click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Wednesday 1 February 2012

Aku stalker?

*entri luahan perasaan…kalau tak suka boleh terus tekan pangkah dekat atas tu ok??






Assalammualaikum…

Mula sekali aku nak mintak maaf dengan semua sebab semalam mood aku bercelaru so tak dapat nak terjah banyak blog. Hanya ada beberapa blog je yang dapat aku terjah. Kira yang diterjah tu bernasib baik la…hehe..

Berbalik pada tajuk, sebenarnya semalam aku boring, jadi aku pun godek godek la pokcik google. Tetiba otak aku terlintas nak cari si ‘dia’. Niat aku bukan apa, aku cuma nak tengok sama ada dia bahagia ke tak sekarang ni.

Aku pun cuba la godek godek dan akhirnya aku jumpa.(terre gak rupanya aku ni ek??agak agak boleh jadi hacker tak satu hari nanti??hehehe)

Dalam masa menunggu page blog dia loading, hati aku berdegup kencang. Aku pun tak pasti aku dalam situasi takut, excited ataupun apa.

Bila abis je loading aku pun baca la satu per satu entri dia. Ya Allah…jujur aku katakan, tetiba air mata aku mengalir. Bukan kerana aku sedih ke apa, tapi aku gembira sebenarnya.

Aku lihat ‘dia’ semakin bahgia sekarang ni. Siap panggil “abang” dan “cayang” lagi. Tipu la kalau aku kata aku tak jeles kan? Tapi serius, memang aku gembira sangat sangat kerana aku rasa pengorbanan aku dengan melepaskannya untuk ‘dia’ mencari kebahagiaan yang dia mahukan tercapai.

Aku rasa segala doa dan solat hajat yang aku lakukan untuk melihat kebahagiaan dirinya termakbul. Alhamdulillah…aku bersyukur sangat sangat.

Tapi aku sedikit kecewa dengan ada beberapa entri ‘dia’ seperti menyalahkan aku. Ada beberapa ayat ‘dia’ tulis umpama ‘dia’ tuju dekat aku. Dan aku berniat untuk membalas apa yang ditulis. Bukan untuk menunjuk keras kepala cuma aku rasa aku patut mempertahankan diri aku.

Kepada si ‘dia’ saya nak mintak maaf sangat sangat kerana terpaksa jadi stalker. Bukan apa, saya cuma nak tau keadaan awak je. Maaf sekali lagi.



p/s : Semoga Mr.F jujur dengan si ‘dia’….kau akan menyesal kalau kau ada agenda lain…

12 comments:

Lia Irdelia said...

uiks,,
siapakah si dia itu,,
hehhehehe,,

cinta siswi said...

waa.. kita akan bahagia bile org yg kite syg bahagia.. :)

Soul Seeker said...

takpe awak, insyaAllah nanti awak pun akan dpt kebahagiaan yg si dia dapat :)

sebijik mcm saya! haha. stalk punya stalk, last2 dpt tau si dia nak kahwin bulan 3 nnti. lgsg x sedih, but happy sbb dia dah dpt kebahagiaan yg dia cari. :) peace!

Nadia said...

nad pon suka stalker xbf..skunk ni dia dah kawen da pon n jarang on9 fb..tapi nad bahagia tengok dia bahagia..:)

sedih jugak bila percintaan nad asyik gagal jerk..ni pon mcm nk gagal je lagi..:(

sedih sedih..:D

Si BuDaK KaChAk said...

Lia~ tah....Shila amzah kot...hahaha

Si BuDaK KaChAk said...

siswi~ yup...btol tu...

Si BuDaK KaChAk said...

filzati~ wahhh...stalker gk ke??hehehe...xpe la...jodoh kita blom sampai lg...

=)

Si BuDaK KaChAk said...

Nad~ jgn sedih2...chill skit...cuba la selamatkan perhubungan nad tu kalau boleh....

=)

Unknown said...

sapekah beliau tu..
ad jodoh lain yg menunggu..
sabar jela..

Dylla Abas said...

kdg2 jadi stalker di luara kawalan kan..? itu normal..btw utk elakkan diri dari rasa sakit hati n kecewa...kalau boleh elakkan dari 'terlibat' dengan hidup 'ex'..

awak pun pasti akan hidup bahagia satu hari nanti..insyaAllah :)

iEdA said...

bese la 2...ida pon slalu gk jd stalker sbb nk tahu pkmbgn dia tp juz tok tahu jer lah sbb skrg mmg ida xnk pk dh al lps2...trskn jer ngn pe yg dh ada dpn mata...so, xmo cdey2 lg yea..hehe ^_^

Faz Yaakub said...

jeng3...erm, mendoakan yg baik2 buat org lain itu adalah jauh lebih baik...good :)