click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Saturday 29 October 2011

kemalasan melanda

sumber pokcik google



akhirnya aku hapdet jugak...
sory sangat sangat bagi korang yang menunggu cerita dari blog tah pape ni...
bukan aku tak nak hapdet cerita...
tapi perasaan malas untuk bercerita masih lagi ada...
ini semuanya gara gara kerja yang berlambak menyebabkan kemalasan menimpa...
apa yang boleh aku buat hanyalah BW dan komen komen dekat blog orang...

bagi yang masih belum aku singgah tempat korang aku mintak maaf...
mungkin korang kena buat lagi cerita cerita yang menarik agar aku dapat singgah tempat korang...
so jangan la korang putus asa...
teruskan la menulis sekiranya korang memilih blog ni tempat untuk korang dapat duit, kawan dan sebagainya...





p/s : aku menulis kerana aku nak menulis...belum terpikir lagi nak kaye dan femes...

Fakta atau Auta #6



sumber pokcik google



Berikut adalah fakta fakta yang unik di dalam dunia ini...

16. Coklat dapat membunuh anjing,kerana langsung mempengaruhi jantung dan susunan syarafnya.

17. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki.

18. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

19. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

20. Kalajengking bisa dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka,mereka akan murka dan menyengat dirinya sendiri.


klik la bagi yang belum baca fakta #1 , fakta #2 , fakta #3  fakta #4 dan fakta #5



p/s : lepas ni sapa yang takut anjing boleh la bawak coklat....hehehe

Tuesday 25 October 2011

Majlis perkahwinan Kak Anoy #2

Entry ni merupakan kesinambungan bagi entry yang lepas...
bagi yang terlepas nak bace entry yang lepas jangan risau...
korang boleh je klik dekat sini---> PART 1



jom kita layan gambar...




masa ni baru sampai...pengantin belum keluar lagi...tengok la kak umi tu...sebuk nak interprem...


 ni la dia pengantin perempuan nya...kak anoy...yang sebelah tu pengapit dia....time ni dia baru keluar dari bilik persalinan...pengantin lelaki dah nak sampai...



aku masih dalam experiment untuk mencari view gambar wedding...so jangan nak gelak pulak...wekkk



ketibaan pengantin lelaki...abg zul...time ni bapak panas...kulit aku pun da semakin gelap...serius beb panas gila...kalau tak percaya tengok la makcik baju kuning tu...siap berkaca mata hitam lagi tu...


lagi gambar??ada...tapi komputer ni tak boleh nak masuk gambar banyak banyak la...so kena tunggu sambungan cerita la ek??ada lagi beberapa keping je lagi gambar penganting yang nak dikongsi...selebihnya gambar aku dengan member member melepak dekat temerloh...

so kalau nak tengok tunggu la entry akan datang ek??


bersambung....




p/s : macam mana la nak bagi kulit ni cepat cerah balik....??

Event #3

 
Bagi yang masih belum tahu event pasal apa boleh la klik dan baca dekat entry Event #1 dan Event #2
 
 
 
lihatlah gelagat pekerja yang menaiki motor ducati tersebut...
" vrrooommmmm....tumpang lalu...nak kejar rossi kat depan tu hah..."
hehehe...macam macam la dorang ni...yela...bukan selalu dapat naik...nak beli??kalau gaji beso boleh ler...



ini lah dia gadis litar...hehe...
pekerja wanita pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan motor super bike tersebut...



hah...ni la rider yang aku pernah cakap tu...
korang kenal tak??
nama dia......tah la...aku pun lupa...hehe...
neway ada lagi sorang rider dia...
tapi tak dapat nak masuk  pulak gambar tu...
so kene tunggu la entry terakhir untuk entry event ni...





p/s : masih ada lagi yang bercerita dengan aku pasal kemalangan di litar sepang yang menyebabkan kematian itu...
 

Fakta atau Auta #5






Berikut adalah fakta fakta yang unik di dalam dunia ini...
11. Lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. wanita 70 helai.

12. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

13. Unta punya 3 kelopak mata.

14. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip.
kita bisa berkedip 5kali dalam sedetik.

15. Seseorang masih akan sedar selama 8 saat setelah dipenggal.




klik la bagi yang belum baca fakta #1 , fakta #2 , fakta #3 dan fakta #4



p/s : kalau jenis yg botak tengah tu bapa banyak lak rambut yg gugur ek??

Monday 24 October 2011

Dunia Hiburan | APA??? Mengandung 6 bulan???

mereka tergolong di dalam  pasangan selebriti sensasi negara...
dengan kecantikan isterinya...

begitu juga dengan kekacakkan suaminya(aku kacak sikit lagi kot dari dia...hehehe)
namun sebelum ni negara di gemparkan dengan gosip mengenai keruntuhan rumahtangga mereka...
tapi rupa rupanya ianya adalah gosip semata mata...
mereka sendiri yang menafikannya...

difahamkan si isterinya sedang mengandung 6 bulan...
sapa mereka?? jom lihat gambar...


 zaquan adha dan ayu raudhah(sumber pokcik google)

sumber cerita : SINI



p/s : ayu harapkan anak kembar??

Majlis perkahwinan Kak Anoy #1



Semalam merupakan antara hari yang terpenat penah aku lalui...(tapi besssttttt...!!)
mana tak nya, hari minggu biasanya aku rehat tengok tv dekat rumah + tengok cerita tamil (ok aku tipu).
tapi semalam aku sehari suntuk tak ada dekat rumah...
aku bangun pukul 5 pagi sampai la aku balik rumah pukul 12malam...

pergi mana?
sebenarnya semalam aku menghadiri majlis perkahwinan classmate aku masa dekat kolej dulu...
nama dia kitorang panggil kak anoy...

mesti korang pelik kan kenapa sampai perlu bangun pukul 5 pagi??
sebenarnya majlis tu berlangsung di rumah dia dekat Temerloh, Pahang.
aku pula dok dekat seremban.
jadi perjalanan aku hendak ke sana memang la jauh...
kena pula aku ni menumpang member aku yang dok dekat area aku ni gak..
so nak taknak aku kena siap dulu la...
aku kan menumpang je...

Berikut adalah member member yang hadir :-
  • kami yang dari seremban ni bertiga...(aku, wan 4a, kak umi)
  • member dari kl pulak bertiga jugak...(susu,kaka) + amin(member susu)
  • dari terengganu pulak...(imran sorang...awek dia dekat jb so tak dapat nak amik)
  • dari pahang sendri...(kak myza - kitorang yang dari seremban yang jemput dia dekat rumah sebelum gi rumah pengantin)
  • dari kajang...(wana dengan pakwe dia...tapi dia balik awal)
so semua sekali yang datang 9 orang...
dengar kata sepatutnya ramai lagi yang nak pergi tapi sayang masing-masing ada yang bekerja, tak ada transport, dan lain lain...(sedih...nak jumpa yang lain lain jugak... T_T )


jom layan gambar...



ni masa perjalanan nak ke temerloh nak pergi jemput kak myza dulu dekat rumah dia...
naik kematu punggung aku sebab jalan jauh sangat (ok aku tipu lagi)
cuaca semalam amat amat la panas(tapi gambar tak nampak macam panas pun)
kulit aku yang putih mulus yang aku jaga selama ini pun jadi gelap...(nasib baik still kachak lagi...hehehe)
masa ni hati dah tak sabar sabar nak jumpa member member yang lain...
yela...dah lama rasanya tak lepak sama sama...



ni adalah kek perkahwinan dia...
sebenarnya 3 tingkat tau...
tapi aku saja je amik view dari atas sebab aku nak amik tulisan yang tak cantik kat kek ni...hehe
mengikut pada warna kek ni mesti korang dah boleh agak kan warna tema pengantin ni warna apa??
opkos la warna ijo...



credit to myself sebab memberi idea bernas untuk view pic ni...
tapi sayang gambar macam tak berapa nak jelas...
so ini la pengantin nya...(kan dah kata tadi warna ijo...)

Zul & Anoy



banyak lagi gambar yang ada dalam simpanan aku ni...tapi tak boleh la nak letak semua dalam 1 entry...
penat tau tak...
gambar kitorang melepak dekat benteng sungai termeloh lepas majlis perkahwinan pun ada juga...
so kalau nak tengok lagi gambar gambar yang lain sila tunggu entry yang sama untuk part 2 ok??

neway selamat pengantin baru untuk kak anoy...



p/s : dengar kata dorang nak gi bulan madu dekat tioman...nak ikut boleh tak kak anoy??hehe...

Event #2



Bagi yang masih belum tahu event pasal apa boleh la klik dan baca dekat entry Event #1



Lihatlah dimana pekerja juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan motor Ducati ini...
sekali seumur hidup kot dorang dapat tengok depan mata...



Bagi yang meminati game (ataupun sayang kulit sebab taknak kena panas) juga boleh bermain game motor GP yang di bawa khas oleh Crew Ducati...
tapi sayang aku tak dapat nak merasa...aku tengok ramai sangat yang main...so aku pun malas la nak join...



hah...ni masa mulanya aku pun tak tau...tapi setelah diberitahu dan lihat sendiri kegunaannya baru aku tahu...sebenarnya ni la starter untuk motor superbike tu...yela...motor ni mana la ada kick starter ataupun butang  starter...so dia gunakan ni la...jadi bagi yang kat luar sana rasa nak beli superbike ni kena la beli menatang ni sekali...tapi kalau rasa taknak beli ataupun nak berjimat pun boleh juga...dengan syarat kena dok umah atas bukit...time turun tu trus masuk gear ok??hahaha


berikut adalah sebahagian gambar yang aku amik...
ada banyak lagi gambar sebenarnya...termasuk la gambar owner blog ni sekali...
so kalau rasa nak tengok gambar tu tunggu la kesinambungan entry ni ok??



p/s : turut bersimpati dengan kemalangan yang  berlaku di litar sepang semalam...

BoLa | Sapa kata nak mansuhkan??



 
sumber pokcik google


Cerita yang hangat diperkatakan sebelum ini mengenai pemansuhan sistem penyingkiran dan kenaikan Liga Perdana telah mendapat tentangan hebat dari ramai pengurus kelab termasuk pengurus kelab Chelsea. Boleh baca dekat SINI.

Richard Scudamore telah menyangkal khabar tentang menghentikan sistem penyingkiran dan kenaikan Liga Perdana, dan melabel cadangan itu 'tak masuk akal'.

Ketua eksekutif Persatuan Pengurus Liga, Richard Bevan mendakwa awal minggu ini yang pemilik kelab Liga Perdana dari Amerika dan Asia mahukan model francais yang bertentangan dengan tradisi bola sepak Inggeris.

Namum ketua eksekutif LP, Scudamore menegaskan 'langsung tiada keinginan' untuk perubahan seperti itu.

Dia memberitahu media: "Beginilah, (a), saya memang takkan bayangkan idea seperti itu; dan (b), tiada sebarang debat serius tentangnya langsung.

"Ia memang cuma permulaan yang tak masuk akal…pada pendapat saya ia sebuah idea yang paling teruk.

"Tiada keinginan langsung ke arah itu. Anda tak boleh hanya buat kenyataan tanpa ada sokongan terhadapnya.

"Saya mungkin orang yang ada paling banyak bukti. Saya sering bercakap dengan kelab-kelab. Saya bercakap dengan semua pemilik – dari negara luar dan Britain – secara kerap dan tiada keinginan langsung terhadap idea tersebut."



p/s : lebih baik jangan mansuhkan kalau nak lihat permainan yang berkualiti...

BoLa | Abang aku akan sambung kontrak??



sumber pokcik google


Frank Lampard bakal ditawarkan lanjutan kontrak bagi mengekalkannya di Chelsea sehingga 2015.
 
Bintang tengah itu akan mempunyai baki hanya setahun dalam kontrak terkininya di penghujung musim ini. Namun hierarki Chelsea menganggap pemain berusia 33 tahun itu sebagai aset berharga – di atas dan di luar padang.
 
Ada khabar awal musim ini yang Lampard mungkin bakal menuju penamat kariernya bersama Chelsea dan juga England.
 
Dia diketepikan oleh Fabio Capello untuk aksi kelayakan Euro 2012 di Bulgaria, dan kemudian pengurus kelabnya, Andre Villas-Boas meletakkannya di bangku simpanan. Namun Capello dan AVB menegaskan pemain itu kekal dalam pelan mereka – dan Lampard berazam mahu memenangi tempatnya semula. Dia akhirnya berjaya dan kini Chelsea sedang bersedia untuk melanjutkan kariernya di Stamford Bridge.
 
Lampard dianggap oleh pemilik kelab, Roman Abramovich sebagai profesional sejati dan pemain contoh untuk bintang remaja, seperti Josh McEachran dan Daniel Sturridge.
 
"Sentiasa yang terakhir tinggalkan padang latihan," kata satu sumber dalaman Chelsea. "Dia sentiasa kelihatan mahu tingkatkan dirinya. Dan ia bukan sekadar demi faedah Chelsea TV. Dia memang profesional hebat yang sejati. "
 
 
 
p/s : respek gila la pemain macam ni...harap pemain negara kita mencontohi cara dia...

Fakta atau Auta??? #4

fakta untuk hari ini....

sumber pokcik google



Berikut adalah fakta fakta yang unik di dalam dunia ini...

6. Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

7. Tanpa dicampur ludah di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

8. Kita bernafas kira-kira 23.000 kali setiap hari.

9. Rata-rata kita bicara 5.000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

10. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75.000 liter.



klik la bagi yang belum baca fakta #1 , fakta #2 dan fakta #3



p/s : kalau tak cakap tapi luahkan dekat blog ni camne pulak ek??hehe

Saturday 22 October 2011

BoLa | Sapa nak puji kau??


adakah dia sudah menemui rentak??


Torres menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau gol Liga Juara-juaranya selama dua tahun setengah — namun pengurus Andre Villas-Boas enggan memuji pemain Sepanyol berharga £50 juta itu.
 
Pengurus Chelsea itu berkata: "Ia bukan tentang individu, segala-galanya mengenai aksi berpasukan."
 
"Kami mampu memilih bahagian serangan terbaik dan penyerang berada hampir dengan gol dan dapat berada dalam kedudukan terbaik. Tapi gol kami dijaringkan dalam pelbagai cara oleh ramai pemain skuad."
 
"Hari ini peluang itu jatuh ke Fernando dan dia membalasnya dengan sangat baik. Tapi ia tidak pernah dipersoalkan sama ada dia dalam prestasi terbaiknya. Penting untuk pemain berasa yakin dan dia yakin dengan kemampuannya."
 
Torres telah disertai dalam senarai jaringan oleh Raul Meireles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian Salomon Kalou.
 
Kemenangan terbesar Chelsea di gelanggang sendiri di Liga Juara-juara ini telah membolehkan mereka jauh mendahului Kumpulan E.
 
Villas-Boas menambah: "Jika kami memenangi perlawanan kami seterusnya di Genk, kami akan berada di kedudukan terbaik untuk layak."
 
 
 
p/s : masih mengharapkan yang lebih baik dari torres...

Hari Event #1




Berikut adalah gambar yang telah di ambil sewaktu event yang pernah saya war war kan dekat entry ni dan entry ni...



lihat la pakgard pun tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat motor ni dengan lebih dekat...



sedikit penerangan yang hendak diberitahu...
event ni berlangsung di tempat kerja saya...
bukannya yang dekat Lot10 tu...
walaupun hari yang sama tapi event yang lain...

dan sedikit kekecewaan yang menimpa kami semua kerana rider utama ducati iaitu valentino rossi tidak dapat hadir kerana mempunyai sesi pemanas badan di litar sepang dan malam nya ada pelancaran motor ducati yang baru...

jadi mereka terpaksa hantar raider simpanan mereka kot 2 orang...

sebenarnya banyak lagi gambar yang ada tapi tah kenapa tiba tiba pula tak boleh nak upload...
so bagi yang nak tengok gambar event ni tunggu la ek??
yang pastinya gambar yang akan datang lebih menarik...
gambar owner blog ni dengan rider ducati pun ada gak...

sapa rider 2 orang tu??
owh tunggu la sampai owner ni tempek gambar dekat blog ni ek??




p/s : 2 tahun lepas F1...tahun ni Ducati...tahun depan??ingat nak mintak drift pulak la yang datang...hehehe

Fakta atau Auta??? #3

fakta untuk hari ini...



sumber pokcik google



Berikut adalah fakta fakta yang unik di dalam dunia ini...

1. Nama paling populer di dunia adalah Muhammad SAW.

2. Jerapah (zirafah) dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

3. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

4. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya.

5. Lidah jerapah (zirafah) panjangnya sekitar 50 cm.



klik la bagi yang belum baca fakta #1 dan fakta #2


p/s : manusia yang lidah panjang tu keturunan zirafah ke???hehe

Friday 21 October 2011

Buat semua wanita di luar sana...

Tanda Lelaki Sayang Kamu...



ihsan pokcik google

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan
jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi
selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup
berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras
manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di
atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-
sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata
kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan
sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang
berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk
mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa
beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan
terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius
daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita
inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak
hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali
berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam
hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan
terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel
sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat,
nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang
yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa
sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan
di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan
insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya
tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati
kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong
kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang
dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia
padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah
bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu
menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan
kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu
dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu
sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah
dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa
mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna
si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau
sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa
dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini
tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah
sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian,
lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap
acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu
meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi
pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia
merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai
tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat
perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih
hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu
sayang.

Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk
memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-
ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk
orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang
membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu
melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si
dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan
apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun
masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk
satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah
dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh
berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang
kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
“you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang
membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu
kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu
ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua
lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup
menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu
kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si
dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan
diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-
mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat
setiap kali bersama dirinya.

Jadi, HARGAILAH Lelaki dan
terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk
kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


p/s : fahamilah jiwa lelaki sememangnya lelaki mempunyai jiwa yang halus...

Fakta atau Auta??? #2

Tadi tengok dekat  blog otai kita sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari...
kalau korang tak kenal maknanya korang belum kenal dunia blog lagi...
dekat blog dia tadi ada promot sate..
tak baca lagi??meh tekan dekat SINI
lepas baca tu terus teringat ada entry yang dah berabuk tersimpan dekat draff pasal sate ni...
tu yang terus hapdet ni...
meh la baca sikit untuk pengetahuan bagi yang belum tahu lagi...




Jika Anda Makan Satay (Sate)


+


Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah dimana suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.





Jangan Makan Udang Selepas


+
  

Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ingat~



Barah Akibat Penggunaan Bahan Dalam Shampoo.


Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jikakandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barahdalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampooyang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, PaulMitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.




Kepada Penggemar Makanan Jenis Mee Segera




Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yangbadan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian la sedikit sebanyak yang boleh dikongsi hari ini...
Kebenarannya??anda tentukan la sendiri...


" Anda Buat , Anda Dapat "


p/s : ada sapa sapa nak belanja saya sate ke??

BoLa | Saya tidak setuju!!



saya tidak setuju...!!!! - Villas-Boas


Seperti sedia maklum megenai pemansuhan sistem kenaikan divisyen dan penyingkiran di Liga Perdana Inggeris. Namun rata rata pengurus pasukan tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Berikut adalah salah seorang pengurus yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Andre Villas-Boas menggesa Liga Perdana Inggeris supaya tidak merosakkan sejarah dengan menghapuskan kenaikan dan penyingkiran divisyen.
 
Beliau berkata: "Jika ada sesuatu yang menjadikan Liga Perdana Inggeris begitu berbangga dengannya ialah peraturannya yang cukup kukuh, sejarah yang berpanjangan dalam bola sepak Inggeris."
 
"Ia sesuatu yang perlu diberi perhatian yang amat serius."
 
"Jadi biarkan ia seperti sekarang. Saya tak mahu melakukan sebarang perubahan."
 
 
 
p/s : akan menjadi kurang menarik sekiranya pemansuhan ini diteruskan....

BoLa | Barcelona nak kemarau???

Bakat yang semakin berkurangan - Villas-Boas (sumber pokcik google)



Jangan salah faham. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan cuaca dia sana.

Andre Villas-Boas secara sensasi mendakwa Barcelona tidak lama lagi akan berdepan "tahun kemarau".
 
Pasukan Barca dianggap oleh banyak pihak sebagai kelab terbaik yang pernah dibentuk.
 
Namun pengurus  Chelsea, Villas-Boas menganggap ia tidak akan bertahan lama sebelum empayar tersebut runtuh dan pasukan lain dapat menyaingi mereka.
 
Villas-Boas berkata: "Kebelakangan ini kejayaan Barcelona terbentuk dari pelbagai punca yang membolehkan pasukan ini ada kemampuan untuk bermain dengan begitu baik."
 
"Jumlah bakat yang muncul dari pasukan remaja mereka, yang kini datang bersama dalam pasukan utama dan pengurus yang mempertahankan nilai kelab tidak seperti yag lain."
 
"Empat atau lima tahun ini Barcelona memang cemerlang, itu yang pasti."
 
"Akhirnya akan muncul tahun di mana ada kemunculan pemain yang lebih berbakat dan tahun-tahun kemarau."
 
 
 
 
p/s : sukakan corak permainan  pasukan Barcelona...

Thursday 20 October 2011

Selesai sudah...



cuaca panas (sumber pokcik google)



Alhamdulillah...

event yang aku war war kan tadi dekat entry NI telah pun berjalan dengan lancar...
tiada masalah yang dihadapi...
cuaca pun menarik tadi but now da hujan...
nasib baik dah habis event baru nak hujan...

sangat mengujakan...
walaupun event dia singkat tapi agak menarik la...
hari yang panas terik pun still gagah lagi untuk amik gambar...
yang penting kulitku masih belum gelap lagi...hehehe

aku pun dapat gak amik gambar dengan penungang motor ducati tu...
tapi masalah sekarang gambar yang diambil terlalu banyak...
so perlu melalui proses saringan...
insyaAllah aku akan masuk dalam blog ni nanti...

so sila la bersabar wahai follower follower sekalian...
sabar tu separuh daripada iman...
separuh lagi kat mana??(jeng jeng jeng......)



p/s : dengar kata 2 tahun lepas F1 yang datang sini...time tu belum kerja lagi...

Standby...standby...standby...



sekadar hiasan...gambar betul dia belum ada lagi...(sumber pokcik google)




Hari ni aku agak sibuk...
kemungkinan tak banyak entry akan dilakukan...
BW telah aku lakukan sebentar tadi...
tapi masih ada lagi yang aku belum singgah...
insyaAllah kalau petang ni da settle tugas aku nanti aku singgah la blog korang...

settle tugas??

mesti ada yang tertanyakan apa yang aku wat sampai busy sangat harini...
selalunya boleh je nak merayau kat blog orang...

neway hari ni kat tempat kerja aku ada event..
ada motor GP dekat tempat kerja aku...
Ducati pulak tu...
so aku disuruh standby sekiranya ada apa apa kemungkinan yang berlaku...

yela...sebab ada pekerja yang bertuah dapat naik motor tu...
duduk belakang rider untuk merasai kelajuan motor tu...
yang bestnya dorang dapat helmet dengan glove dia skali..

untuk lebih lanjut tunggu je la nanti...
akan aku hapdet cerita ni kalau berkesempatan...
insyaAllah...



p/s : arghhh....terpaksa la aku berjemur...baru ingat nak putih sikit...huhuhu

Wednesday 19 October 2011

RaBu | Kurang BerCakaP #9 - aku selalu menyayangimu







p/s : tak pernah berhenti menyayangi seseorang

RaBu | Kurang BercAkaP #8 - ada yang sedang memerhati..



" amar ma'ruf nahi mungkar "



p/s : jom...??

Fakta Atau Auta????

 Armadilo (sumber pokcik google)



Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.



6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.





p/s : apa pendapat korang??betul ke semua ni??

Usaha telah aku lakukan...

sekadar hiasan (sumber pokcik google)



jam di tangan menunjukkan baru pukul 2 lebih...
tapi cuaca kat luar sungguh la gelap...
aku ingat da malam dah...
rupenya aku tertipu..hahaha...

neway berdasarkan komen kat entry NI
aku sudah pun buat panggilan...
namun dia langsung taknak angkat...

aku cuba buat 3 panggilan pada mulanya...
namun dia tak angkat...
jadi aku pun biarkan je la...
yela...mungkin dia sibuk bekerja...

jadi malamnya aku cuba lagi buat 3 panggilan...
namun perkara yang sama juga terjadi...
so apa yang aku fikir dia mesti dah taknak terima panggilan dari aku lagi...

niat aku telefon dia bukannya aku nak ngorat dia balik pun...
sorry la...aku takde terfikir pun nak dia lagi...
now dia dah pun bahagia dengan teman baru...
so buat apa lagi aku nak sedih kan??

aku telefon dia pun sebab nak tanyakan khabar dan kebenaran cerita yang aku dapat tu...
tapi macam ni layanan yang dia bagi kat aku kan??
takpe la...aku taknak berdendam or busuk hati dengan orang...
biarlah orang nak wat apa pun kat aku...
aku tetap dengan diri aku...

better aku fokus je dengan matlamat hidup aku...
bercinta??tah la...aku da takde mood la nak bercinta...
aku dah serik la...dah susah nak dipercayai...
ingat nanti nak suruh parents je la yang carikan bini...
nak bercinta lepas berkahwin....ok tak???hehehe...(tetiba cakap pasal kawin)










p/s : usaha telah dilakukan...now doa je la yang aku panjatkan.... +_*

Tuesday 18 October 2011

SEGMEN | 'Shiema Sufian ajak menjelajah'





tuan puan blog da jemput...

so kalau tak join rasa apa je kan...

segmen terakhir arini sebelum aku offline...

nak join??kli jer kat banner tu...




p/s : bergerak 190 km/h....nak balik.....hehee

SEGMEN | Blogger! Jom Kenal





ni segmen kedua yang aku join untuk hari ini...

nama : si budak kachak (nama pena)

asal : kl (now menetap seremban tp tiap mggu balik gak kl jumpe family)

umur : rahsia (yang penting masih lagi muda)

tentang blog : blog ni ada macam macam cerita...sebab bagi aku dengan blog ni la aku nak bercerita tak kira pasal peribadi, kerja, kesihatan, bola, dunia, dll....pendek kata macam macam ada...



p/s : saja nak tambah kawan kawan alam maya ni...

SEGMEN | BlogList fiefi arnasier




lama da tak join bloglist orang...
kali ni nak join bloglist ni la...
saja nak meramaikan penduduk....hehe

semenjak mood berterabur blog pun agak sunyi...
now nak cuba kembali happy...

korang nk join??
klik je la banner kat atas sana...




p/s : mem busy kan diri supaya sentiasa happy... :-)

BoLa | Not For Sale Oke???



comel kan mukaku?? (sumber pokcik google)



Andre Villas-Boas memberitahu dia tidak akan menjual Didier Drogba dan Nicolas Anelka semasa jendela perpindahan Januari ini dan lebih sanggup kehilangan mereka begitu saja.
 
Drogba, 33, Anelka, 32, rakan serangan Salomon Kalou, 26, dan bek kanan Jose Bosingwa, 29, berada di tahun terakhir kontrak mereka bersama Chelsea.
 
Tapi AVB menegaskan dia tidak menerima tekanan dari pemilik Roman Abramovich untuk menjual empat pemain bernilai £60 juta semasa masih ada kesempatan.
 
Dia memberitahu tidak pernah meragui komitmen pemain ini walaupun mereka tidak lama lagi bebas untuk membuka rundingan dengan kelab lain.
 
Villas-Boas berkata: "Kami tak perlu menjual pemain ini. Selain dari Anelka, kami telah menawarkan mereka kontrak dan perbincangan sedang berjalan."
 
"Walaupun jika kami sampai ke bulan Januari tanpa persetujuan, kesetiaan mereka tidak akan dipersoalkan. Kami akan cuba mencapai persetujuan tapi perkara paling penting untuk pasukan ialah mempertahankan kepentingan di atas padang."
 
Chelsea membenarkan pemain bernama besar seperti Michael Ballack, Joe Cole, Andriy Shevchenko dan Deco meninggalkan kelab secara percuma.
 
 
 
 
p/s : harap harap la modric jadi masuk chelsea...baru la bertambah mantop....hehehe

BoLa | " kasut cap ayam...ptuihhh....!!!"



amik kau....~!!! (sumber pokcik google)



Niel Warnock mengkritik pengeluar but bola yang digunakan oleh DJ Campbell selepas pemain itu terpaksa direhatkan untuk selama dua bulan.
 
Penyerang the Hoops itu diketepikan sehingga musim Krismas selepas mengalami kecederaan patah tulang metatarsal.
 
Dan Warnock mengkritik "selipar jamban" yang tidak memberikan sebarang perlindungan kepada pemainnya.
 
Beliau membidas: "Dia ada kemalangan hari Khamis lepas semasa tendangan terakhirnya di perlawanan latihan."
 
"Nampak seperti dia ada masalah metatarsal jadi dia mungkin akan tersisih selama beberapa minggu."
 
"Saya fikir ia mungkin lebih lama dari empat minggu dan dia mungkin terpaksa jalani pembedahan. Kita akan tahu hari Isnin ini."
 
"Saya fikir ia adalah but bola yang bodoh, ia seperti selipar jamban. Jangan cakap dengan saya mengenai but ini."
 
"Anda tak boleh larang mereka jika mereka menyukainya tapi saya fikir ia benar-benar but yang bodoh untuk digunakan di tahap yang sedang kita perkatakan."
 
 
 
p/s : dah lama dah tak beli kasut sukan baru...ada sapa sapa nak blanje ke??hehehe

Monday 17 October 2011

Entry buat " TEMAN BARU " ......

lindungilah dia......



hari hari aku semakin berserabut...
aku hilang fokus dengan apa yang aku lakukan...
blog??da semakin kurang cerita akibat mood aku yang sering terganggu...
adakah sebab aku masih memikirkan pasal dia??

ye...aku akan cuba menghubunginya seperti mana yang disuruh oleh semua orang...
aku terpaksa memungkiri janjiku untuk bertanyakan khabar dan berita pasal dia...
insyaALLAH selepas aku menghubunginya jiwaku semakin tenang...
insyaALLAH aku cuba untuk tidak menghubunginya lagi selepas itu...

kerana aku tidak mahu menjadi punca kemusnahan dan kehancuran hubungan bahagia dia...
aku mahu lihat dia bahagia seperti biasa...
aku tau dia sekarang sedang bahagia dengan teman yang baru...
dari apa yang aku tau kemungkinan besar permergian dia ke luar negara bersama teman barunya itu...

aku berharap agar teman barunya itu dapat menjadi seorang lelaki yang lebih baik dari aku...
aku berharap agar teman barunya itu dapat menemani tikala dia dalam keadaan susah...
aku berharap agar teman barunya itu dapat melindunginya daripada apa apa jua kemungkinan...
aku berharap agar teman barunya itu dapat menjadi seorang yang setia sepertimana yang aku pernah lakukan...

kerana dia sungguh sempurna berbanding wanita wanita yang lain diluar sana..
jangan kerana kecantikkan wanita lain diluar sana membuatkan kau hilang kesetiaan kepadanya...
kerana kau akan menyesal dengan kecantikkan luaran yang dipandang...
kerana dia sudah cukup cantik di luar mahupun di dalam...

berhati hati lah engkau dengan orang sekeliling...
tidak kira sekiling kau ataupun dia...
kerana manusia penuh dengan perangai hasad dengki...
janganlah kau mudah terpengaruh dengan kata kata orang pasal dirinya tanpa kau menyiasatnya sendiri...
janganlah kau mudah melatah sekiranya orang mengata pasal kau terhadap dirinya...
bersabarlah kau dan cuba la sedaya mungkin agar si dia dapat mempercayai kau...

kekalahan aku dalam hubungan ni kerana aku tak dapat membuat dia mempercayai aku...
dia lebih percaya kata kata orang berbanding kata dari mulutku sendiri...

aku tewas...

aku jatuh...

aku sakit...

aku kecewa...

aku sedih....

semuanya kerana cinta yang tulus dari hati yang iklas...................




p/s : lindungilah dia sepertimana kau melindungi diri dan keluarga kau sendiri....

Saturday 15 October 2011

"yang jauh semakin jauh...."

entry luahan perasaan

sekadar hiasan (ihsan pokcik google)



pagi tadi aku dikejutkan dengan satu berita tergempar...

someone told me that she will be going to oversea...

OVERSEA???FOR WHAT???

owh...walaupun antara aku dengan dia sudah tiada apa apa lagi tapi hati ni tetap risau dengan keadaan dia...

tapi adakah benar pasal berita ni??

atau ada yang sengaja mengada adakan cerita pasal ini agar dapat melihat aku tidak boleh duduk dengan tenang??

kalau benar la dengan berita ni....

macam mana dengan kehidupan dia di negara luar sana??

dia penuh dengan sensitif...

mampukah dia tempuh semua itu??

adakah semuanya akan selamat??

insyaALLAH...

aku tetap akan terus mendoakan kebaikkan ke atas dirinya....

kerana aku tidak pernah lupa menyebut namanya di dalam doa setiap kali selepas solat...

semoga dengan pemergian nya memberi penuh ketenangan ke atas dirinya...

dan semoga berjaya dengan apa yang dia lakukan agar dia bahagia di hari yang mendatang...

AMIN~



p/s : patutkah aku telefon dia untuk bertanyakan kebenaran berita ini???  T_T

Thursday 13 October 2011

Facebook versi Malaysia????




nak daftar??
klik kat sini ---> http://www.drbook.biz/



p/s : aku camne??nak daftar ke??tah la...blum terpikir lagi kot...

Follower ke - 100???

yang di tunggu tunggu telah tiba...
akhirnya blog aku yang tah pape ni dapat juga la mencecah angka follower -100
nak tau sapa orang nya??
v
v
v
v
v
v
[30092010110.jpg]

terima kasih diucapkan pada ~ayu~ yang telah mem follow blog ni...
kepada yang belum follow dia lagi boleh la klik dekat gambar dia atas ni...





p/s : sorry la takde hadiah disediakan....hehehe

Lirik lagu hari ini

mood : sunyi

sumber pokcik google


Buat Seorang Kekasih

Artist: Slam
 
Oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku

Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama

Kita merancang, Tuhan menentukan
Tiba masanya, kau pergi... tak kembali

Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu   
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu

Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
 
 
 
p/s : sakit ku menyerang kembali..... T_T