click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Thursday 29 December 2011

Aku , Kapak Emas dan Parang Buruk



Kenalnya aku dengan parang buruk hanya sebagai kawan,
Mungkin ketika itu parang buruk itu masih mempunyai tuan,

Namun kemunculannya dalam hidupku hanya sebagai angin,
Yang tetap bertiup tidak kira masa dan tempat yang diingin,

Akhirnya aku terjumpa sebilah kapak emas,
Kehadirannya merubah hidupku dan menjadi lebih kemas,

Segala pahit manis tawa ataupun menangis telah kami tempuh bersama,
Namun sedikit kecuaian telah aku lakukan tanpa diduga,
Lalu aku telah kehilangan kapak emas yang selalu kupuja,
Kapak emas yang aku jaga dulu telah dicuri orang sehingga tiada khabar berita,

Mungkin juga kerana kekurangan yang ada pada diriku,
Kerana ku sedar ku tidak seberapa untuk kapak emas itu,

Akhirnya kesedihan yang aku lalui,
Kapak emas?? mungkin dia sedang bahagia meniti hari,

Berbulan bulan juga aku telah hilang segala tumpuan,
Segala yang dilakukan pasti ada saja yang tidak keruan,
Kenangan bersama kapak emas pasti teringat di setiap laluan,

Sampai suatu hari aku telah berjumpa semula dengan parang buruk,
Parang buruk sedang melalui detik kesedihan dengan hati yang remuk,
Parang buruk telah bergantung tanpa bertali seperti beruk,
Mencarinya apabila mahu menggunakannya sahaja, tuan dia memang teruk,

Akhirnya parang buruk memutuskan untuk bersendirian,
Namun tuannya masih tidak mahu melepaskan,
Parang buruk membuat keputusan untuk melupakan,
Parang buruk lebih rela hidup kesepian,

Kesepian parang buruk tidak lama,
Hadirnya aku untuk menceriakan hari-hari nya,
Selain parang buruk aku juga gembira,
Dan kami masih bersama “teman tapi mesra”,

Parang yang buruk lagi tumpul akan aku jaga dengan baik,
Mata yang tumpul akan aku asah dengan cantik,
Parang buruk ku belai dengan romantik,
Agar parang buruk tampak lebih menarik,

Sejauh mana perhubungan kami hanya berserah pada yang Esa,
Kami hanya mampu merancang tetapi kami tidak mempunyai kuasa,

Hanya doa yang mampu aku panjatkan,
Namun adakah doaku akan dimakbulkan??,
Kerana aku sudah tidak sanggup untuk hidup dalam kesedihan,
Harapan agar hubungan kami berkekalan,
Jangan pisahkan kami sehingga aku dikapankan.







Nurkilan dari hati seorang insan

4 comments:

Dylla Abas said...

walaupun bahasa pusis ni simple..tapi di sebaliknya memang penuh bermakna..

Si BuDaK KaChAk said...

hanya orang yang menghayati je boleh memahami.... :)

iEdA said...

insyaAllah klo kita b'usaha n x lupa padaNya, x mustahil kn ^_^...mksd tsirat yg hnya tuan punya jer yg thu

Si BuDaK KaChAk said...

menulis dengan ati so hanye ati si penulis je mudah memahami...hehehe