click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Tuesday, 19 July 2011

Senaman Dan Diabetis

Tarikh: 4/8/2011 (re-post)
Wktu: 10:40 AM
Lokasi: Clinic
Mood: Sengal-sengal ubi (boring) hahaha...


Kenapa senaman itu penting?

Senaman adalah penting untuk mengawal diabetis.
Ia perlu dilakukan selalu dan hendaklah dijadikan
sebagai satu amalan.

Senaman membantu :
  • mengurangkan paras glukosa (gula)
  • meningkatkan pegedaran darah
  • megawal berat badan
  • menguatkan jangtung
  • mengatasi tekanan perasaan




Bagaimana hendak bersenam?

Senaman hendaklah dilakukan selalu dan dengan betul.
Ia harus seimbang dengan makanan yang dimakan.
Untuk mendapat kesan yang baik, seseorang perlu bersenam
selama 20 hingga 30 minit setiap kali dan sebanyak 3 hingga 4
 kali seminggu. Bersenam setiap hari adalah digalakkan.


Sesuatu senaman itu akan berkesan apabila kita melakukannya
dengan giat sehingga ia menyebabkan kita bernafas dengan kuat
tetapi tidak sampai tercunggap - cunggap atau semput. Denyutan
nadi hendaklah meningkat sehingga 120 - 150 denyutan seminit.






Jenis senaman yang bagaimana?


Jenis senaman yang dipilih bergantung kepada keadaan tubuh badan ,
umur , dan pilihan. Ianya hendaklah yang menyeronokkan dan dipadankan
dengan kehidupan harian kita.


Senaman yang biasa dilakukan ialah :
  • berjoging
  • berenang
  • menaiki basikal
  • berjalan kaki dengan cepat (brisk walking)
  • menaiki tangga
  • lompat tali (skipping)
  • bermain tenis , badminton dan lain-lain.
Sebelum kita memulakan sebarang senaman , dapatkanlah
nasihat doktor terlebih dahulu.






3 Peringkat senaman


Setaip senaman perlu terdiri daripada :


  1. Memanaskan badan selama 10 minit dengan melakukan senaman regangan.
  2. Melakukan satu senaman yang sebenar selama 20 hingga 30 minit seperti joging , berenang atau menaiki basikal.
  3. Diakhiri dengan menyejukkan badan selama 5 hingga 10 minit dengan melakukan senaman regangan.
Petua ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan kecederaan.




INGATLAH!!


  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman.
  • Mula secara perlahan-lahan kemudian tingkatkannya sedikit demi sedikit.
  • Pakailah kasut sukan yang sesuai dan selesa.
  • Berpakaian sukan yang ringkas.
  • Jangan bersaing dan lakukan mengikut batasan dan keupayaan sendiri.
  • Jangan terus duduk selepas bersenam.
  • Kerbekesanan sesuatu senaman itu tercapai apabila denyutan nadi mencapai 120 hingga 150 kali seminit.
  • Jangan bersenam jika paras gula dalam darah adalah tinggi. Apabila bersenam bawa bersama makanan bergula untuk mengelakkan berlakunya penurunan gula dalam darah ke paras yang sangat rendah.
  • Jangan melakukan senaman :- apabila badan kurang sihat
  •                           - bila cuaca terlalu panas
  •                         -dalam masa 2jam selepas makan
  •                           - melebihi had kemampuan


  • Bersenam mengikut had yang ditetapkan oleh doktor anda.


Perkara yang sangat penting yang perlu diingat sebelum memulakan
sesuatu senaman ialah , mendapatkan nasihat doktor jika anda :
  • berumur lebih daripada 35 tahun
  • tidak mengetahui keadaan kesihatan anda
  • tidak pernah melakukan senaman sebelumnya


*sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


p/s: jage ksihatan okey???!!!!

No comments: