click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Wednesday, 11 January 2012

Keputusan sama ada aku ke stadium atau pergi jogging….


Semalam aku ada menyatakan hasrat aku sama ada nak pergi jongging ataupun menonton bola sepak di stadium Paroi dekat entri INI.

Jadi keputusannya….???



Kedua dua nya aku tak pergi…hahaha

Semalam cuaca tak mengizinkan aku untuk pergi ke stadium dan ke tempat jogging. Jadi aku hanya menonton perlawanan bola secara langsung dekat astro sambil blogwalking…

Mungkin Allah tidak mengizinkan aku untuk keluar pada malam semalam untuk menonton bola sepak di stadium. Aku tak kisah kerana aku tetap happy kerana masih dapat menonton di televisyen sambil berblogging..

Apa apa pun aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor kerana dapat membuat “come back” dari ketinggalan 2 biji gol di separuh masa pertama oleh pemain import N.Sembilan iaitu Effa Owona.

Sedikit nasihat aku nak beri pada pengurus pasukan N.Sembilan. Diharap lebih kreatif untuk permainan yang akan datang. Jangan hanya mengharap pada pemain import tu sahaja.

1 pasukan ada 11 pemain. Takkan pemain import tu sorang je yang boleh menjaringkan gol. Cuba rangka lebih banyak strategi untuk menundukkan pihak lawan.



Kesimpulan : tengok bola dekat rumah lebih menguntungkan….boleh tengok ulang tayang…tak kena hujan…boleh menonton sambil blogwalking…duit pun tak keluar…huhu


sumber pokcik google



p/s : Ada sebabnya kenapa Allah tak mengizinkan kita melakukan sesuatu…..

2 comments:

aimie amalina said...

betol2
heheh
duduk tgk kat umah bole baring2
hahahahah ;p

Si BuDaK KaChAk said...

aimie amalina~ btol tu....dok umah leh tgk smbil meniarap....hahaha