click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 21 October 2011

BoLa | Barcelona nak kemarau???

Bakat yang semakin berkurangan - Villas-Boas (sumber pokcik google)



Jangan salah faham. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan cuaca dia sana.

Andre Villas-Boas secara sensasi mendakwa Barcelona tidak lama lagi akan berdepan "tahun kemarau".
 
Pasukan Barca dianggap oleh banyak pihak sebagai kelab terbaik yang pernah dibentuk.
 
Namun pengurus  Chelsea, Villas-Boas menganggap ia tidak akan bertahan lama sebelum empayar tersebut runtuh dan pasukan lain dapat menyaingi mereka.
 
Villas-Boas berkata: "Kebelakangan ini kejayaan Barcelona terbentuk dari pelbagai punca yang membolehkan pasukan ini ada kemampuan untuk bermain dengan begitu baik."
 
"Jumlah bakat yang muncul dari pasukan remaja mereka, yang kini datang bersama dalam pasukan utama dan pengurus yang mempertahankan nilai kelab tidak seperti yag lain."
 
"Empat atau lima tahun ini Barcelona memang cemerlang, itu yang pasti."
 
"Akhirnya akan muncul tahun di mana ada kemunculan pemain yang lebih berbakat dan tahun-tahun kemarau."
 
 
 
 
p/s : sukakan corak permainan  pasukan Barcelona...

No comments: