click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 9 March 2012

Air Mata Kerinduan


sumber SINI


Assalammualaikum…

Sunyi je rasa blog aku sekarang ni. Yela, bila sibuk menguasai diri sampai tak ada banyak masa dengan blog sekarang ni.

Sekarang ni, walau sibuk macam mana sekalipun hati aku tetap sayu bila mengenangkan budak budak kelas yang masing masing duduk jauh.

Jujur aku katakan yang aku rindu sangat sangat dengan kawan kawan kelas. Aku tak sangka penangan yang dorang bagi selama 3 tahun aku belajar, sangat sangat menusuk hati.

Ni menunjukkan persahabatan kelas kitorang terlalu kuat sehingga aku sendiri boleh menitiskan air mata bila mengenangkan kenangan di dalam kelas.

Macam macam ragam yang ada dalam kelas tu tapi tu tak menjadi masalah untuk kami semua bersatu. Balut hamper sama sama, gembira sama sama, kena marah sama sama, dan peratus kolej naik pun disebabkan usaha keras kitorang bersama.

Ni belum kira yang kena hysteria tu, sampai semua budak kelas nak datang tolong. Nampak tak bertapa kuatnya persahabatan kitorang. Walau kadang ada hati yang tak puas hati tapi kami tidak menyimpan dendam.

Kalau ada je yang tak puas hati terus pergi depan kelas dan buat pengumuman depan orang ramai. Bukti kebaikkan yang diperolehi adalah air mata yang mengalir ketika majlis perpisahan yang dibuat sebelum kami menghadapi peperiksaan besar.

Sekarang ni semua dah ada tanggungjawab sendiri. Maka sudah tidak ada masa untuk kami bermain dan bergembira macam dulu. Hanya kenangan yang tinggal untuk aku mengalirkan air mata yang sungguh berharga ni.

Aku rindu korang semua...rindu yang teramat sangat dekat 4Bians…rindu akak akak 4Bians aku…rindu kawan bergaduh aku…rindu budak rumah villa…

Aku rindu semuanya!!!


p/s : terkilan rasanya tak dapat pergi majlis bertunang budak kelas…. T_T 

* Alhamdulillah...akhirnya mama sedar juga...terima kasih kawan kawan kerana mendoakan mama...diharap mama akan sembuh seperti sediakala...AMIN~


10 comments:

amy syifa said...

dah habis air mata..T_T

moga aku cukup kuat untuk kembali ke daerah kenangan!

Falling . said...

sy ta rindu sgt la .. mgkin sbb cls sy ramai laki, so feeling tu kurang , hahaha .

Nisa Hussin said...

nanti dah abis form 5 ni tak tau lah camne..mesti jarang2 jumpe kawan sekelas..susah nak cari kawan yg betul2 spoting habis macam sekarang ..hahahah

biela bell said...

bell pernah rasa ukhuwah tu mantap bila msuk f6 la..wlupun dah hampir 2 tahun berpisah..setiap kali kalau ada masa mesti kiteorg berjumpa..huhu..sayang giler kot..

Nur Zulaikha said...

pershbtn yg indah terjalin melalui ikatan yg suci..
p/s:mama dh sedar?alhamdulillah..

aamalinaazman said...

sggguhhhh rindu zaman belajo dulu :)

Falling . said...

incik kachak, ble nk hupdate ?

~Sal Ismail~ said...

rindu kenangan lama..bila rasa rindu tu dtg mmg rasa sgt sayu~

mudah2an mama kamu baik2 saja~ amiin

cinta siswi said...

rindu jgk!!

Falling . said...

bro,pe cer senyap lelama ni ??