ihsan pokcik google
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan
jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi
selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup
berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras
manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di
atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-
sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata
kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan
sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang
berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk
mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa
beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan
terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius
daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita
inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak
hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali
berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam
hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan
terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel
sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat,
nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang
yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa
sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan
di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan
insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya
tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati
kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong
kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang
dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia
padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah
bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan
kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu
dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu
sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah
dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa
mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna
si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau
sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa
dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini
tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah
sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian,
lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap
acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu
meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi
pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia
merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai
tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat
perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih
hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu
sayang.
Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk
memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-
ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk
orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang
membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu
melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si
dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan
apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun
masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk
satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah
dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh
berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang
kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
“you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang
membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu
kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu
ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua
lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup
menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu
kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si
dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan
diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-
mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat
setiap kali bersama dirinya.
Jadi, HARGAILAH Lelaki dan
terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
p/s : fahamilah jiwa lelaki sememangnya lelaki mempunyai jiwa yang halus...
12 comments:
kalau dia merajok,biarkan je..esk2 okayy la tu.bahaha..lelaki berjiwa halus? wahhhh..
pernah dpt teman lelaki yg hampir ada semua ciri2 seperti dlm entri ni, tapi jodoh tak b'panjangan juga.apa pun moga dia bahagia dgn hidupnya sekarang :)
syifa~ tu la ko...esk2 laki da mintak putus bru padan muke...hhehehe
dylla abas~ sy la tu org nya kot..sbb sy ada ciri2 camtu...hehehe...tapi srius sy pnah wat sume ni dulu...tapi mcm dylla ckp td jodoh tak berpanjangan....same2 la kite doakan dorg hidup bahagia sekarang ni kn??
=)
heyy.klu aku kena pujuk dia hbs klu aku merajok sape plak nak pujuk? soo.. dia xblh merajok.biar aku sorg je.ekeke.
klu ko mrajuk biasenye sebb ngade2...so pujuk a sdiri...hahaha...wekkk
kalau dia buat so dia kne la pujuk...
eh mne ada.aku x mngade2 pon.pndai je ckp org.dia la mengade2
x ek?? aku igt ye td...hahaha
sweetnyer laki mcm tu :)
seronoknye..spe sudi jd boifren sy??hehehe
YNA~ awk ckp psl sy ker??hehe
cik mun~ awk sudi ke dgn sy???hahaha
Post a Comment