click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 23 September 2011

BoLa | AkU BeLuM Nak PeRgi La...!!



 Nicolas Anelka


Nicolas Anelka masih belum memutuskan sama ada mahu melanjutkan tempoh kekal di Chelsea.

Bos Blues, Andre Villas-Boas mendedahkan striker Perancis itu menyatakan mahu meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang.

Anelka, yang berusia 33 tahun Mac nanti, menghadapi persaingan sengit daripada Fernando Torres, Didier Drogba, Daniel Sturridge dan Romelu Lukaku bagi tempat permulaan di Stamford Bridge.

Dia berkata, "Saya dikaitkan dengan tempat lain, tapi apabila anda dikaitkan, tak bermakna anda mahu pergi."

"Saya suka Chelsea dan mahu kekal dengan mereka, sebab itu saya masih di sini."

"Saya akan lihat apa yang berlaku pada Disember, jika saya masih di sini, saya akan lihat apa yang berlaku pada Jun."

"Saya gembira di sini, saya sukakan kelab dan semua warganya. Tapi itu tak hanya terpulang kepada saya."

"Saya bersama kelab hampir empat tahun dan saya gembira dengan segalanya. Sepatutnya saya harus kekal begini."



p/s : khidmat dia still diperlukan...dia bagus la kat chelsea cuma bergelut merebut tempat dengan player lain

No comments: