sumber pokcik google
Assalammualaikum…
Di musim perayaan ni, PLUS telah mengadakan rebat 10% kepada semua pengguna lebuhraya PLUS. Tapi pemberian rebat ni hanya pada waktu waktu tertentu sahaja.
Ini kerana pihak PLUS ingin pengguna supaya mengurangkan penggunaan lebuhraya tersebut di waktu waktu kemuncak yang kebiasaan menyebabkan kesesakkan yang teruk.
Jadi bagi pengguna pengguna lebuhraya PLUS yang mahu pulang ke kampung dan sebagainya yang ingin menikmati rebat sebanyak 10% diharap menggunakan lebuhraya pada waktu bukan waktu kemuncak.
Jadi pesanan aku pada mereka yang turut cuti dan ingin pulang ke kampung, silalah servis kereta korang dulu sebelum meneruskan perjalanan yang jauh. Selain itu, aku harapkan korang semua dapat merancang perjalanan agar korang semua dapat pulang dengan selamat.
Berhati hati di jalan raya…ingatlah bahawa orang tersayang sedang menunggu anda…
p/s : cuti ni aku dok rumah je kot…trip ke Kelantan kan dah cancel…huhu
1 comment:
gambo 2 mcm kat over c lak..
Post a Comment