Assalammualaikum…
sumber pokcik google
Apa yang aku nak ceritakan ni bukan lah pasal manusia yang makan orang tu. Aku cuma nak menceritakan mengenai orang yang suka menperdajalkan orang lain atau kata lain mengkhianati orang.
Semalam dekat tempat kerja aku ni ada seorang budak india yang agak lurus bendul bagi aku. Dia telah tertangkap kerana cubaan menyeludup keluar barangan terlarang dekat tempat kerja aku ni.
Situasi biasa di tempat kerja aku ni, setiap orang wajib diperiksa badan sebelum masuk dan keluar di satu department ni.
Nak dijadikan cerita, budak india yang aku anggap budak baik dan juga lurus bendul ni telah tertangkap akibat terdapat barang terlarang dipoket dia.
Akibatnya dia telah dibawa ke Balai Polis untuk disoal siasat. Kesudahan cerita aku masih belum tau kerana hari ini aku tak nampak pulak batang hidung budak india tu.
Dari apa yang aku agak, mesti ada budak yang cuba menjatuhkan dia atau bahasa kasar dia diperdajalkan oleh orang lain. Yela, budak tu gila lurus bendul. Kalau orang lain tengok muka dia pun macam tak percaya je yang dia buat semua tu.
Aku pasti ada orang lain yang memasukkan barang terlarang tu dekat dalam poket dia dalam dia tak sedar. Sebab benda tu bukan besar pun. Kecik je. Memang senang sangat nak masukkan kat poket orang lain kalau orang tak sedar.
Dari apa yang aku tahu, dia berkemungkinan besar berdepan dengan situasi akan dibuang kerja. Dah la dia hidup dekat dunia ni sebatang kara. Mak ayah dia dah tak ada lagi. Lihatlah…bertapa kesiannya budak tu. Tak pasal pasal kena cari kerja lain pulak lepas ni.
p/s : lepas apa yang dah jadi ni, aku harus lebih berwaspada dalam memilih kawan…
8 comments:
sian kut dak tu..tak pasal2 kena
k@!sh!n~ memang kesian la....kejam gila sape yg dengki dengan orang yang macamtu....
kejamnyer owg yg wt cm 2 k dia...xda aty pewot lgsg
ieda~ taau xpe...tah sape tah yg buat...lgsung taknak bertanggungjwb...sedey gile tgk laki yg kene tu...
kesiannye die..smpai ati diorang wat camtu..
cik mun~ tau xpe...ksian kn...
Ish...kesian kalau org sanggup buat mcm tu...xtau la kalau kita yg berada di tempat budak tu....totally rase lost gile...terangkan mcm mane pun org xkan percaya...huuuu....
faz~ mmg pun...klu org tak kuat mesti totally lost...
Post a Comment