click here!!!

!:.cuba BACA.:!

Friday 29 July 2011

Tips -TiPs Di BuLan P0sE..

Tarikh : 29/7/2011
Wktu : 3:20PM
Lokasi : clinic
Mood : biase2 je tapi ade batuk2 skit sebab cuaca tak menentu la skang ni...

Assalammualaikum , salam sejahtera dan salam 1
Malaysia pada yang sudi bace blog yang tah pape
ni...hehehe...1st skali nak ucap tahniah kpada
team bola sepak semalam walaupun tewas dia tangan
team pura2....hehehe(dorg kuat pura2 sakit ats
padang)...walau apepun mayb blom rezki lagi kot...
kite cube len kali ok?? Neway ape yang aku nak
kongsikan arini ialah tips2 untuk menjalani
bulan pose yang akan menjelang tak lame lagi....
so mari la same2 kite cube ok???

TIPS BERBUKA PUASA
  • Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain.
  • Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.

  • Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa.Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.

  • Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut:             

             - Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
             -Buah-buahan dan sayur-sayuran
             
             -Ikan, ayam, daging dan kekacang
             
             -Susu dan produk tenusu
            
             -Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
  • Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan  semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat.

  • Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.

  •  Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

  • Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti.

  • Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

  • Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong.

  •  Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

  • Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari.

  • Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat.

  •  Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.  



*sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


p/s : terkilan la syafiq rahim dengan shahrul idlan talaha tak men semalam...kalau tak mesti lunyai team lawan kene tibai....hahahaha....


Thursday 28 July 2011

G0 MaLaySia gO....!!!1

Lokasi : clinic
Wktu : 1:15PM
Mood : tak selesa (a bit fever + flu)



HAri ini walau aku dmam + flu menyerang diri aku ni tapi

aku tetap bsemangat untuk gi kerja...yela...tempat aku ni kalau

aku tak ade sape lagi yang nak merawat dorang...kalau aku tak ade

sape lagi yang nak check pressure dorang and check gula dalam

darah dorang...dats y berbekalkan semangat nak jadi pekerja

contoh aku pun tetap gi kerja...neway bkan ni yang aku nak citer

sebenarnye...(kan aku da melalut jauh)...aku sebenarnye nak

bercerita pasal team bola sepak negara kite (HARIMAU  MALAYA)

yang akan menentang team negara jiran yang aku tak suke

(SINGAPORE)...~sory la kalau ade yang mara~ but its better to be

honest right??
seperti yang sume orang tau

negara kite sedang ketinggalan

2 biji gol semasa perlawanan

pertama yang berlangsung di

Singapura dengan keputusan 5-3.

Namun begitu  aku dapat rasekan

negara kite dapat menebus kekalahan dengan keputusan ramalanku

3-0. Dengan semangat yang diberikan oleh Tengku Abdullah yang

sama2 trun semasa team Harimau Malaya mengadakan latihan terakhir

dorang semalam and semangat yang diberikan oleh penyokong2 yang

awal2 lagi dah beli tiket untuk perlawanan timbal balik di Bukit

Jalil malam ini, aku dapat rasekan satu kekuatan yang akan

ditunjukkan oleh permain2 negara. Walaupun aku tak dapat memberi

sokongan dekat stadium tetapi sudah tentu kedai makan yang akan

aku lepak dengan k.umi syakira yang aku knal semasa waktu kolej

itu akan riuh rendah akibat daripada jeritan yang

akan kitorang wat semata2 untuk melihat team negara kite menang

seterusnya layak ke pusingan kedua...kepada K.Rajagobal aku tak

nak bagi komen pape sebab aku tau dia dah buat sehabis boleh

untuk melihat team negara kite menang...skang ni cume terletak

pada pemain2 negara samaada mereka dapat menunjukkan permainan

yang telah diatur oleh jurulatih dorang...neway GO MALAYSIA

GO!!!!



p/s : "setiap pasukan ade kelemahan dan kekuatan tersendiri....aku berharap Malaysia dapat menutup kelemahan seterusnya menunjukkan kekuatan yang mereka ade pada team lawan."

Tuesday 26 July 2011

* Bl0oD pRessUre test*

Tarikh : 26/7/2011
Wktu : 9am
Lokasi : Clinic
Watak2 : - S/N Syam(aku)
               - Employee muda
               - Employee tua


aku : ponek btol la...banyak lak keje yang En. Azhar tinggalkan

kat aku ni... tetibe.....



(knok..!knok...!konk..!)


aku : yup...masuk...morning....

employee muda : morning...saya datang nak check blood pressure

and gula la...

aku : bleh je...duduk la...ni datang check ni da makan ke blum??

employee muda: blom lagi...baru nak gi makan la ni tapi saya mau

check dulu la...

aku : hah...bagus ler...kalau u dah makan saya tak boleh check

selagi blom 2 jam...kalau tak nanti mesti u punye gula tinggi...

employee muda : owh...yeke? ok2....




tengah sebok2 nak pasang cuff blood pressure tu tetibe dia

tanye...

 employee muda : u orang mane?

aku : saya orang melaka tp family ade dekat kl..

employee muda : then lepas kerja ni u balik kl ke??

aku : (gile ape??dia igt aku nye gaji ni beso sgt ke sampai

sanggup ulang alik) tak ade la...saya sewa rumah dekat area-area

sini je...



@#$%^&*()@#$%^&****&^%$#@#$ (walkie talkie dia bunyi cakap bahase

tamil da...mane aku paham)



aku : (lepas settle check pressure and dia nye glukose) ok

la...pressure and gula aku ok tp  pressure u kene control skit

la...sebab u nye pressure borderline la...

employee muda : ooohhhh....yeke??macam mane mau kasi turun hah??

aku : u kene control makan...jangan makan makanan yang tinggi

garam...then u kne selalu exersice la...(kalau nak lagi senang

tikam je badan tu...pastu buang skit darah dalam badan...nanti-

nanti check lagi skali mesti turun kaw2 nye...hahaha)

employee muda : owh...tak boleh makan garam banyak la ye...ok

saya try control tapi kalau nk exercise saya tak ada mase

la...balik kerja saya dah penat...

aku : boleh...u kalau juz bagi 5-10minit untuk exercise da cukup

da...yang penting u ade exercice...and u jangan la stress-

stress...sebab stress also bleh wat u jadi hypertension...

 (knok..!knok...!konk..!)




aku : yes....masuk...

employee tua : tak ada...saya cari dia ni (employee muda) nak

ajak gi makan...

employee muda : u cube check ini orang tua...umo dia suda 60thn

tau..

aku : yeke??nampak macam muda je (serius xnampak mcm 60thn)...

employee tua : boleh la...u check la saya...



time tengah sebok-sebok pasang cuff ni...



employee muda : !@#$@#$%^&*()!@#$%^&!@#$% (bahasa tamil...mane

aku tau nak tulis ape)

employee tua : @#$%^&*()_@#$%^&*()!@#$%^&*(!@#$ (pun same gak...)

aku : uncle jangan cakap kejap...kalau tak saya susa nak dengar

la...

employee tua : owh...ok2...sory...

aku : (dup...dup....dup....dup....dup.....dup....dup....dup...dup...)

wah...ok la....110/80...lagi bagus dari u (sambil tunjuk kat

employee muda)


employee muda : dia aktif sukan la...saya mane ade...

employee tua : saya selalu main badminton malam-malam...

aku : hah...tgk...macam mane dia ade mase untuk exercise tapi u

tak ade??

employee muda : (tersipu-sipu malu)



selepas settle sumenya dorang pun nak keluar gi makan kat kafe..



employee tua : jom la nurse makan sekali....saya belanja...

aku : ish...tak boleh la...saya tak makan rahsuah...hehehe...blom

wktu makan saya lagi la...nanti bos besar nampak mati wo saya...

employee tua : hehehe....ok2....thnx tau...

aku : your welcome...nanti kalau ade ape2 mau check ke or u mau

tanye ke...datang la klinik tanye dengan saya...

employee tua & muda : ok...


dhoooom..(hentak kan pintu)








Tuesday 19 July 2011

Senaman Dan Diabetis

Tarikh: 4/8/2011 (re-post)
Wktu: 10:40 AM
Lokasi: Clinic
Mood: Sengal-sengal ubi (boring) hahaha...


Kenapa senaman itu penting?

Senaman adalah penting untuk mengawal diabetis.
Ia perlu dilakukan selalu dan hendaklah dijadikan
sebagai satu amalan.

Senaman membantu :
  • mengurangkan paras glukosa (gula)
  • meningkatkan pegedaran darah
  • megawal berat badan
  • menguatkan jangtung
  • mengatasi tekanan perasaan




Bagaimana hendak bersenam?

Senaman hendaklah dilakukan selalu dan dengan betul.
Ia harus seimbang dengan makanan yang dimakan.
Untuk mendapat kesan yang baik, seseorang perlu bersenam
selama 20 hingga 30 minit setiap kali dan sebanyak 3 hingga 4
 kali seminggu. Bersenam setiap hari adalah digalakkan.


Sesuatu senaman itu akan berkesan apabila kita melakukannya
dengan giat sehingga ia menyebabkan kita bernafas dengan kuat
tetapi tidak sampai tercunggap - cunggap atau semput. Denyutan
nadi hendaklah meningkat sehingga 120 - 150 denyutan seminit.






Jenis senaman yang bagaimana?


Jenis senaman yang dipilih bergantung kepada keadaan tubuh badan ,
umur , dan pilihan. Ianya hendaklah yang menyeronokkan dan dipadankan
dengan kehidupan harian kita.


Senaman yang biasa dilakukan ialah :
  • berjoging
  • berenang
  • menaiki basikal
  • berjalan kaki dengan cepat (brisk walking)
  • menaiki tangga
  • lompat tali (skipping)
  • bermain tenis , badminton dan lain-lain.
Sebelum kita memulakan sebarang senaman , dapatkanlah
nasihat doktor terlebih dahulu.






3 Peringkat senaman


Setaip senaman perlu terdiri daripada :


  1. Memanaskan badan selama 10 minit dengan melakukan senaman regangan.
  2. Melakukan satu senaman yang sebenar selama 20 hingga 30 minit seperti joging , berenang atau menaiki basikal.
  3. Diakhiri dengan menyejukkan badan selama 5 hingga 10 minit dengan melakukan senaman regangan.
Petua ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan kecederaan.




INGATLAH!!


  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman.
  • Mula secara perlahan-lahan kemudian tingkatkannya sedikit demi sedikit.
  • Pakailah kasut sukan yang sesuai dan selesa.
  • Berpakaian sukan yang ringkas.
  • Jangan bersaing dan lakukan mengikut batasan dan keupayaan sendiri.
  • Jangan terus duduk selepas bersenam.
  • Kerbekesanan sesuatu senaman itu tercapai apabila denyutan nadi mencapai 120 hingga 150 kali seminit.
  • Jangan bersenam jika paras gula dalam darah adalah tinggi. Apabila bersenam bawa bersama makanan bergula untuk mengelakkan berlakunya penurunan gula dalam darah ke paras yang sangat rendah.
  • Jangan melakukan senaman :- apabila badan kurang sihat
  •                           - bila cuaca terlalu panas
  •                         -dalam masa 2jam selepas makan
  •                           - melebihi had kemampuan


  • Bersenam mengikut had yang ditetapkan oleh doktor anda.


Perkara yang sangat penting yang perlu diingat sebelum memulakan
sesuatu senaman ialah , mendapatkan nasihat doktor jika anda :
  • berumur lebih daripada 35 tahun
  • tidak mengetahui keadaan kesihatan anda
  • tidak pernah melakukan senaman sebelumnya


*sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


p/s: jage ksihatan okey???!!!!

Wednesday 13 July 2011

its my life !!!!!

kenape?ape?siapa?bagaimana?di mana??
mesti sumenye tertanye2 kan kenape aku pilih tajuk ni??
actually...(cewah...speaking london la)...aku tulis blog ni
untuk aku mengisi kekosongan / keboringan dan kesunyian
aku kat sini....selain tu aku cube la beri sedikit tips2 kesihatan
yg aku tau dan yang aku dapat selama aku belajar di kolej
SEGi KL sebagai seorang jururawat kat korang sume...
1st thing aku nk perkenalkan diri aku...name aku
syam @ budak kacak 4b(staff nurse syam)....aku dr kl tp aku
skang menetap kt seremban...hidup bdikari la kate kan...(cewah...)
...kenape aku dok kat sini??aku kerja la kat sini...ape leh wat...
apply byk2 kt area kl...tp 1 pun xde yg kol...berkat doa dan
kesabaran yg aku akhirnye bekerja jgk....tapi aku keje biase2 je....
thanx yang teramat sangat aku nk tuju kt kak mira....(senior mase kat kolej)
...klu x sebab dia mayb aku blom bekerja lagi mase ni....lg ape
ek aku nk cite pasal aku??sbb aku rase macam xde mende yang
bez pun pasal diri aku ni...neway klu korang nak tanye pape juz
tanye je a...aku pun xtau nk cakap ape da ni....