Wktu: 4:30 PM
Lokasi: Clinic
Mood: siap-siap nak balik umah...~yeppii..!~

TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR
Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan
dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur.
dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur.
Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga
menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal
untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukansekiranya
makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat.
Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan
makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana,
sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri
ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan.
Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah
tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula
makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak
yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak
perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic,
bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti
bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup
seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh
dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu,
pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi
minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan
penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi
tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air
dalam badan melalui air kencing.
Bagi yang ade anak2 or adik kecik yang susah untuk bersahur cube
tips ni...
TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR
- Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan.
- Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.
- Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
- Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.
- Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan
- Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
- Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.
Akhir skali tips bersahur untuk orang bujang yang idop sdiri jauh dari keluarga macam aku ni.....
TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG
Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur.
Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam
sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti
burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan
utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan
mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun
bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum
tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan
ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa
keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-
kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh
pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di
awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga
sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti
roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi
ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk
memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah
dengan sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-
sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang
mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.
p/s: sahur tu sunnah Rasul...so better yang bujang-bujang tu bangun la sahur...blaja la bedikari macam aku (hehehehe)

6 comments:
abg nurse~td kn kite sahur mkn buah apple,minum air kosg! chat kn? kn? hee..kite tau =) tp kite mkn nsik+dging msk paprik skali..i juz love spicy fo0d..! yummy2.n kite xmkn sayur sbb tak sedap.iyekk. *muntah* okey x pola pemakanan kite?? ~lalala
ish...ok sgt2...care yg adik wat tu salah satu care yg paling bagus utk mase hospital...hahahah
blh mask hosp? eh best la.sy prnah msuk skali je,rndu nak masuk lg.. ~lalala
mujur la dpt msuk...sy sdiri pun xpnah msuk melainkan keje...!WEkkk
Good tips ;)
Hehe thank you blogwalking dekat my belog! Toce toce.
Adila~ kalau good tips meh la kite wat same - same okey??? ;)
Post a Comment