click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Thursday 2 February 2012

Segmen | Ini lah Blogku | Khas Buat Blog Follower Kurang Daripada 1000

Sebenarnya nak join lama dah sejak segmen ni mula tapi tak berkesempatan. Sekarang ni baru dapat join. Internet lak boleh sepui sepui je ni...




Antara berikut adalah syarat syarat yang dikehendaki oleh penganjur segmen:-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Buat satu entri dengan tajuk: HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu2. Tulis dalam entri anda itu, sila sertakan perkara-perkara berikut:
  • Nama anda sebagai blogger
  • Nama blog anda
  • Tagline blog anda (jika ada)
  • Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakah inspirasi anda untuk berblog?
3. Sertakan badge yang telah disediakan untuk segmen ini, dan link ke entri ini.
4. Dah siap, sila tinggalkan url entri anda di ruangan komen.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bagi yang belum kenal lagi dengan blog aku ni, aku nak memperkenalkan diri aku dan juga blog ni.

nama pena : Si Budak Kachak

nama blog : Cerita Ribut

tagline : belum tulis lagi tapi ada gak la ayat ayat yang terlintas...cuma belum pasti lagi...

mengenai blog saya ni :-

Blog ini mula ditubuhkan masa aku kesunyian satu ketika dahulu. Aku mencari cari tempat untuk aku luahkan segala yang terbuku di dalam hati aku tapi aku tak juga jumpa. Jadi aku telah diperkenalkan oleh kawan baik aku sendiri tentang kewujudan blog ni.

Mulanya aku tak menulis sangat sebab aku nak tengok dulu apa yang blogger blogger lain tulis dekat blog dorang. 

Satu hari tu tah macam mana hati ni pun terbuka nak bergelar blogger. Aku terus suruh kawan baik aku ni buatkan aku email dan juga blog ni. Tanpa dia, pasti aku tak wujud dalam dunia blog ni.

Bagi yang mengikuti blog aku ni, mereka mesti tahu apa kandungan blog aku. Tapi aku tetap nak juga bagitau dekat semua orang yang blog aku ni berkonsep universal. Yela, semua benda aku tulis dalam satu blog ni. Antara jenis jenis penulisan aku adalah dari segi luahan hati, sedikit informasi tetang sekeliling, pasal kesihatan, bola, dan lain lain.

Bukan aku tak berpendirian tetap, cuma aku taknak pelawat pelawat yang datang blog aku ni boring dengan cerita yang lebih kurang sama je. Kerana blog ni umpama kain putih, dan aku perlu mencorakkannya agar kain putih tu menjadi cantik di mata orang lain.

Dari segi penulisan aku meminati penulisan seorang blogger iaitu MOHD NASER.com. Walaupun aku tak banyak tinggalkan jejak sebab kadang aku suka bergerak sebagai stalker.

Kalau ditanya pasal nama tu...apa yang aku nak cakap, aku tak kesah kalau orang nak kata aku perasan ke apa. Yela, kalau orang dah taknak puji kita lebih baik kita puji sendiri kan?? Lagipun setiap percakapan tu satu doa. Salah ke aku nak mendoakan supaya aku akan menjadi kacak??huhuhu....

Ni kawan baik aku...dia la pencetus idea untuk saya bergelar blogger... SINI.

Dia sekarang tengah merajuk dengan aku. Jadi dalam kesempatan ni aku nak mintak maaf kat dia dan juga nak ucap terima kasih banyak banyak sebab dia aku bergelar seorang blogger.

=)


bagi yang nak join boleh lah klik je dekat banner atas tu k??



p/s : nasib baik dapat gak siapkan entri ni walaupun internet tengah mengarut...

6 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

samelah kita..mla-mula buat blog gara-gara boring yg amat suatu ketika dulu..(specifically 5 months ago)...

yuni lebih suka blog yg b'sifat universal...mcm2 ada...so, x de lah readers borink sbb b'cakap atas satu skop shj...teettt..

keep on writing bro...kacak pun kacak lah..

Si BuDaK KaChAk said...

cik ayuni~ yup...universal ada byk benda boleh diceritakan...

kacak kan??kacak kan??hehehe

ftdanisha said...

nice..singgah sini tambah kwn

Ayang Anim said...

salam kenal..

terjah dari segmen yang sama..
All the best...

Admin said...

Uhh kawan baik pun ala2 hujan gak ... ribut hujan ...patutlah ngam.
Terima kasih kerana sudi luang masa join segmen HH.

www.hasrulhassan.com

Si BuDaK KaChAk said...

HH~ terima kasih gak bro sbb singgah sini...heheh