click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Monday 30 January 2012

Menggunakan hati atau sesuka hati??

Assalammualaikum....



sumber pokcik google


Semenjak dua menjak ni entri ni takda tulis pape pun kan?? Maaflah semua...mood aku tengah tak best la untuk menulis. Aku biasa menulis mengikut hati dan akal yang waras. Bukan bermakna sekarang ni aku tak waras. Cuma untuk menghasilkan penulisan yang baik perlu dengan hati yang tenang.

Sekarang ni mood aku cuma nak BW je dekat blog blog yang aku dapat. Dapat dari mana? Dapat dari segmen segmen yang aku dah join la..

Sekarang ni juga aku nak baca dan belajar penulisan dari blog blog yang lain. Mungkin dengan BW yang aku lakukan selain dapat meramaikan geng geng blogger, aku juga dapat belajar cara penulisan yang menarik.

Aku sedar bahawa penulisan dekat blog aku ni agak memboringkan korang semua. Jadi aku cuba untuk perbaiki lagi bagi dapat memuaskan semua pengunjung yang berkunjung dekat blog aku yang tah pape ni.

Kalau boleh aku mintak pandangan dan pendapat korang untuk aku perbaiki penulisan ataupun view dekat blog aku ni. Korang boleh tulis je dekat kotak komen yang ada dekat bawah nanti ok??




p/s : menulis menggunakan hati bukan dengan sesuka hati....  ( ^_* )

Sunday 29 January 2012

Segmen | Jom Berkenalan Dengan Sahabat Blogger




oleh kerana harini aku tak banyak bercerita maka aku pun men'join'kan diri dengan bermacam macam aktiviti yang rakan rakan blogger dah sediakan.

sedikit mengenai diri aku :-



nama pena : Budak Kachak

umur : bakal menyambut ulang tahun ke-??? pada bulan Februari nanti.

asal : Kuala Lumpur tapi sekarang menetap dekat Senawang atas faktor kerja. tapi kalau ada aktiviti hari minggu mesti balik kl punya.



Bagi blogger blogger baru ataupun newbie yang mencari cari rakan follower boleh la join segmen ni sekali. Aku pun boleh dikatakan baru la jugak dalam dunia blog ni.





p/s : tujuan aku join ni nak cari newbie yang boleh dibuat geng la...heheh

Bloglist | Mega Blog list by Miraa Hussin




Kali ni aku nak join bloglist yang dibuat oleh Miraa Hussin. Apa yang menarik pasal bloglist ni dia ada buat dua kategori. Antara kategorinya :


  • CHOCOLATE
  • BANANA


Yang lebih menariknya dia juga turut menyediakan hadiah bagi yang bertuah.

Dan katanya dia mahu menyediakan bloglist terbanyak sekali. Tujuannya untuk mengumpul blogger blogger. Selain tu, kita semua pun boleh blogwalking sekali nanti.





p/s : rasa macam nak masuk kategori banana la...boleh dapat hadiah misteri....hehehe

Contest | Naj "Dream High Contest!!!"



semua syarat dah saya penuhi...
cuma facebook dan fanpage je tak dapat sebab saya memang tak ada akaun fb....
jadi harap penganjur tak marah la ek...
siap....!!!


eh...jap jap...gambar saya tak letak lagi...
mengikut pada syarat...penganjur nak gambar wana pink atau hijau yang comel comel...
puas saya godek godek jadi saya nak pertaruhkan gambar yang ni...
mesti comel punya....hehehe



yang nak join boleh klik dekat banner atas...





amacam...comel tak???hahaha



nak tag dekat :





p/s : bila mereng dah menguasai diri...hahaha

Saturday 28 January 2012

Senarai top ranking university


Assalammualaikum....




sumber pokcik google


Aku rasa masih sempat lagi kot untuk aku kongsikan maklumat yang aku dapat pada korang semua. Berikut merupakan senarai kedudukan university terbaik Malaysia pada tahun 2011.

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

1)Universiti Sains Malaysia
2)Universiti Teknologi Malaysia
3)Universiti Kebangsaan Malaysia
4)Universiti Putra Malaysia
5)University of Malaya
6)Universiti Malaysia Perlis
7)Multimedia University
8)Universiti Teknologi Mara
9)Universiti Malaysia Pahang
10)International Islamic University of Malaysia
11)Universiti Utara Malaysia
12)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13)Universiti Tenaga Nasional
14)Universiti Malaysia Sabah
15)Open University Malaysia
16)University of Nottingham Malaysia
17)Universiti Teknologi Petronas
18)Universiti Sains Islam Malaysia
19)Universiti Pendidikan Sultan Idris
20)Taylor’s University College
21)Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22)Universiti Tunku Abdul Rahman
23)Universiti Malaysia Terengganu
24)Universiti Malaysia Sarawak
25)Universiti Tun Abdul Razak
26)Monash University Malaysia
27)Universiti Industri Selangor
28)Wawasan Open University
29)UCSI University
30)Curtin University of Technology Sarawak Campus
31)Asia Pacific Institute of Information Technology
32)International Medical University
33)Help University College
34)Tunku Abdul Rahman College
35)Al Madinah International University
36)Universiti Kuala Lumpur
37)National Defence University of Malaysia
38)Segi College
39)Universiti Sultan Zainal Abidin
40)Universiti Malaysia Kelantan
41)Limkokwing University of Creative Technology
42)KDU College
43)Selangor International Islamic University College
44)Sunway University College
45)Malaysia Theological Seminary
46)Malaysia University of Science & Technology
47)Olympia College Malaysia
48)Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49)Malaysian Institute of Management
51)University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
52)INSANIAH University College
53)Taman Pertanian University
54)Kuala Lumpur Infrastructure University College
55)International Centre for Education in Islamic Finance
56)Majlis Peperiksaan Malaysia
57)Cyberjaya University College of Medical Sciences
58)Disted-Stamford College
59)Berjaya University College of Hospitality
60)Asia e University
61)KBU International College
62)New INTI College
63)TATI University College
64)Nilai International College
65)Asia Pacific University College of Technology & Innovation
66)AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.

Mana mana pun ok sebenarnya. Sama juga dapat sijil. Tak kira la dekat mana pun korang belajar yang penting ilmu yang kita terima tu dapat digunakan sebaiknya.


p/s : korang pernah belajar kat mana??kongsi kongsi la dekat komen bawah ni. Bagi yang belum belajar lagi korang juz bagitau korang berminat nak masuk dekat mana ok??

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita) #4

Assalammualaikum...







31. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
32. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
33. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
34. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
35. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
36. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
37. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tetapi mempunyai keazaman yang lemah.
38. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
39. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
40. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu, dia benar-benar maksudkannya.




p/s : lelaki cemburu tanda sayang tapi berhati hati kerana mungkin ada udang disebalik batu…



Bagi yang belum baca bahagian sebelumnya boleh klik dekat    SINI 1 , SINI 2 , dan SINI 3

Contest | Blog Paling Kemas

Assalammualaikum...







arini rasa macam nak join contest ni la...

tarikh tutp dia lambat lagi...

saja je nak test power tengok blog ni kemas ke tak...

tak mengharap pun untuk menang sebab tau ada banyak lagi blog yang lagi power....

join ni pun setakat nak memeriahkan majlis...hehehe

nak join kli je kat banner...







p/s : blog camni pun bleh dikategori kemas ke???hehehe

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita) #3


Assalammualaikum...


sekadar hiasan (sumber pokcik google)



21. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah, dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat.
22. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
23. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
24. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak di kepala lebih dari gadis otak di kasut.
25. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
26. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
27. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
28. Lelaki berfikir terlalu banyak.
29. Fantasi lelaki tidak terbatas.
30. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.



p/s : ye....lelaki memang banyak berfikir….


masih belum baca yang nombor 1 dan 2?? Klik je dekat SINI 1 dan SINI 2



Orang makan orang…



Assalammualaikum…


 
sumber pokcik google


Apa yang aku nak ceritakan ni bukan lah pasal manusia yang makan orang tu. Aku cuma nak menceritakan mengenai orang yang suka menperdajalkan orang lain atau kata lain mengkhianati orang.

Semalam dekat tempat kerja aku ni ada seorang budak india yang agak lurus bendul bagi aku. Dia telah tertangkap kerana cubaan menyeludup keluar barangan terlarang dekat tempat kerja aku ni.

Situasi biasa di tempat kerja aku ni, setiap orang wajib diperiksa badan sebelum masuk dan keluar di satu department ni.

Nak dijadikan cerita, budak india yang aku anggap budak baik dan juga lurus bendul ni telah tertangkap akibat terdapat barang terlarang dipoket dia.

Akibatnya dia telah dibawa ke Balai Polis untuk disoal siasat. Kesudahan cerita aku masih belum tau kerana hari ini aku tak nampak pulak batang hidung budak india tu.

Dari apa yang aku agak, mesti ada budak yang cuba menjatuhkan dia atau bahasa kasar dia diperdajalkan oleh orang lain. Yela, budak tu gila lurus bendul. Kalau orang lain tengok muka dia pun macam tak percaya je yang dia buat semua tu.

Aku pasti ada orang lain yang memasukkan barang terlarang tu dekat dalam poket dia dalam dia tak sedar. Sebab benda tu bukan besar pun. Kecik je. Memang senang sangat nak masukkan kat poket orang lain kalau orang tak sedar.

Dari apa yang aku tahu, dia berkemungkinan besar berdepan dengan situasi akan dibuang kerja. Dah la dia hidup dekat dunia ni sebatang kara. Mak ayah dia dah tak ada lagi. Lihatlah…bertapa kesiannya budak tu. Tak pasal pasal kena cari kerja lain pulak lepas ni.




p/s : lepas apa yang dah jadi ni, aku harus lebih berwaspada dalam memilih kawan…

Thursday 26 January 2012

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita) #2



Assalammualaikum...

sumber pokcik google




11. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
12. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda, dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar berkata begitu.
13. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip ke seluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
14. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
15. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
16. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
17. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
18. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor meskipun titik kecil.
19. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
20. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.


p/s : setuju no.19…rupa bukan segalanya….

Jam loceng


sumber pokcik google



Assalammualaikum….

Jam loceng…seperti yang semua tau bahawa jam loceng digunakan untuk mengejutkan kita ataupun menyedarkan kita dari terlupa atau tertido dengan lenanya. Ianya telah ditetapkan sendiri bagi pemilik jam loceng tersebut.

Jam loceng juga boleh digunakan melalui jam yang terdapat pada telefon bimbit. Ianya lebih mudah dan boleh dibawa ke mana saja.

Tu lah sedikit sebanyak tentang jam loceng yang boleh aku huraikan. Tapi apa yang aku nak cerita sekarang ni adalah jam loceng pada diri aku dah macam tak ada function.

Bukan tak ada function apa…telinga aku ni tak tau la setan jenis apa la yang dah sumbat dekat telinga aku ni. Sekarang ni aku bangun pagi nak gi kerja mesti lambat. Jam loceng macam tak berbunyi langsung.

Nak mengharapkan housemate lagi la tak boleh. Yela, masing masing buat hal sendiri. Tau tau je bila bangun tengok rumah dah kosong. Dorang semua dah pegi kerja. Yang tinggal hanya aku yang tengah kelam kabut nak bersiap.

 Adakah ni gara gara cuti yang lama sangat??hehehe


p/s : lepas ni rasa macam nak bela ayam jantan la dekat dalam bilik ni…boleh take k???hehehe

Wednesday 25 January 2012

Kemalasan bekerja


sumber pokcik google


Assalammualaikum….

Harini merupakan hari pertama bekerja setelah penat bercuti. Jujur aku katakan yang diri ini terasa berat je untuk bekerja.

Harini aku memilih untuk lebih banyak duduk dari banyak bergerak. Badan terasa letih sangat sangat walaupun masa cuti hanya melepak dekat rumah je.

Nak buat sesuatu kerja pun terasa kekok. Macam la cuti lama sangat sampai kekok nak wat kerja…hehe…




p/s : sekarang ni rajin nak update entri dengan blogwalking je…hehehe…

Balik dari bercuti



Assalammualaikum….

Setelah berhari hari aku bercuti, maka blog aku pun turut sama bercuti kerana aku sibuk melayan anak buah anak buah yang sudah tentu aku jarang temui.

Kebiasaan aku bercerita kerana ingin meluahkan sesuatu di dalam hati. Oleh kerana telah bertemu dengan anak buah anak buah aku, maka segala stress yang aku alami terus hilang dek kerana melayan karenah anak buah aku yang berbagai bagai tu.

Lagipun setiap kali aku ingin menulis, mesti aku diganggu anak buah anak buah aku. Jadi tak dapat la aku nak susun ayat untuk sebuah entri.

Tapi sempat gak aku join satu segmen masa cuti tu. Itu pun disebabkan anak buah aku semua tido. Bagi yang bertuah, dapat la kunjungan dari aku dekat blog dorang masa cuti haritu.






p/s : baru je tak jumpa dah terasa rindu dengan dorang…

Monday 23 January 2012

Segmen | Hobi Saya: Blogwalking+Follow





baru ingat nak menyepi sekejap masa cuti cuti ni tapi telah di tag oleh myu...

jadi untuk menjaga hati rakan rakan blogger...aku pun men'join'kn diri dengan segmen ni....

korang nak join juga ke??

klik je dekat banner tu k??



nak tag EMO


p/s : nak main dengan anak buah sepuas puasnya...yela....lepas ni nak berjauhan dengan dorang lagi....

Thursday 19 January 2012

Contest | Jom Tambah Geng Blogger



Disebabkan aku ingin berkenalan lebih ramai lagi dalam dunia blog ni dan ingin membaca entri entri yang menarik di blog blog yang unik jadi aku pun nak join contest ni....

ni kira macam 2 in 1 la ni....

sambil kita mencari geng geng blogger kita jugak boleh dapat adiah...tapi bagi yang bertuah je k??




p/s : saya takdee fb tapi saya tetap nk gak try...takpe kan penganjur???

Undian panggilan hangit dihentikan??pendapat korang?






Assalammualaikum…

Bagi sapa sapa yang mendengar radio Hot.fm setiap hari pasti akan mengetahui mengenai panggilan hangit. Ala…yang dia dok telefon orang untuk mengenakan orang tu.

Baru baru ini Hot.fm telah mengumumkan bahawa panggilan hangit akan dihentikan. Mungkin sebab ada yang komplen yang apa mereka buat tu tak baik.

Tapi harini aku dengar bahawa ramai yang setuju dengan paggilan hangit ni.

Bayangkan la, seorang surirumah yang perlu menjaga suami yang sedang sakit selain perlu menjaga anak yang ke sekolah pasti menerima tekanan yang begitu tinggi. Tapi katanya apabila mendengar panggilan hangit ni sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Begitu juga dengan mereka mereka yang mendengar di tempat kerja di mana yang sudah tentu tekanan yang diterima amat tinggi. Apabila mendengar panggilan hangit yang amat mencuit hati pasti tekanan yang dirasai berkurangan.

Jadi Hot.fm telah mengadakan undian seperti yang di minta pendengar yang lain. Jadi kalau korang nak tau keputusan sama ada panggilan hangit diteruskan atau tidak silalah tunggu pengguman di Hot.fm. Kalau tak pun korang boleh je baca dekat web dia dekat http://www.hotfm.com.my/

Tapi yang terbaru aku dengar yang panggilan hangit tetap akan diberhentikan disebabkan oleh seorang artis senior. Mengikut pada cerita yang aku tau artis tersebut seorang wanita yang agak hot juga mulut dia bila berkata kata.

Sapa dia??

Owh...aku tak berani nak cakap. Kang dengan aku aku skali join duduk dalam mahkamah. So tunggu dan lihat ok??


Jadi kat sini aku nak dengar pendapat korang mengenai panggilan hangit ni…sama sama la kita berkongsi idea sesama blogger blogger semua…




p/s : teringat masa kawan aku kena panggilan hangit dengan kawan kitorang sendiri….hahaha…

Rebat 10% di lebuhraya PLUS.


sumber pokcik google


Assalammualaikum…

Di musim perayaan ni, PLUS telah mengadakan rebat 10% kepada semua pengguna lebuhraya PLUS. Tapi pemberian rebat ni hanya pada waktu waktu tertentu sahaja.

Ini kerana pihak PLUS ingin pengguna supaya mengurangkan penggunaan lebuhraya tersebut di waktu waktu kemuncak yang kebiasaan menyebabkan kesesakkan yang teruk.

Jadi bagi pengguna pengguna lebuhraya PLUS yang mahu pulang ke kampung dan sebagainya yang ingin menikmati rebat sebanyak 10% diharap menggunakan lebuhraya pada waktu bukan waktu kemuncak.

Jadi pesanan aku pada mereka yang turut cuti dan ingin pulang ke kampung, silalah servis kereta korang dulu sebelum meneruskan perjalanan yang jauh. Selain itu, aku harapkan korang semua dapat merancang perjalanan agar korang semua dapat pulang dengan selamat.


Berhati hati di jalan raya…ingatlah bahawa orang tersayang sedang menunggu anda…





p/s : cuti ni aku dok rumah je kot…trip ke Kelantan kan dah cancel…huhu

Wednesday 18 January 2012

Segmen | Jom Blogwalking

Diana's ♥

arini rasa nak support blogger ni la dengan join segmen yang dia anjurkan...
lagipun nak terjah blog blog yang unik yang masih belum penah diterjah....
saya tak mengharapkan follower yang banyak...
cuma mengharapkan ada reader tetap dalam blog yang tak seberapa ni...

tarikh tutup 20-1-2012...

sapa sapa nak join klik je kat banner atas tu k?




p/s : banyak cakap plak...padahal penganjur tak suro cakap pape pun...hehehe

Lucah di pasar raya??






Apa yang korang semua fikirkan bila ternampak signboard macam ni??



p/s : kalau beli telur pun kena timbang ker??

Trip ke Kelantan dibatal??



wahh...gaya macam naik flight je...(sumber pokcik google)


Assalammualaikum…

Arghhhh…ni semua gara gara cuti Tahun Baru Cina yang singkat. Kalau tak mesti aku dapat pergi sana.

Kenapa aku beriya sangat?? Sebenarnya aku telah diundang ke satu majlis perkahwinan adik kepada kawan baik aku. Kalau nak diikutkan memang dah banyak kali kawan aku tu ajak aku balik kampong dia tapi aku langsung tak berkesempatan.

Jadi aku ingat cuti Tahun Baru Cina nanti dapat la aku ke sana. Tapi sayang kerana cuti Tahun Baru Cina aku hanya untuk beberapa hari sahaja.

Nak tak nak terpaksa lah aku membatalkan hasrat aku untuk menghadiri majlis perkahwinan tu. Lagi satu, baru je rasa nak shopping barang dekat sana.

Seperti yang semua orang tau yang dekat sana terkenal dengan barang barang murah. Ala…biasa la kalau dah sempadan dengan siam. Jadi barang barang pun murah je la.

Nampaknya trip aku kali ini terbatal dan terpaksa la menunggu cuti panjang yang akan datang.





p/s : penat je training dengar bahasa Kelantan…yela…kang gi sana boleh la paham sikit sikit kalau ada yang ajak berborak…hehehe….

Mana entri terbaru??


sumber pokcik google


Kepada semua yang menunggu entri dari blog ni, aku nak ucap jutaan maaf dekat korang semua kerana hari ni mood aku betul betul bercelaru. Sebenarnya memang niat aku nak update banyak cerita tapi disebabkan ada sesuatu yang telah menganggu emosi aku yang menyebabkan mood lari.

Jadi aku memang tak dapat nak terbitkan entri baru. Tapi aku janji dengan korang, nanti bila mood aku dah kembali pulih akan aku update cerita cerita menarik dekat blog ni ok??

Sekarang ni apa yang mampu aku buat adalah blogwalking dekat blog blog yang bertuah.


p/s : aku nak mintak maaf dengan semua kalau aku pernah buat korang kecik hati dan terasa....

Monday 16 January 2012

Malaysia ranking no.4 dunia??





“Malaysia menduduki tempat ke-4 dunia tempat pesara pesara dari serata dunia duduki untuk mereka menghabiskan saki baki kehidupan. Malaysia yang menduduki di belakang Negara Equador , Panama dan sebuah lagi Mexico di katakan Negara yang tidak memerlukan kos yang tinggi.

Selain itu, bagi mereka Malaysia merupakan mempunyai cuaca yang menarik dan masyarakat yang peramah”



Agak menarik…tapi kenapa masih no.4 ek?? Kenapa tak dapat no.1?? Adakah harga barang barang di Malaysia perlu diturunkan lagi?? Perlu mengadakan lebih banyak tempat perlancongan lagi?? Atau apa??

Tu semua aku tak pasti…hanya mereka mereka je yang dapat menjawab kenapa. Cuma aku ingin tekankan mengenai rakyat kita. Apa yang aku lihat sekarang rakyat telah berpecah belah. Kalau dulu Negara mempunyai masalah untuk menyatukan bangsa bangsa di Negara ini. Tapi sekarang aku tengok Melayu dengan Melayu sendiri pun bergaduh.

Kenapa semua ini berlaku?? Adakah kerana politik?? Atau diri sendiri??


Renung renungkan lah….





p/s : Bangga dengan negara sendiri… “Tanah Tumpah Darahku”…

Perempuan mudah beralih arah??yeke??










"Wanita cenderung segera mengganti status hubungannya setelah putus.
Setelah tak lagi menjalin hubungan asmara, apakah anda segera mengganti status di Facebook? Wanita mungkin akan segera menggantinya, namun lelaki perlu waktu lebih lama.


Lelaki, rata-rata baru akan mengganti statusnya dari 'in a relationship' menjadi 'single', dalam  waktu selama empat minggu atau lebih. Sementara wanita, cenderung segera mengganti status hubungannya setelah putus. Ini merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh ALovingSpace.com, yang melakukan kajian pada 1.000 kajian dan wanita yang belum menikah."


Read more: http://www.borakkosong.com/2012/01/wanita-lebih-mudah-ubah-status-single.html#ixzz1jdDmJaZJ




--------------------------------------------------------------------------------

wahhh....senang je kan pompuan ubah status....so di sini dah boleh nampak sebenarnya lelaki ni semua berjiwa halus cuma lelaki mempunyai ego yang tersendiri....

apa pendapat korang pulak??



p/s : aku takde fb...so status aku selalu menjadi tanda tanya...hehehe

Segmen | Pada Pendapat Saya




kali ni nak join segmen dari " Pada Pendapat Saya"
mudah je nak join segmen ni...
dia hanya minta kita menjawab soalan ini:



Hadiah Yang Aku Teringin Nak Dapat..??


Jadi memandangkan hari jadi aku yang dah tak lama lagi, aku pun nak buat permintaan la. Mana la tau kot kot rezki aku masatu...hahaha...



  • Aku nak sebijik rumah sendiri...
  • Kereta honda civic(igt nak type R tapi dah tak keluar dah)
  • Dapat isteri yang menepati ciri ciri...(cewahhh....demand gila...hahaha)
  • Bina keluarga dengan aman dan bahagia selalu...(skema nya...hahaha)



HAhahaha....macam agak melampau je permitntaan aku tu kan??hahaha...
Tapi kalau dapat salah 1 daripadanya pun aku dah cukup bersyukur...yela....sapa nak bagi free oi....hahaha






p/s : rasa macam nak gi kedai RM2 la jap lagi....sapa nak ikut???hehehe

GA | Miraa Hussin's GA

1st time aku nak join GA ni...
Sebelum ni aku asik join segmen dan bloglist je...
GA dengan contest belum lagi cuba...
So ni cubaan pertama saya mencuburi GA....
Ni semua gara gara HH lani...tadi tengok dia join...tu yang tetiba rasa nak join...hehehe








dengar kata ada 30 hadiah misteri...
jadi apa tunggu lagi??jom la cuba nasib sekali....
klik jer dekat banner tu...





p/s : arap arap dapat la adiah misteri tu...hehehe

Sunday 15 January 2012

Tanpa ku sedari...



Tajuk macam pelik je...hahaha...sebenarnya aku tak tau nak tulis tajuk apa. Tu yang aku main letak je tajuk tu.

Hari ni baru aku sedar yang aku belum update satu cerita pun. Ni semua gara gara berhari minggu di rumah sewa sendiri. Yela...aku kan duduk membujang. So, banyak kerja rumah aku kena laksanakan. Dari pagi tadi sehingg petang tadi baru siap semuanya.

Bermula dengan pagi tadi aku basuh motor. Yela, aku rasa dah berzaman aku tak basuh motor aku tu. Kesian plak aku tengok dia. comot semacam je. Padahal dia banyak berjasa dengan aku.

Lepas siap je basuh motor tu aku basuh pulak baju. Termasuk dengan uniform aku bekerja. Kalau tak esok tak kerja la jawabnya. Sambil menunggu baju dekat mesin basuh tu siap, aku lipat baju pulak.. 

Teeeetttttttt......!!!(macam tu la bunyi mesin basuh baju aku kalau dah siap)

Jadi aku pun sidai la. Ingatkan dah boleh relaks. Mata pulak tak sedap memandang dengan bilik aku ni. Rasa macam semak pulak. Tu yang aku menyapu...siap mop lagi....

Akhirnya siap segala kerja dan aku pun nak relaks tengok cerita. Sekali keroncong pulak berbunyi. Ni takde bunyi lain la ni. Mesti bunyi perut aku yang tengah lapar. Apa lagi...dok dapur berangan jadi chef wan la...hahaha

Tu petang...sekarang dah malam...takkan sibuk sampai sekarang..???

Sabar...cerita aku tak abis lagi. Siap je aku masak tadi aku pun apa lagi...serang la makanan tu...yela...perut aku dah tak tahan lapar. Dari pagi tadi belum mengadap apa apa makanan. 

Yang bestnya, sambil aku makan, aku tengok cerita hindustan...hahaha...korang mesti gelak macam aku gak kan?? aku tengok cerita 3 idiots...ala...yang Amir khan berlakon tu. Jalan cerita dia memang perfect la bagi aku. Bagi yang dah pernah tengok mesti tau kan camne punya best cite tu.

Cerita 3 idiots tu baru je abis. Tu yang aku taip terus entri ni. Yela...cerita dia dekat 3 jam kot...

Dah la...aku nak sambung BW dekat blog orang...


ALL IS WELL !!!



p/s : berjangkit penyakit mak la ni...mak kalau dok umah takleh dok diam....mesti ada je kerja rumah dia nak wat....sayang mak...

Petua untuk si gadis




Petua ni untuk mereka yang bujang sahaja dan yang mahu kahwin ya. hehe 


 
sumber pokcik google


Petua Cepat Dipinang
Baca surah Yusuf pada sebekas air yg bersih sebanyak 3x pada malam Jumaat.Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7x setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

InsyaAllah.
Selamat mencuba.

Eh, sebelum tu tau tak apa itu peminangan? 

"Peminangan ialah proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju"



p/s: khas buat kawan kawan yang sering mengatakan "tunggu orang masuk minang"

Saturday 14 January 2012

Cara mencari calon suami ataupun isteri...




tadi masa jalan jalan dekat blog ni tetiba terjumpa dengan gambar ni...

lalu aku pun berkongsi lah dengan semua agar menjadi panduan kepada semua termasuk diri aku sendiri..

lagipun aku sendiri mencari seseorang yang boleh membahagikan aku tanpa aku memikirkan paras rupanya...

bagi aku, sekiranya aku mendapat pasangan yang mempunyai paras rupa menarik, itu merupakan bonus bagi diri aku yang Allah berikan..

tapi yang penting, aku mencari orang yang boleh membahagiakan aku selama lamanya....

insyaAllah....amin...




p/s : sapa lah jodoh aku nanti ek??

Bloglist | Jom Sertai Bloglist Shazwan Azizan


klik banner untuk lebih lanjut


hari ni memandangkan aku hanya teperuk di rumah dan sebok BW dekat blog orang....
maka entri pun malas nak diterbitkan...
kesudahannya aku join segmen dan bloglist ni....

neway blog aku ni berciri :

Infomasi dan Peribadi


tag : EMO


p/s : bila otak malas untuk berfikir....

Segmen | Review BLog Bersama NorNadiah Dot Com




Entri kali ni aku nak review sedikit mengenai blog rakan blogger aku iaitu NorNadiah.
Blog dia cantik, kemas dan teratur. (jeles kejap...huhuhu)
Blog dia ok...tak berat...aku skali tekan je trus kuar page dia....
Dari segi penulisan pun menarik. Aku nak puji sebab penulisan aku masih lagi bercelaru.

Tujuan aku join segmen dia kali ni bukan apa. Aku cuma nak tau komen dia mengenai blog aku yang tah pape ni. Kalau korang nak komen skali pun boleh. Tulis je dekat komen dekat bawah ni ok??

Kalau nak join gak bleh la klik dekat banner atas tu tau....




p/s : teringin nak tau pendapat orang mengenai blog ribut ni...

"Abang nak tengok B punya boleh??"

"B....abg nak tengok B punya boleh??"

"ish...malu la bang"

"ala....nak malu apa??bukan ada orang lain pun..."

"tapi B segan la nak tunjuk..."

"ala....kan abg dah janji nak buat B jadi isteri abg"

"yela....tapi B malu la nak tunjuk dulu...."

"ok...kalau macam tu B tengok abg punya dulu k? pastu bagi abg pulak tengok B punya..."



tas




hahaha....gila la gambar ni....nampak rakus je pompuan tu...
langsung takde malu...
padahal pompuan sebenarnya terkenal dengan sikap pemalu...
pompuan sekarang macam mana ek??





p/s : semoga menjadi peringatan pada kawan kawan termasuk diri sendiri...

Mari mengenali lelaki sejati…(sesuai untuk bacaan wanita)

sumber pokcik google


  1. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  2. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tahu apa?!...Argh..Takde apa-apa!" akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  3. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis yang mereka benar-benar cintai.
  4. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  5. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok."
  6. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  7. Lelaki benci gay.
  8. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  9. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  10. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.


p/s : setuju yang nombor 8. Mak….saya sayang mak…

Rahsia yahudi laknat?? # 2






Berikut adalah 5 lagi rahsia yang akan aku dedahkan dekat sini. Namun bagi yang masih belum membaca 5 rahsia dalam entri sebelumnya boleh klik dekat SINI.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan di masa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!




p/s : Kalau dekat sana Islam dan Kristian boleh bergabung, kenapa kita dekat Negara aman ni tak boleh buat??

Friday 13 January 2012

Bajet bulan Februari..






Arghhh…..

Duit oh duit….

Kena buat akaun simpanan khas ni. Yela, setiap kali simpan je mesti terguna. So, aku bercadang nak bukak akaun yang memang susah untuk aku gunakan.

Aku nak cuba gunakan 3 cara menyimpan duit. Semalam baru je baca cara menyimpan duit. Boleh jadi kaya oooo kalau praktikan dengan betul…

Nak tau macam mana?? Tunggu entri yang akan datang ok??



p/s : bulan januari pun panjang lagi tapi dah sibuk nak fikir bajet februari…hahaha…

Segmen | "Jom Blogwalking By Ieyza Afieyna"



arini rasa macam nak join la segmen yang di anjurkan oleh rakan facebook yang dah lama tak dengar cerita...
bukan apa...nak cari url yang boleh diterjah....

ada sapa sapa nak join??klik je dekat banner atas tu...
cepat...segmen abis 14/1/2012...

dengan ini saya tag EMO , IEDA , CIK MUN...





p/s : arap dapat tambah member baru....

Fakta atau Auta #11

 
sumber pokcik google


61. Kuda Nil (badak air) kentut melalui mulut.

62. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

63. Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram.

64. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

65. Ikan jerung kebal terhadap kanser.

66. Rata-rata orang bergerak 40 kali dalam tidurnya.

67. Partikel debu didalam rumah sebahagian besar berasal dari sel kulit mati.

68. Nyamuk lebih suka anak-anak daripada orang dewasa.

69. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di sistem suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

70. Anak baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.




Bagi yang masih belum baca fakta fakta yang sebelumnya boleh klik dekat FAKTA SEBELUM





p/s : Aku ni kira budak kecik lagi ke dah besar ek??yela…aku rasa ada je nyamuk gigit aku…haha

Rahsia yahudi laknat??






Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom aku nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Mana lagi 5?? Lagi 5 ada dekat entri yang akan datang….jadi tungguu……




p/s : Aku dah tukar makan buah sebelum makan nasi….korang bila lagi nak ubah??

Thursday 12 January 2012

Gambar seksi awek cun di air terjun

http://1.bp.blogspot.com/-_joXNw6GXaM/Trvgy6P8lqI/AAAAAAAAMtQ/NY06OBR8LSc/s400/sexywannabes.jpg


amboi...nampak tajuk camtu je ramai yang nak tengok kan??
hahaha...

tapi sayang....gambar awek takde....gambar pakwe cun ada la...

so layan la puas puas....hahaha





p/s : Ya Allah....bukakan lah hati mereka untuk kembali ke jalan Mu....

“mana yang patut aku pilih??”



sumber pokcik google



Berikut adalah pertanyaan dari seorang kawan kepada aku. Dia cuba meminta pendapat daripada aku tapi aku pun agak keliru.

Ceritanya begini : “ aku sekarang tak ada awek lagi tapi aku ada kenal sorang pompuan ni(aku namakan A). Hubungan aku dengan A semakin hari semakin rapat. Senang cerita aku dengan A umpama teman tapi mesra. Ada dalam 3 bulan juga aku main mesej dengan A, call A, keluar dengan A. Apa yang aku tak suka pasal A ni dia macam ada berahsia dengan aku. Tapi sekarang ni muncul pula sorang pompuan yang dulu aku pernah minat dekat dia(aku namakan B). Walaupun B sudah mempunyai pakwe tapi aku percaya B dengan pakwe macam mempunyai masalah yang hanya menunggu masa untuk dilepaskan. Apa yang buat aku minat dengan B ni kerana keayuan dia, sopan santun dia, pandai mengambil hati, pandai buat aku tersenyum, seorang yang kuat bersabar, anak yang soleh dan macam macam lagi perkara yang baik mengenai diri B. Jadi aku menjadi keliru kerana aku tak nak A kecewa sekiranya aku pilih B dan aku taknak B pun rasa begitu kerana sekang A dan B kerap menghubungi aku. Yang B siap 3G lagi dengan aku. Sememangnya dia masih lagi comel macam dulu cume muka dia sedikit bulat tapi masih comel. Aku keliru sangat sangat. Tolong aku plssss…..”


Begitu la ceritanya…

Kalau korang la korang nak pilih yang mana satu?
Kalau aku memang aku tak dapat nak tolong kerana aku sendiri pun ada masalah dengan percintaan ni semua. Sebab tu aku buat entri berbentuk pertanyaan agar kawan kawan blogger yang lain dapat memberi pendapat untuk membantu kawan aku tu.

Dari apa yang aku dengar ceritanya tu, aku rasa macam kawan aku ni lebih menyukai si B sebab apa yang aku nampak, dia mula bercelaru apa bila kehadiran B.

Tah ler…aku memang tak tau nak cakap apa sebab bagi aku sendiri pun aku rasa macam agak susah untuk aku selesaikan. Jadi bagi yang lain lain kalau ada pendapat boleh lah bagi pendapat korang dekat ruangan komen ok?? Aku percaya mesti ramai doctor cinta di luar sana. Paling tidak pun mesti ada abang abang atau akak akak yang lebih berpengalaman untuk mengatasi situasi bergini…



p/s : tetiba teringat lagu farah Antara Dua dengan lagu exist Di sana menanti di sini menunggu…hehehe

Wednesday 11 January 2012

Gaji OH Gaji..


sumber pokcik google


Pagi tadi masa aku lepak dengan seorang kawan aku(lelaki) yang bekerja di tempat aku bekerja ni ada banyak cerita yang kami borakkan.

Antara cerita  yang kami ceritakan adalah mengenai waktu belajar dulu…perbezaan jenis tajaan semasa belajar…perbezaan di antara kerja dengan gomen dan swasta…rasuah dekat tempat kerja

Tapi yang menjadi pilihan untuk aku kongsikan adalah cerita mengenai gaji. Ada juga aku bertanyakan gaji dia sekarang ni kerana apa yang aku tahu dia juga ada memegang jawatan di dalam ofis di department yang dia bekerja sekarang ni.

Nak tau apa dia jawab??

“hehehe….boleh la….boleh la…”sambil buat muka comel….hahaha

Dalam pemikiran aku dia ni mempunyai pendapatan yang tinggi tapi dia taknak berkongsi dengan orang lain. Jadi aku cuba bertanya kenapa dia taknak bagitau??

“gaji ni merupakan ego bagi seorang lelaki…tak kira tinggi atau rendah mereka pasti susah untuk menyatakan gaji mereka pada orang lain”

Katanya lagi, “ seperti perempuan gak, kadang mereka susah nak menyatakan umur sebenar mereka”

Kesimpulanny: bagi wanita wanita diluar sana jangan la nak marah marah bila seorang lelaki berahsia mengenai gajinya…



p/s : aku pun selalu jawab jawapan yang sama kalau orang tanya… “boleh la....boleh la….”sambil buat muka kachak… hehehe….


Keputusan sama ada aku ke stadium atau pergi jogging….


Semalam aku ada menyatakan hasrat aku sama ada nak pergi jongging ataupun menonton bola sepak di stadium Paroi dekat entri INI.

Jadi keputusannya….???



Kedua dua nya aku tak pergi…hahaha

Semalam cuaca tak mengizinkan aku untuk pergi ke stadium dan ke tempat jogging. Jadi aku hanya menonton perlawanan bola secara langsung dekat astro sambil blogwalking…

Mungkin Allah tidak mengizinkan aku untuk keluar pada malam semalam untuk menonton bola sepak di stadium. Aku tak kisah kerana aku tetap happy kerana masih dapat menonton di televisyen sambil berblogging..

Apa apa pun aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor kerana dapat membuat “come back” dari ketinggalan 2 biji gol di separuh masa pertama oleh pemain import N.Sembilan iaitu Effa Owona.

Sedikit nasihat aku nak beri pada pengurus pasukan N.Sembilan. Diharap lebih kreatif untuk permainan yang akan datang. Jangan hanya mengharap pada pemain import tu sahaja.

1 pasukan ada 11 pemain. Takkan pemain import tu sorang je yang boleh menjaringkan gol. Cuba rangka lebih banyak strategi untuk menundukkan pihak lawan.



Kesimpulan : tengok bola dekat rumah lebih menguntungkan….boleh tengok ulang tayang…tak kena hujan…boleh menonton sambil blogwalking…duit pun tak keluar…huhu


sumber pokcik google



p/s : Ada sebabnya kenapa Allah tak mengizinkan kita melakukan sesuatu…..

Tuesday 10 January 2012

Setelah penat…..(serangga pelik)



Lihatlah gambar serangga tu...







Tak nampak?? Meh tengok gambar yang lebih dekat…








Aku sendiri tak pasti serangga apa tu kerana serangga ni belum penah aku temui sebelum ni.

Lokasi gambar diambil dekat cermin tempat kerja aku. Masa nak cuci mata ni nak tengok matahari tiba tiba aku terpandang serangga ni.

Terkejut gak sebab nampak pelik je serangga ni. Mulanya ingatkan lipas biasa je yela dia ada misai panjang macam lipas tapi lepas dok belek belek tak nampak macam lipas plak.

Mungkin dia tengah penat kot tu yang dia rehat jap dekat situ. Aku pun apa lagi, snap je la gambar serangga pelik ni untuk tontonan ramai.





p/s : ada sapa sapa tau nama serangga ni tak??bahaya tak??


Nak gi tengok bola ke nak gi jogging??



Malam ni ada perlawanan bola sepak di antara pasukan Negeri Sembilan dengan Selangor dekat stadium Paroi.

Kawan kawan dekat tempat kerja aku ni semuanya sibuk ajak aku pergi.

Kalau mengikut pada pasukan, takde pulak aku sokong dengan mana mana pasukan cuma aku rasa perlawanan malam ni agak menarik kerana dua pasukan bola sepak yang kuat berentap. Kalau tak tengok rasa macam rugi pulak.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk menunggu pelawaan housemate aku. Kalau dorang taknak pergi bermakna aku memilih untuk pergi berjogging malam ni.

So kalau nak tau samaada aku pergi ke tak tunggu je la entri yang seterusnya ok?

 
(sekadar hiasan) sumber pokcik google




p/s : oleh kerana aku dah menetap dengan negeri Sembilan sekarang ni, aku rasa aku nak sokong negeri Sembilan la…Hoben Jang Hoben…hehehe…

Mampukah kejayaan lepas diulangi??





Hari ni bermula lah kejohanan badminton Malaysian Open.

Seperti yang semua orang dah tau baru baru ini hero badminton Negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei yang juga memegang kedudukan nombor 1 dunia telah menewaskan musuh ketatnya yang merupakan pemain Negara China iaitu Lin Dan.

Difahamkan bekas pemain nombor 1 negara iaitu Wong Chong Han akan bertemu sesame sendiri dengan pemain Negara lagi seorang iaitu Ariff Latif di peringkat kelayakan.

Apa yang menjadi persoalan adakah Datuk Lee Chong Wei dapat mengulangi kejayaan beliau di tempat sendiri nanti?

Aku taknak mengulas pasal kes kontroversi berkenaan jurulatih Datuk Lee Chong Wei. Apa yang aku nak katakan aku akan tetap menyokong sepenuh jiwa raga aku terhadap beliau agar nama Negara akan terus menjadi mimpi ngeri bagi pemain pemain Negara luar.

Go Datuk go…..!!!






p/s : Tak sabar nak tengok Datuk Lee Chong Wei kalahkan Lin Dan ni dalam kejohanan besar…bukan setakat menang dalam kejohanan Super series je…

Hilangnya nikmat….


Argghhhhhh…..tak suka betul bila ada masalah dengan mulut.
Macam sekarang ni, apa yang aku lalui adalah luka yang terdapat pada gusi aku.
Mungkin sebab ada gigi nak tumbuh kot kat gusi tu….
Kemungkinan besar gak ada ulcer tapi aku tak pasti la sebab tak nampak.

Rasa macam luka tak besar tapi rasa kesakitan dia hanya Allah je yang tau…

Walau makan banyak mana sekali pun masih tak rasa kenyang. Agaknya macamtu lah rasanya bila nikmat ditarik kan??


 
(sekadar hiasan) sumber pokcik google



p/s : dorang yang sihat mulutnya takde plak nak jaga kata kata…jangan sampai nikmat makan ditarik dah ler…


Monday 9 January 2012

Rumah aku ada vandalism??



Eh…yeke??

Aku pun tak pasti siapa sebenarnya yang vandalism dalam rumah aku ni.

Tapi hati aku kuat mengatakan dia ni salah seorang hero yang agak gangster dalam rumah…

Nak tau sapa orang yang aku maksudkan tu??ni lah dia….





Asal aku katakan dia vandalism?




Hah….tengok la…mainan dia banyak yang dah hancur….
Tapi aku dapat snap gambar ni jer…yang lain tak tau la…dah buang kot….hahaha



p/s : aku rasa dia ni terlebih rock kot tu yang sampai pecah tu....hehehe