click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Monday 24 October 2011

BoLa | Abang aku akan sambung kontrak??



sumber pokcik google


Frank Lampard bakal ditawarkan lanjutan kontrak bagi mengekalkannya di Chelsea sehingga 2015.
 
Bintang tengah itu akan mempunyai baki hanya setahun dalam kontrak terkininya di penghujung musim ini. Namun hierarki Chelsea menganggap pemain berusia 33 tahun itu sebagai aset berharga – di atas dan di luar padang.
 
Ada khabar awal musim ini yang Lampard mungkin bakal menuju penamat kariernya bersama Chelsea dan juga England.
 
Dia diketepikan oleh Fabio Capello untuk aksi kelayakan Euro 2012 di Bulgaria, dan kemudian pengurus kelabnya, Andre Villas-Boas meletakkannya di bangku simpanan. Namun Capello dan AVB menegaskan pemain itu kekal dalam pelan mereka – dan Lampard berazam mahu memenangi tempatnya semula. Dia akhirnya berjaya dan kini Chelsea sedang bersedia untuk melanjutkan kariernya di Stamford Bridge.
 
Lampard dianggap oleh pemilik kelab, Roman Abramovich sebagai profesional sejati dan pemain contoh untuk bintang remaja, seperti Josh McEachran dan Daniel Sturridge.
 
"Sentiasa yang terakhir tinggalkan padang latihan," kata satu sumber dalaman Chelsea. "Dia sentiasa kelihatan mahu tingkatkan dirinya. Dan ia bukan sekadar demi faedah Chelsea TV. Dia memang profesional hebat yang sejati. "
 
 
 
p/s : respek gila la pemain macam ni...harap pemain negara kita mencontohi cara dia...

No comments: