click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Tuesday 27 September 2011

Aku, Dia dan... Cinta



Dulu, aku kehilangan Cinta. Cinta pergi setelah aku sendiri menghalaunya. Cinta merajuk. Cinta pergi tanpa berkata apa-apa. Sunyi datang  selepas Cinta pergi. Sunyi menemani aku ke mana-mana. Ke sekolah, ke kedai, ke taman, ke mall. Tapi ada satu syarat Sunyi, Hati tidak dekat dengan Tenang. Walaupun Tenang terkadang menjenguk, tapi Sunyi pasti ada juga. Sunyi-lah teman aku ketika menangis. Tenang entah hilang ke mana.


Suatu hari Tenang memanggil. Disuruh Hati bertanya pada aku. ”Kau tidak mahu Tenang?“. Aku menangis lagi…Sunyi di sisi.


Hari itu aku keluar…dengan Sunyi. Hati bertanya lagi. ”Bagaimana Tenang?“. Aku terus berjalan diam. Aku lihat sekeliling. Aku lihat pokok, bunga, langit, tasik, awan. Aku senyum. Tenang muncul di sisi. Sunyi juga di sisi. aku tersenyum. Aku tahu, aku perlukan Cinta juga. Hati sudah berkata, “Panggillah Cinta semula, barulah Tenang kekal di sisi, dan Sunyi akan pergi“. Aku anggukkan saja.


Setahun kemudian, aku masih ada Sunyi di sisi. Tapi Tenang ada juga, bersama Hati. Walaupun Sunyi merengus, tapi Tenang tetap ada di sisi Hati. Aku juga, berkenalan dengan Sahabat. Dia baik dan aku  senang dengan dia. Sahabat tahu cerita aku kehilangan Cinta. Sahabat hanya tersenyum dan berkata, “Suatu hari Cinta akan muncul, kau tunggu sajalah“.


Benar kata Sahabat.


Suatu hari, aku ke mall. Bersama Dia. Yang bersama aku, hanya Tenang, Hati dan Sahabat. Sunyi hilanag ke mana. Aku senyum sahaja, nanti adalah si Sunyi ini. Tetiba Dia berkata sesuatu, tapi Hati sedang memandang sesuatu kemudian tercari-cari. Kutanyakan Hati, apa yang sedang dicari? Hati hanya diam. Tenang dan Sahabat ketika itu hilang juga entah ke mana. Sedang Dia sedang berkata-kata, Hati sekali lagi tercari-cari, kemudian….”….listen to me, I will always love you”.


Ketika itu aku tahu apa yang dicari-cari Hati dari tadi. Aku tersenyum. Di belakang Dia, aku nampak…Cinta. Dia datang kembali bersama Tenang dan Sahabat denagan senyum yang lebar. Dari aku  berdiri, aku lihat Sunyi pergi dan hilang dari pandangan.


nurkilan dari hati seorang insan,



p/s : aku mengharapkan tenang sentiase bersama aku....

4 comments:

amy syifa said...

kesian Sunyi..kadang2 Sunyi tu perlu utk musahabah diri.hermm

Si BuDaK KaChAk said...

btol...

EMOdisaster said...

insyaAllah...petua untuk tenang selalu mudah aje...banyak2kan doa dalam solat..dan baca alquran..insyaAllah...Allah akan bantu kita...Allah takkan turunkan sesuatu ujian yg berat kat atas setiap hambaNya bilamana kita tak mampu utk pikul ujian tu...chill ok..?

Si BuDaK KaChAk said...

sentiasa chill wlaupun didalam ati hanya Dia je yang tau...

=)