click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Wednesday 21 September 2011

BoLa | Apek yakin Harimau jerat Samurai


“KAMI lebih arif dengan kekuatan Jepun siapa lawan kali ini dan kami sudah bersedia berdepan Jepun.”
Itu kenyataan ringkas bernada cukup yakin daripada mulut kapten dan penjaga gol skuad Olimpik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan penting perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Pulau Kyushu, jam 7 malam ini (8 waktu tempatan).
“Kini saya dan rakan-rakan lebih bersemangat dan yakin kerana sudah mendapat sedikit gambaran maklumat daripada jurulatih (Ong Kim Swee). Malah kami juga berpeluang melihat rakaman perlawanan mereka (Jepun) dengan Kuwait pada pusingan kedua lalu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah mereka pasukan yang pantas, banyak menggunakan pemain sayap dan cukup agresif dan saya jangkakan mereka akan kekal bermain seperti itu esok (malam ini).

“Tetapi berkat latihan dan persiapan lebih rapi menghadapi kempen peringkat kumpulan ini, saya yakin kami mampu memberi tentangan. Bukan mustahil jika kami mampu pulang dengan satu mata,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Apek.

Khairul Fahmi dijangka memikul tugas berat menggerakkan benteng pertahanan di depannya untuk menafikan sebarang jaringan daripada skuad Samurai Biru. 
Mengulas saingan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada skuad Samurai Biru di Sukan Asia Guangzhou 2010 ketika itu, Apek menjelaskan pemain negara kurang mengenali pemain skuad emas bimbingan jurulatih Takashi Sekizuka ketika itu.

Malah kecederaan yang dialami beberapa tonggak penting dalam perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan juga menyumbang kepada permainan secara bertahan ketika itu. 

Menurut penjaga gol Kelantan dalam Liga Super itu, pemain Harimau Muda kini lebih berkeyakinan beraksi di pentas penting ini terutama selepas mendapat banyak pendedahan berguna berdepan lawan lebih fizikal menentang kelab Liga Corgon di Slovakia.



siaran langsung di tv2 dan astro arena jam 6.45pm .


sumber : berita harian


p/s : tetap menyokong pasukan bola negara...menang kalah belakang cerita...yang penting semangat patriotik terhadap negara sendiri tu penting....

8 comments:

amy syifa said...

apex!! hyee..hyee <--sambil lambai2 tgn

Si BuDaK KaChAk said...

ahhh ko...mengatal je tau...hahah

amy syifa said...

hahaha.eh bg la chance.aku kn single n available lg.huhu

p/s - dpt x kad kawen kak anoy? ko nak pegi ke x? 23/10..

Si BuDaK KaChAk said...

tah...aku tak tau pun...aku kn kat seremban...alamat aku yang dia ade alamat kl...so mayb kat sane la kot tak pun mmg xbg...ko biar btol??dia wat kat mane??aku depend pd majoriti la...kalau ramai aku gi bleh la aku join skali...tengok keadaan gak masetu...ko gi ke?

amy syifa said...

dia wat kat temerloh la.23/hb.aku pon xtau nak pegi or x.dia buat hari ahad. nak pegi mcm mne.transport da satu hal.klu pegi blk ari blh la aku pertimbangkn lagi.klu nak bermlm kat sane mcm susah sikit.xtau la..tgk la mcm mne.xpegi kot.

Si BuDaK KaChAk said...

tu la psl...aku pun kalau bleh nak balik ari sebab isnin aku da keje da...camne nak tido sane...kalau nak sabtu mlm tido sane ahad tu balik la...tp aku mcm ko gk mslh transport...ala...ko xgi ke???cian akk kesayangan ko tu...haha

amy syifa said...

ahhhhhh.byk ko pnye kesygnn! kesygnn ko le..wekkk.same la aku pon keje isnin.hehe.klu ko g aku x pegi la.huhu

Si BuDaK KaChAk said...

ko keje ape syifa??ko xbgtau aku pun kn??