click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Wednesday, 18 January 2012

Trip ke Kelantan dibatal??



wahh...gaya macam naik flight je...(sumber pokcik google)


Assalammualaikum…

Arghhhh…ni semua gara gara cuti Tahun Baru Cina yang singkat. Kalau tak mesti aku dapat pergi sana.

Kenapa aku beriya sangat?? Sebenarnya aku telah diundang ke satu majlis perkahwinan adik kepada kawan baik aku. Kalau nak diikutkan memang dah banyak kali kawan aku tu ajak aku balik kampong dia tapi aku langsung tak berkesempatan.

Jadi aku ingat cuti Tahun Baru Cina nanti dapat la aku ke sana. Tapi sayang kerana cuti Tahun Baru Cina aku hanya untuk beberapa hari sahaja.

Nak tak nak terpaksa lah aku membatalkan hasrat aku untuk menghadiri majlis perkahwinan tu. Lagi satu, baru je rasa nak shopping barang dekat sana.

Seperti yang semua orang tau yang dekat sana terkenal dengan barang barang murah. Ala…biasa la kalau dah sempadan dengan siam. Jadi barang barang pun murah je la.

Nampaknya trip aku kali ini terbatal dan terpaksa la menunggu cuti panjang yang akan datang.





p/s : penat je training dengar bahasa Kelantan…yela…kang gi sana boleh la paham sikit sikit kalau ada yang ajak berborak…hehehe….

2 comments:

Ezad Skytech said...

cuti kejap...nak pergi berjalan ke mana2 pun susah kan...lain kali la..kalau cuti panjang...

Si BuDaK KaChAk said...

tau xpe....tapi nk tggu cuti pnjg tu yg tak tau bile tu...hehehe