click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Tuesday 4 October 2011

Beckham suka Spurs???

David Beckham(ihsan pokcik google)


David  Beckham memberitahu kepada pegawai Paris Saint-Germain bahawa dia lebih suka untuk menyertai Spurs apabila jendela perpindahan Januari dibuka.
 
Kontrak bekas kapten England dengan Los Angeles Galaxy tamat pada penghujung musim MLS akhir bulan ini dan beberapa kelab di Eropah berminat untuk menandatanganinya.
 
Pengarah bola sepak PSG, Leonardo bekerja bersama-sama Beckham sepanjang tempoh midfielder itu dipinjamkan di AC Milan dan dia teruja memujuknya supaya beralih ke ibu negara Perancis.
 
Namun Beckham, 36, membayangkan dia mahu menikmati kembali ke England bersama Tottenham.
 
Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid hampir sertai Spurs secara pinjaman musim lalu, namun perjanjian tidak dapat dipersetujui dan dia hanya berlatih dengan kelab London untuk kekal cergas sepanjang cuti musim MLS.
 
Beckham memberi kesan positif kepada bos White Hart Lane, Harry Redknapp yang masih berminat menambah midfielder berpengalaman ke dalam skuadnya.
 
Spurs juga kelihatan membuat impak yang sama baik pada bintang veteran itu dan dia kini berminat menandatangani untuk mereka.
 
 
 
p/s : jadi ke tak kita tunggu dan lihat....

2 comments:

amy syifa said...

hye beckham.. jom kawenn =D

Si BuDaK KaChAk said...

syifa~ ko taip dalam keadaan ko sedar ke tak ni??hahaha