tangan aku yang mengeletar...
macam aku lak yang sebok nak nikah....
ish...macam mana la aku nak nikah nanti ek??(ada ke orang nak kat aku??)
lepas semuanya selesai aku dengan family aku semua pun gi la jalan jalan dekat putrajaya tu...
kebetulan plak ade KUD(karnival usahawan desa) time tu...
so kitorang pun singgah la kejap...dok perkena mee bandung muor..
layan beb...bak kate boboiboy "terrbaeekkkkk" hehe...
ramai giler weh orang time tu...
dah la tengah panas plak tu...
rasa kulit aku yang putih mulus ni terbakar pulak...(putih ke???hahaha)
lepas tu singgah umah makcik kat ampang jap...
dah sebok orang tua bergosip kitorang pun balik...
pastu aku plak dok sebok nak gerak ke seremban plak...
esoknya da keje...



p/s : pic nya kalau aku rajin nnt aku uploadkan la jadi wordless wednesday...tu pun kalau rajin...

BoLa | Apakah semua ini?? lucah ke??


selama bertahun-tahun aku bermain bola...
pernah gak kadang tu ada perasaan nak membuang...
tapi bila da atas padang time tengah game tak pernah plak rasa nak terbuang...
maybe daya fokus aku time tu sangat tinggi...
so segala macam perasaan tu pun hilang...
tapi macam mana plak dengan orang ni??
apa yang dia tengah pikir ek time ni??
ada sape sape boleh bagi jawapan bagi pihaknya??

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


sumber : pakcik google


p/s : ada gak yang kena buang padang ni kang atas kesalahan "melucah di tengah padang" hehehe..

BoLa | Saya masuk untuk jangka masa panjang okee !!!




 pemilik kelab QPR



Tony Fernandes mengakui dia berminat dalam komitmen yang bakal dibuatnya. QPR mungkin perlu berpindah dari stadium mereka yang sempit dengan kapasiti 18,000 di Loftus Road, namun pemilik Air Asia berusia 47 tahun itu menegaskan, kelab akan kekal dalam kawasan Shepherd's Bush di London.

"Mereka tetap di sini, saya boleh berjalan kaki dari rumah saya ke kelab ini," kata Fernandes.

Fernandes, yang membeli majoriti saham dalam kelab dari Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore bulan lalu, berkata, "Perkara terbaik tentang kelab adalah fakta bahawa mereka di sini. Kelab berada dalam lingkungan empat batu yang terbaik di London."

"Saya tak menjamin apa-apa, tapi jika anda berkata kepada saya 10 tahun yang lalu yang kami akan untuk membina syarikat penerbangan dan dalam masa 10 tahun, kami akan membawa 32 juta penumpang, anda akan berkata, "Apa keterujaan anda?"'




p/s : Go Malaysia Go...!!!

Monday 26 September 2011

PeTikAn AyaT ~

"kalau sayangkan pasangan korang cubalah terima dan bersabar oke. semua insan kat dunia ni tak sempurna" ^___^
 
nak tau citer??klik la kat pic bawah ni
v
v
v
[287139_2161629634489_1059001913_2516757_879670_o.jpg]

sEdikiT tiPs uNtUk oRanG MalAs (macam aku)

Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.

Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.

Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.
Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:

1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.

3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.

6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!

7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.

8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)


p/s : jom kita hijrah dari seorang yang malas menjadi seorang yang rajin

Aku mencurik ???

takde la...aku sebenarnya curi masa je...
yela...spatutnya aku memang agak sibuk sekarang ni...
tapi rasa tak senang duduk la kalau tak up citer...
so aku curik la 5 minin nak up entry ni jap...


handsome tak aku?? hahaha


Ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?                          

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

HaRi IsniN yAnG SiBuk....!!!




hari ni banyak pulak keje nak kena settle kan...

tak dapat nak up entry...

pada yang mengikuti citer aku yang tah pape ni arap maaf la ek?(ade ke orang ikut citer aku??)

esok aku cuba up citer k?

arini kalau sempat aku BW la kat page korang...

kalau ade yang nak sertakan url pun bleh gk...

nnt aku free aku datang singgah...




p/s : minggu gaji so kene wat bos nmpak kita rajin bru sejuk ati dia...hehehe

Saturday 24 September 2011

TungGuLah KepuLaNgaN aNaK mu Ini

yayyy.....!!!!
arini aku nak balik rumah family kat KL
lama da aku tak balik jumpa family...
tak sabar nya nak jumpa dorang...
rindu dengan family...
rindu gak dengan 3 orang pari-pari ku...

pari-pari ku??

owh...anak-anak buah aku la...
(Caca, Qhalief , Zarif)
lama da tak main-main dengan dorang...
"korang tunggu tau...nanti Acu balik kita main sama-sama tau..."

sebenarnya aku balik ni ada tujuan lain...
actually my cozin nikah hari ahad ni...
so kena la pergi ye...(orang kata kalau tak gi majlis orang kang kita punya majlis pun takde orang nak datang)
katanya buat dekat putrajaya...

nanti la...aku try amik pic...
nanti aku hapdet la kat blog ni...



p/s : panas nya kat luar...macam mana nak balik ni...mau rentung gak kulit aku ni kang...

SEGMEN : Wardah Alisya: Pencarian bermula!

boring la...lama da cari segmen yang boleh meramaikan follower tapi macam kurang berhasil...
now nak cuba segmen ni pulak...
arap-arap terpilih seterusnya meramaikan follower...


korang nak jugak ke??
boleh je...
klik la kat banner bawah ni...
v
v
v
v




p/s : nak meramaikan kawan-kawan blogger...


KhaS BuaT mY BFf !!!!

sory la jadi entry kedua lak hari ni...
ingat nak wat entry ni jadi entry pertama...
tapi tak mengapa la...at least post jugak kan entry ni...
entry ni saya nak ucapkan puluhan+ratusan+ribuan+jutaan terima kasih kat my BFF
yela...hari ni bukak-blog je nampak header baru...
dia la yang bersusah payah dok tolong buat header ni...
walaupun apa yang dia buat ni tak kena pada konsep yang aku mintak...
at least dia ada jugak buat...(daripada aku langsung tak reti nak buat)
now page aku da berwajah baru...




thnx again kat dia...nanti kalau ko nak mintak tolong pape dari aku plak ko cakap tau...
kalau aku boleh tolong nanti aku tolong la...




p/s : credit to syifa....

Friday 23 September 2011

RaSa naK BloGwaLkinG La


rasa macam nak blogwalking la...
saje nak meramaikan follower..
kita tengok la sape yang bernasib baik dapat la jejak aku kt blog korang...
yang mana-mana nak aku jejak kat blog dorg meh la bagi url...
tapi korang kena follow la blog aku ni dulu ek??

semoga aku berjaya ke blog korang...

BoLa | AkU BeLuM Nak PeRgi La...!!



 Nicolas Anelka


Nicolas Anelka masih belum memutuskan sama ada mahu melanjutkan tempoh kekal di Chelsea.

Bos Blues, Andre Villas-Boas mendedahkan striker Perancis itu menyatakan mahu meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang.

Anelka, yang berusia 33 tahun Mac nanti, menghadapi persaingan sengit daripada Fernando Torres, Didier Drogba, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku bagi tempat permulaan di Stamford Bridge.

Dia berkata, "Saya dikaitkan dengan tempat lain, tapi apabila anda dikaitkan, tak bermakna anda mahu pergi."

"Saya suka Chelsea dan mahu kekal dengan mereka, sebab itu saya masih di sini."

"Saya akan lihat apa yang berlaku pada Disember, jika saya masih di sini, saya akan lihat apa yang berlaku pada Jun."

"Saya gembira di sini, saya sukakan kelab dan semua warganya. Tapi itu tak hanya terpulang kepada saya."

"Saya bersama kelab hampir empat tahun dan saya gembira dengan segalanya. Sepatutnya saya harus kekal begini."



p/s : khidmat dia still diperlukan...dia bagus la kat chelsea cuma bergelut merebut tempat dengan player lain

BoLa | "SAYA TAK NAK PINDAH !!! " wekkk....

Tony Fernandes


Pemilik QPR, Tony Fernandes mahu kelab itu kekal di White City apabila mereka menimbang untuk berpindah dari Loftus Road Stadium.
Fernandes sedang mencari tapak baru kerana stadium mereka sekarang, terletak berdekatan pusat beli belah Westfield dan ibu pejabat BBC, hanya mampu menampung 18,300 penonton.
"Ada potensi untuk stadium baru," kata Fernandes. "Yang paling jelas adalah yang ada di White City."
"Ada beberapa tapak tanah di sana, beberapa daripadanya dimiliki BBC. Westfield dah buka banyak potensi dan kami cadang bina stadium dengan kapasiti 40-45,000."
Fernandes telah melabur untuk Joey Barton, Anton Ferdinand, Shaun Wright-Phillips dan Luke Young sejak mengambil alih – namun menegaskan tiada perbelanjaan terburu-buru akan dilakukan.
"Anda takkan berjaya dengan belanja berjuta-juta pound," katanya. "Lihat Fernando Torres, digugurkan oleh Sepanyol, digugurkan oleh Chelsea, dan banyak wang dibazirkan dengan pembelian tersebut."
p/s : duit ada boleh la nak wat macam macam

KaWan @ KekAsiH ????

gambar hiasan...ihsan dari pakcik google

Sebelum aku kenal dia aku ramai kawan,

Setiap apa yang aku buat mesti dengan kawan-kawan,

Main futsal, lepak tengok bola, pergi karaoke semuanya dengan kawan,

Lepas tu aku kena gi PLKN...bertambah kawan-kawan aku,

Masuk kolej...bertambah-tambah lagi la kawan aku,

Sampai satu ketika aku dipertemukan dengan dia sebagai kekasih,

Semua kawan-kawan aku perkenalkan dekat kekasih, (yang boleh join kepala je la)

Namun...kekasih menyatakan isi hati dia pasal kawan-kawan aku.,

Katanya aku lebihkan kawan-kawan daripada dia,

Aku jadi serabut memikirkan hal tersebut,

Lalu aku cuba meninggalkan kawan-kawan aku secara perlahan-lahan,

Demi cinta dan sayang aku terhadap kekasih membuatkan aku jadi demikian,

Namun cinta yang dulunya manis tidak lagi manis,

Aku ditinggalkan terkapai-kapai,

Aku kehilangan kawan-kawan,

Aku juga kehilangan kekasih,

Tinggallah aku kesorangan,

Sepi tanpa teman,

nurkilan dari hati seorang insan



p/s : .......sapa pilihan anda??....

AKU DENGAN KO KAN BFF!!!!!

gamba lama

semalam kalau korang nak tau aku agk touching la dengan sorang member aku ni...
sebab tu semalam aku dapat sumbat 1 entry je... sini
lepastu terus dia pujuk aku..macam-macam la...sampai siap wat entry pujuk lagi... sini
pastu tak puas ati malam siap kol aku lagi...
akhirnya kami kekal macam biasa...
sebab kitorg BFF...
so kalau gado and touching2 skit tu biasa la...
so oleh sebab aku dengan dia da ok balik so aku pun terus la berblogging ni...
kalau tak maybe da tak main da kot...
neway aku juz nak cakap ko la kawan aku yang paling bez...
jangan nak wat hal lagi dengan aku...



p/s : aku da up entry da macam yang ko nak..neway pedulikan je orang nak cakap ape pasal aku dengan ko...dorang tak tau pun citer sebenar...

SEGMEN | JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA

wah...segmen seterusnya...
suka nya ada segmen-segmen camni...
leh tambah follower ramai-ramai...
korang nak join??
klik la kat banner kat bawah ni...
kat sana ade la syarat-syaratnya...
v
v
v



aku da join...
korang bila lagi??

Thursday 22 September 2011

1 vs 0...

entry suka & duka 

 sumber : pakcik google

korang pernah tengok tak citer ni??kat astro ria...ala...yang pengacara dia didie alias dengan enot tu...
semalam lepas balik keje aku lepak la tengok tv kejap...
tah macam mana tangan aku ni gatal sangat nk menekan astro ria...
sekali kuar la citer ni...so aku pun tengok la...
tak pasal gelak sorang semalam...
yela...kelakar tengok gelagat artis-artis...
lagi-lagi dalam episode yang aku tengok ni ade jep sepah dengan shuib sepah...
mujur tak berguling aku...hahaha
tapi bukan tu sebenarnya aku nak citer...





sumber : pakcik google (irma hasmie)

ni yang aku nak citer ni...
dalam episode tu irma ni pun ade gak...
tapi time tu dia tak pakai tudung lagi...(maybe rakaman sebelum dia pakai tudung)
neway bukan nak citer irma tak pakai tudung...
aku nak citer yang aku suke sangat tengok irma ni gelak...
dengan gigi nya yang terkeluar bile dia gelak tu mengingatkan aku pada seseorang...
bile dia gelak memang mirip sangat dengan "orang tu"...
tapi "orang tu" sedikit tembam but comel...
 

sape "orang tu"??


tak perlu tau la...yang penting aku rase entry ni mesti akan di bace "orang tu"...
sebenarnya aku rindu nak tengok "orang tu" gelak...
sebab setiap senyuman , gelak dan tawa orang tu sebenarnya sedikit sebanyak mengurangkan sakit yang aku alami..
now bile lama da tak tengok "orang tu" gelak memang agak terasa la...
perasaan rindu tu jangan kata la...memang da sampai tak boleh nak diungkap rindu tu...
tapi aku sedar aku ni tak ada apa-apa kelayakkan yang dapat melayakkan aku untuk diri "orang tu"...


so bila da jadi camni memang kawan-kawan sangat-sangat aku perluka..
tapi apakan daya...
ada kawan pun macam da tak wujud da kawan tu...
lagi-lagi pagi tadi aku terbaca 1 entry daripada kawan baik aku...
tak tau lak aku yang dia now da pandai berahsia dengan aku...
sedih??yup...memang sedih sangat-sangat...
yela...kawan aku tu dah kategori BFF...
semua cerita aku mesti aku ceritakan kat dia...
tak pernah ade rahsia antara aku dengan dia...
tapi dia??


dulu dengan member PLKN pun camni gak...
yela...aku punya la percaya dengan dorang and sanggup wat ape je untuk dorang...
tapi dorang wat ape??
dengan pengorbanan yang aku wat langsung dorang tak hargai...
pastu tuduh aku macam-macam...



now aku betol-betol sedih.....



blog ni aku tubuhkan untuk aku cari kawan...
untuk aku luahkan segala yang terbuku dalam ati aku...
yela...aku bkan ade kawan yang bleh aku ceritakn masalah...
now aku rase aku nak menyediri la...
nak pergi jauh...




blog ni mayb akan sepi kot lepas ni....




assalammualaikum semua.....

T_T



Wednesday 21 September 2011

AkU , DiA & KFC

entry jiwang karat




baru-baru ni aku gi makan KFC dekat GIANT Senawang dengan akak aku sorang tu...
mulanya kitorang tak rancang pun nak gi sini...
plan awal ingat nak gi makan steamboat tapi tutup lak sebab kat tempat jual steamboat tu ade majlis rumah terbuka...sape punye tah...tak gi pun...
pastu akak aku tu la yang beriya ajak gi makan KFC..
mula berat jugak aku...memandangkan kewangan dah tak banyak da ni...
tapi untuk akak aku sorang tu pun aku layankan gak...








masa tengah beratur panjang tu aku terpandang la dekat signboard yang ade kat atas kepala cashier tu...
set X meal ni...
tetiba hati aku sayu teringat kat si "dia" tu...
yela...dulu-dulu kitorang kalau dating selalu gak la singgah makan kat KFC ni...
kalau kitorang nak makan set Xmeal ni biasenya dia akan amik set yang ade burger tu...
aku lak akan amik set yang ade twister tu..
kitorang taknak amik same sebab nanti kalau dia nak aku nye leh kitorang tuka-tuka rasa...
tapi tengok gak la sebab kadang tu kitorang amik je snack plate...






bab sos ni pun ade citernya gak..
dulu aku tak pandai makan sos ni...
tapi bila kuar dengan dia makan KFC ni mesti dia amik sos ni...
time tu aku start belajar makan dengan sos ni...
and sampai sekarang kalau gi KFC sos ni yang aku capai dulu...






yang ni lak extra chees...
aku memang selalu mintak extra chess..
so kene la tambah RM1 untuk extra chees..
dan yang pasti aku rase sampai sekarang kalau si "dia" gi KFC mesti dia akan tiru aku untuk mintak extra chees ni...
yela...mulanya dia tak tau pun...bila dengan aku baru dia tau...and kalau aku lupe dia yang tolong order kan...bkan ape...sebab dia pun nak gak...yang ni beli 1 pastu kitorang kongsi je...






pastu yang ni hidangan yang wajib ade kalau kitorang gi KFC...
yang penting kena beli 2...yela...bile aku beli 1 tak cukup...
kena pulak dia suka dengan menda ni...so dia tak nak kongsi...
tapi aku tak kesa pun...
bagi aku dia nak apa-apa makanan aku leh tunaikan...
sebab aku memang nak dia makan banyak pun...
kalau dia tak makan memang aku marah...




yang penting antara aku dia dan KFC memang terlalu banyak sangat kenangan...
sampai masa aku makan dengan akak aku tu pun aku tak banyak cakap...
yela...maybe orang selalu nampak aku ketawa tapi hati aku menanggis ade ke orang yang tau??
tah la...aku memang takleh lupakan dia...
tah-tah dia tengah bahagia dengan teman yang baru...




p/s : sayunya hati dok taip entry ni..


Dunia HiburaN | EKSKLUSIF ~ "Saya Tak Berniat Aibkan Fida" - mamat sepah

sumber : pakcik google

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kontroversi gambar Fida yang tidak bertudung dan hanya menutup
rambutnya menggunakan topi sahaja.

Gambar itu dikatakan telah menjatuhkan reputasi Fida dan mencemarkan imejnya sebagai seorang selebriti bertudung kerana disebarkan oleh blogger yang tidak bertanggungjawab sejak kelmarin lagi.

Hasil temubual OHBULAN! bersama Mamat Sepah, kami berjaya mendapatkan penjelasan dan bukti yang kukuh tentang bagaimana gambar itu boleh tersebar di internet.

Kami difahamkan, gambar tersebut tidak sengaja dimasukkan ke laman facebook Mamat Sepah. Kemudahan aplikasi pintar Blackberry menyebabkan Mamat tidak sengaja ter’upload’ gambar yang sepatutnya ditapis terlebih dahulu.

Dia berkata, “Ketika saya menangkap gambar Fida, saya memakai spek mata hitam dan umum tahu saya ada masalah rabun. Saya tidak nampak rambut Fida yang terdedah disebabkan spek mata hitam dan masalah mata saya.”

Dalam percutian ini, mereka berdua menaiki kereta yang berbeza dan tidak wujud soal mereka hanya bercuti berdua.

nak tau cerita selanjutnya?? ---> http://www.ohbulan.com/eksklusif-saya-tak-berniat-aibkan-fida-mamat-sepah/


p/s : ni untuk syifa...sebok suro aku up citer ni...hehehe

BoLa | Apek yakin Harimau jerat Samurai


“KAMI lebih arif dengan kekuatan Jepun siapa lawan kali ini dan kami sudah bersedia berdepan Jepun.”
Itu kenyataan ringkas bernada cukup yakin daripada mulut kapten dan penjaga gol skuad Olimpik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan penting perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Pulau Kyushu, jam 7 malam ini (8 waktu tempatan).
“Kini saya dan rakan-rakan lebih bersemangat dan yakin kerana sudah mendapat sedikit gambaran maklumat daripada jurulatih (Ong Kim Swee). Malah kami juga berpeluang melihat rakaman perlawanan mereka (Jepun) dengan Kuwait pada pusingan kedua lalu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah mereka pasukan yang pantas, banyak menggunakan pemain sayap dan cukup agresif dan saya jangkakan mereka akan kekal bermain seperti itu esok (malam ini).

“Tetapi berkat latihan dan persiapan lebih rapi menghadapi kempen peringkat kumpulan ini, saya yakin kami mampu memberi tentangan. Bukan mustahil jika kami mampu pulang dengan satu mata,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Apek.

Khairul Fahmi dijangka memikul tugas berat menggerakkan benteng pertahanan di depannya untuk menafikan sebarang jaringan daripada skuad Samurai Biru. 
Mengulas saingan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada skuad Samurai Biru di Sukan Asia Guangzhou 2010 ketika itu, Apek menjelaskan pemain negara kurang mengenali pemain skuad emas bimbingan jurulatih Takashi Sekizuka ketika itu.

Malah kecederaan yang dialami beberapa tonggak penting dalam perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan juga menyumbang kepada permainan secara bertahan ketika itu. 

Menurut penjaga gol Kelantan dalam Liga Super itu, pemain Harimau Muda kini lebih berkeyakinan beraksi di pentas penting ini terutama selepas mendapat banyak pendedahan berguna berdepan lawan lebih fizikal menentang kelab Liga Corgon di Slovakia.



siaran langsung di tv2 dan astro arena jam 6.45pm .


sumber : berita harian


p/s : tetap menyokong pasukan bola negara...menang kalah belakang cerita...yang penting semangat patriotik terhadap negara sendiri tu penting....