click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Wednesday 3 August 2011

TIP - TIP BERSAHUR~

Tarikh: 3/8/2011
Wktu: 4:30 PM
Lokasi: Clinic
Mood: siap-siap nak balik umah...~yeppii..!~




TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR
Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan

dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur.

Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga

menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal

untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukansekiranya

makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat.

Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan

makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana,

sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri

ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan.

Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah

tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula

makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak

yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak

perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic,

bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti

bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup

seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh

dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu,

pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi

minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan

penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi

tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air

dalam badan melalui air kencing.  


Bagi yang ade anak2 or adik kecik yang susah untuk bersahur cube
tips ni...

TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR
  1. Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan.
  2. Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
  • Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
  • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
  • Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan
  • Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
  • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.


Akhir skali tips bersahur untuk orang bujang yang idop sdiri jauh dari keluarga macam aku ni.....

TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG

 Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur.

Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam

sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti

burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan

utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan

mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun

bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum

tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan

ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa

keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-

kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh

pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di

awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga

sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti

roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi

ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk

memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah

dengan sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-

sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang

mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.

p/s: sahur tu sunnah Rasul...so better yang bujang-bujang tu bangun la sahur...blaja la bedikari macam aku (hehehehe)

6 comments:

amy syifa said...

abg nurse~td kn kite sahur mkn buah apple,minum air kosg! chat kn? kn? hee..kite tau =) tp kite mkn nsik+dging msk paprik skali..i juz love spicy fo0d..! yummy2.n kite xmkn sayur sbb tak sedap.iyekk. *muntah* okey x pola pemakanan kite?? ~lalala

Si BuDaK KaChAk said...

ish...ok sgt2...care yg adik wat tu salah satu care yg paling bagus utk mase hospital...hahahah

amy syifa said...

blh mask hosp? eh best la.sy prnah msuk skali je,rndu nak masuk lg.. ~lalala

Si BuDaK KaChAk said...

mujur la dpt msuk...sy sdiri pun xpnah msuk melainkan keje...!WEkkk

Adila Amalyna said...

Good tips ;)
Hehe thank you blogwalking dekat my belog! Toce toce.

Si BuDaK KaChAk said...

Adila~ kalau good tips meh la kite wat same - same okey??? ;)