click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Saturday 22 October 2011

BoLa | Sapa nak puji kau??


adakah dia sudah menemui rentak??


Torres menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau gol Liga Juara-juaranya selama dua tahun setengah — namun pengurus Andre Villas-Boas enggan memuji pemain Sepanyol berharga £50 juta itu.
 
Pengurus Chelsea itu berkata: "Ia bukan tentang individu, segala-galanya mengenai aksi berpasukan."
 
"Kami mampu memilih bahagian serangan terbaik dan penyerang berada hampir dengan gol dan dapat berada dalam kedudukan terbaik. Tapi gol kami dijaringkan dalam pelbagai cara oleh ramai pemain skuad."
 
"Hari ini peluang itu jatuh ke Fernando dan dia membalasnya dengan sangat baik. Tapi ia tidak pernah dipersoalkan sama ada dia dalam prestasi terbaiknya. Penting untuk pemain berasa yakin dan dia yakin dengan kemampuannya."
 
Torres telah disertai dalam senarai jaringan oleh Raul Meireles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian Salomon Kalou.
 
Kemenangan terbesar Chelsea di gelanggang sendiri di Liga Juara-juara ini telah membolehkan mereka jauh mendahului Kumpulan E.
 
Villas-Boas menambah: "Jika kami memenangi perlawanan kami seterusnya di Genk, kami akan berada di kedudukan terbaik untuk layak."
 
 
 
p/s : masih mengharapkan yang lebih baik dari torres...

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

TORRES tak hebat mana pun... go go MU... ehehehehe

salam berhujung minggu (",)

Si BuDaK KaChAk said...

ala...jeles la tu...hahaha

takpe2...lulu pun chelsea gak...hahaha

salam berhujung minggu...