click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Saturday, 4 February 2012

Bermulanya cuti

sumber pokcik google (lama dah tak join camni...)


Assalammualaiku….

Semua orang sudah mula bercuti harini tapi aku masih lagi bekerja. Mujur aku hanya bekerja setengah hari je hari ni.

Beg sandang yang selalu aku bawak tu penuh gila sebab aku dah sumbat bermacam macam termasuk Mr.Lappy aku. Hari ni nak balik rumah mak dekat KL jadi haruslah aku bawa Mr.Lappy tu.

Tapi dalam cuti yang singkat ni, aku dah terima banyak undangan la. Berkemungkinan besar aku tak dapat nak update cerita masa aku bercuti. Lagipun, anak buah aku dah menunggu nak bermain dengan aku. Jadi memang tak ada masa nak menaip.

Tapi insyaAllah, BW tetap akan dijalankan walaupun entri tak dapat diterbitkan.

Esok ada kawan aku yang akan mengakhiri zaman bujang. InsyaAllah kalau berkesempatan akan aku update cerita pasal perkahwinan dia beserta dengan gambarnya sekali.

Kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Apis. Semoga kau dapat jadi suami, bapa, kawan, dan anak yang soleh buat semua orang. (Malam jangan rakus rakus…hahaha)

Tak sabar pula rasa nak gi kenduri tu. Dapat berkumpul dengan kawan kawan yang dah lama tak jumpa.



p/s: rumah akan menjadi disaster bila dah jumpa dengan anak anak buah…haha

4 comments:

Gen2Merah said...

selamat bercuti bro... salam maulidur Rasul 1433H....

Si BuDaK KaChAk said...

terima kasih...

slamat bercuti gak....salam maulidur Rasul 1433H...

=)

k@!sh!n said...

selamat bercuti bro..

Si BuDaK KaChAk said...

sama la kita...

=)